Monday, October 3, 2011

PERKAHWINANKU

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnianya, saya dapat beristerikan Sakinah binti Suhaimi pada 18 September 2011. Ya Allah, campakkan kebahagian pada diri kami. Ya Allah, tambahkan rezeki yang penuh manfaat pada kami. Ya Allah, jadikan kami saling sayang-menyayangi kerana-Mu, Ya Allah. Ya Allah, jadikan kami hamba-Mu yang senantiasa mengabdikan diri kepada-Mu. Ya Allah lindungilah kami dari musuh-musuh kami, samada manusia atau jin apatah lagi Iblis dan Syaitan selaku musuh utama kami dan musuh utama-Mu Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Maula wa Ya Ni'mal Wakil. Tiada daya dan kuasa melainkan segala-galanya daripada -Mu Ya Allah.

Thursday, August 11, 2011

Hanya Allah Mengetahui Segalanya - Tafsir Surah Al-An'am: 59

Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

"Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi s.a.w. menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.


Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat. Bukan sahaja Nabi s.a.w. dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.

Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.

Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah. Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat." (Surah Luqman: 34)."


Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." (Surah al-An'am: 59)

Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.

Seorang penyair menyebut: "Tidak tersembunyi dari-Nya meskipun sebesar zarah sama ada dapat dilihat oleh yang mempunyai penglihatan atau sebaliknya."


Firman Allah yang bermaksud, "Dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya." (Surah al-An'am: 59)

Ertinya, Dia mengetahui gugurnya daun dari pokok termasuk jumlah, masa dan seumpamanya. Bahkan Dia juga mengetahui pergerakan makhluk lain termasuk jin dan manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Allah Mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin: 19)

Dalam menjelaskan ayat 39, Surah al-An'am ini Ibnu Abbas katanya, "Tidak tumbuh sebatang pokok pun sama ada di daratan atau di lautan melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya. Malaikat itu mencatat apa yang gugur daripadanya."



Rujukan: http://presiden.pas.org.my/v2/

Monday, July 25, 2011

Jin, manusia, masing-masing dibayangi syaitan - Tafsir Surah Al-An'am ayat 112

MENURUT satu pendapat lain daripada Ikrimah, Allah SWT jadikan bagi manusia dan jin itu syaitansyaitan untuk diri masing-masing. Di mana syaitan-syaitan berkenaan akan bertemu antara satu sama lain menceritakan bagaimana cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka.

Tidak ada dinamakan syaitan di kalangan jin dan manusia tetapi Allah telah lahirkan bagi mereka syaitan-syaitan yang menggoda dan menyesatkan manusia dan jin.

Mereka saling bantu membantu antara satu sama lain untuk menyesatkan manusia dan jin sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.” (Surah al-An’am: 112)

Ikrimah juga dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa syaitan manusia dimaksudkan dengan syaitan yang menyesatkan manusia, sementara syaitan jin dimaksudkan syaitan yang menyesatkan jin. Syaitan- syaitan berkenaan bertemu antara satu sama lain. Berkatalah salah seorang dari mereka kepada rakan-rakannya: “Sesungguh aku telah menyesatkan pengikut-pengikut ku dengan cara demikian, demikian. Manakala engkau pula menyesatkan pengikut engkau dengan cara begini, begini.” Mereka belajar cara menyesatkan pengikut-pengikut mereka antara satu sama lain.

Sementara Ibnu Jarir mengambil kefahaman daripada penjelasan ini dengan menyatakan bahawa, yang dimaksudkan dengan syaitan-syaitan manusia itu sebagaimana dijelaskan oleh Ikrimah dan as-Suddi ialah syaitansyaitan daripada kalangan jin yang menyesatkan manusia bukan yang dimaksudkan syaitan-syaitan manusia yang menyesatkan sesama manusia.

Tidak syak lagi inilah zahir percakapan Ikrimah. Manakala pendapatan As-Suddi pula (pada pandangan Ibnu Jarir) tidak seperti makna yang dimaksudkan itu.

Ertinya manusia dan jin ada syaitan masing-masing. Manusia ada syaitannya yang menyesatkan mereka dan jin pula ada syaitannya yang menyesatkan mereka.

Sesungguhnya telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim seumpama itu daripada Ibnu Abbas daripada riwayat ad-Dhohhaq. Berkata Ibnu Abbas, sesungguhnya bagi jin ada syaitan yang menyesatkan mereka daripada kalangan jin, manakala manusia ada syaitan yang menyesatkan mereka daripada kalangan manusia.

Bertemu kedua-dua mereka (syaitan daripada kalangan jin dan manusia) sambil menceritakan cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka masing-masing sebagaimana dijelaskan dalam ayat ini yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya.” (Surah al-An’am: 112)

Apa yang sahihnya ialah apa yang terdahulu disebut daripada hadis Abi Zar bahawa sesungguhnya bagi manusia terdapat syaitan-syaitan terdiri dari kalangan mereka dan begitu juga jin terdapat syaitan-syaitan di kalangan mereka. Sesungguhnya apa yang dimaksudkan dengan syaitan itu ialah setiap sesuatu yang mendurhakai Allah SWT.

Yang demikian itulah telah dinyatakan dalam hadis sohih Muslim yang diriwayatkan dari Abi Zar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Anjing hitam itu adalah syaitan.”

Allah sahaja yang mengetahui maksud sebenar hadis ini. Ertinya ada terdapat syaitan di kalangan anjing. Untuk menjelaskan perkara ini banyak riwayat lain menjelaskan bahawa syaitan akan merupakan dirinya seperti binatang termasuk anjing, ular dan seumpamanya dengan merupakan tubuhnya berwarna hitam terutama di waktu senja.

Oleh sebab itu jika ditemui binatang yang dalam keadaan mencurigakan di waktu senja dan badannya berwarna hitam maka halaulah mereka dan ada ulama menasihatkan supaya jangan membunuh mereka.

Jika ditemui binatang dalam keadaan situasi berkenaan maka berkatalah kepadanya: “Wahai binatang, jika engkau syaitan, pergilah kamu dari kami sejauh-jauhnya dan janganlah kamu mengganggu kami lagi.”

Jika didapati ia masih tidak bergerak, masih berada di situ dan ia boleh mengancam keselamatan nyawa kamu, maka bolehlah ia dibunuh kerana ia bukan syaitan tetapi binatang biasa. Allah sahajalah yang Maha mengetahui segala-galanya.

Sementara itu berkata Mujahid dalam menafsirkan ayat ini, sesungguhnya orang-orang kafir di kalangan jin itu adalah syaitan, mereka membisikkan sesuatu kepada syaitan daripada kalangan manusia yakni orang-orang kafir dari kalangan mereka dengan kata-kata dusta yang indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya.

Rujukan: http://presiden.pas.org.my/v2/

Tuesday, June 7, 2011

Doa simpati dan kasih nabi kepada umatnya - Tafsir All-Maidah : 118

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Aku tidak berupaya untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki, tetapi terpulang kepada Mu, wahai Tuhanku" (Al Maidah : 118).

Diriwayatkan dalam satu ahadis bahawa pada satu malam,. Rasulullah s.a.w bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu firman Allah yang bermaksud "...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118).

Sepanjang malam itu Rasulullah s.a.w hanya membaca ayat ini sahaja pada setiap rakaat sembahyangnya.

Diriwayatkan Nabi saw membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini.

Ayat ini bermaksud " jika sekiranya Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As r.a bahawa Rasulullah s.a.w membaca ayat ini dan setelagh selesai sembahyang dia mengankat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, "Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku..."

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.

Allahlah Yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi-Nya, bersimpati dengan umatnya sekaligus kasih kepada umatnya, lebih daripada ibu bapa sayang kepada anaknya.

Ibu Bapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini sahaja.

Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi s.a.w sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.

Berdoa sepanjang malam, setelah membaca ayat itu sepanjang malam, dan berdoa sambil mengadu tentang apa kesudahan umatnya, lalu Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.

Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi s.a.w tetapi Allah tetap mengutuskan malaikat Jibrail untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.

Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa baginda s.a.w mengadu kepada Allah berkenaan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami redha kepadamu dan ummatmu dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu."

Diriwayatkan dalam satu hadis yang lain bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Diberitahu kepadaku bahawa seramai 70 000 di kalangan umatku masuk syurga dengan tiada hisab dan setiap orang daripada 70 000 ini diikuti oleh 70 000 orang yang lain, masuk syurga dengan tiada hisab."

Yakni diberi syafaat oleh 70 000 orang ini disamping syafaat Nabi saw yang diberikan kepada ummatnnya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir di dalam tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi keistimewaan di mana Dia tidak akan memperlakukan keburukan kepada umat Muhammad.

Dengan syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi saw sebagaiman yang disabdakan oleh Nabi saw yang bermaksud, "peganglah dengan gigi geraham kamu."

Yakni ajaran Rasulullah saw itu bukan sahaja dipegang dengan tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat) tidak berganjak.

Tidak undur walaupun sedikit dari ajaran Nabi saw. Jika seseoarang itu mempunyai dosa, ada harapan mendapat syafaat Rasulullah saw serta mendapat rahmat yang diberi oleh Allah kepada umat Muhammad saw.

Rujukan: http://presiden.pas.org.my/v2/

Friday, May 20, 2011

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69

ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-Aníam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)

Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.


Ayat ini mengajar kita umat Islam, menjadi manusia mulia dan sukakan perkara yang mulia. Ia juga termasuk dalam perkara dakwah dan perjuangan.

Bukan sahaja mengajar umat Islam cintakan kemuliaan tetapi mengajar manusia sedar, bahawa orang yangmenghina Islam dan Nabinya s.a.w. adalah manusia yang jahat atau zalim bahkan kufur terhadap Allah SWT

Kemuliaan seseorang terjadi dengan Islam dan iman kepada Allah SWT, satusatunya Tuhan yang sebenar, tidak ada sekutu bagi-Nya.

Walaupun ada manusia menghina ayat-ayat Allah, perjuangan untuk menyampaikannya tetap diteruskan. Sama ada ada atau tidak orang menghina Islam, perjuangan untuk menyampaikan Islam wajib diteruskan di samping menjaga adab-adab pergaulan dengan manusia pelbagai ragam dan majlis mereka yang pelbagai jenis.

Oleh kerana itu Imam Hassan Al-Banna pernah pergi ke kelab malam bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada penghuninya. Ertinya menghadiri kelab seumpama itu untuk tujuan menyampaikan dakwah Islam, suatu yang dipandang mulia dan diizinkan oleh syarak.

Justeru Islam menetapkan cara bersosial yang selamat daripada fitnah, memberi dukungan kepada kebaikan dan menghapuskan majlis mungkar apabila diberi kuasa memerintah. Inilah sikap kita para pejuang Islam di sepanjang zaman.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, “Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ngejek) itu. Akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingatkan (larangan Allah itu), supaya mereka bertakwa.” (Surah al-An’am: 69)

Berkata Ibnu Abbas r.a. apabila datang larangan Allah supaya tidak duduk bersama majlis kaum musyrikin dan perintah supaya tinggalkan majlis mereka, maka berkata, orang-orang Islam pada zaman Nabi s.a.w.: “Tidak mungkin kami boleh memasuki masjid dan tawaf di sekeliling Kaabah.”

Maka Allah menurunkan ayat yang bermaksud, “Akan tetapi kewajipan orangorang Islam mengingatkan larangan Allah itu.” (Surah al-An’am: 69) Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini dikatakan telah dinasakhkan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam kitab (al- Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan kaum munafik) maka janganlah kamu duduk (bergaul) bersama-sama mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

“Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam.” (Surah al-Nisa’: 140) Dalam sejarah Islam, Allah SWT telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk bergaul dengan golongan musyrikin Makkah sebelum pembukaan kota suci tersebut sebagai “taqiyyah” (takut menzahirkan Islam dalam keadaan tertentu).

Ditulis oleh Presiden PAS
Isnin, 19 Julai 2010 15:07

Rujukan: http://presiden.pas.org.my/v2/

Sunday, April 24, 2011

Mereka yang tidak diberi cahaya oleh Allah : Surah al-An'am ayat 39-41

Ditulis oleh Presiden PAS
Isnin, 18 Januari 2010 11:10

Allah berfirman yang bermaksud, "atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diluputi ombak bertindih ombak, di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikian keadaanya) gelap gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengelurkan tangannya tidak dapat ia melihatnya sama sekali.

"Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturan-Nya - mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka tidaklah ia akan memperolehi sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)." (Surah al-Nur:40)

Oleh kerana itulah Allah menyatakan dalam ayat ini yang bermaksud, sesiapa yang Allah kehendaki akan disesatkannya dan sesiapa yang ia kehendaki akan dijadikannya berada di atas jalan yang betul." (Surah al-An'am:30)

Sesiapa pun tidak boleh memberi hidayah kepada seseorang melainkan Allah sahaja. Sebab itulah kita disuruh sentiasa meminta petunjuk daripada Allah SWT.

Islam telah mengajar umatnya supaya melakukan perkara ini dalam solat mereka di mana di dalam Suratul Fatihah (yang menjadi rukun dan wajib dibaca di dalam solat), setiap orang islam membaca ayat yang bermaksud, "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.) (Surah al-Fatihah:6)

Orang Islam yang mengerjakan sembahyang pasti membaca surah ini sekali gus bererti mereka sentiasa memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "katakanlah (hai Muhammad):"khabarkanlah kepada aku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru selain Allah (untuk menolong kamu) jika betul kamu adalah orang-orang yang benar?" (Surah al-An'am :40)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bagaimana segala ketentuan Allah tidak boleh sesiapa pun mengubahnya. Allah akan buat apa yang Dia kehendaki dan setiap urusannya apabila Dia berkata jadilah maka jadilah perkara itu dengan kehendak-Nya jua tanpa ada sesiapa pun boleh menghalangnya walau sedikit pun.

Begitulah dalam urusan menurunkan azab dan berlakunya hari kiamat. Ayat ini Allah memerintahkan nabi Muhammad supaya bertanyakan orang-orang kafir itu tentang siapakah yang sebenarnya berkuasa untuk menghalang semua itu berlaku ke atas mereka, adakah berhala-berhala yang disembah selain Allah atau orang-orang yang berkuasa di muka bumi boleh menghalang semua itu berlaku. Adakah mereka sanggup menyeru tuhan atau sembahan atau orang yang berkuasa selain Allah untuk menghalang dari semua itu berlaku?

Soalan yang diperintahkan ini sebenarnya adalah soalan menghina atau menempelak perbuatan orang kafir yang sengaja tidak mahu kembali kepada ajaran Allah sekali gus menyembah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Mereka sebenarnya mengetahui apa yang disembah itu atau manusia yang dipatuhi perintahnya selain Allah itu tidak berkuasa menghalang semuanya berlaku di hadapan mata mereka.

Allah berfirman yang bermaksud, "Bahkan Dialah (Allah) yang kamu serukan lalu ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadanya (supaya dihapuskan), jika ia dikehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah, dalam masa kamu ditimpa bahaya itu)." (surah al-An'am :41)

Yakni apabila mereka ditimpa musibah mereka tidak ingat lagi kepada berhala atau sesuatu yang mereka sembah dan patuh selain Allah, melainkan mereka akan minta pertolongan dari Allah, berhadap hati mereka kepada Allah, mengharapkan Allah membebaskan mereka dari bencana itu tidak lagi berharap kepada sembahan-sembahan mereka selama ini.

Saat itu mereka lupa kepada berhala dan tuhan-tuhan selain Allah. Penganut komunis pun ingat kepada Tuhan ketika mereka ditimpa azab atau nazak hampir mati sebagaimana berlaku kepada Lenin pemimpin besar komunis Rusia.

Apabila komunis hampir kalah pemimpin tersebut pernah meminta imam-imam masjid di Rusia sembahyang hajat memohon Allah memberi kemenangan kepada komunis. Inilah ragam mausia apabila kesempitan dan terdesak dihimpit musibah dan bencana dunia, mereka akan ingat kepada Allah.

Sebagai contoh apabila manusia ditimpa bencana dilambung ombak besar meggunung di lautan terbentang luas tidak bertepi, mereka merasakan mereka akan mati dengan bencana itu, di saat ini mereka lupa segala-gala yang lain melainkan Tuhan Yang Berkuasa Mentadbir Alam ini.

Tetapi selepas hilangnya musibah mereka kembali semula mengkufuri Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk yang kamu seru selain Allah, maka apabila ia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatinya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat Allah)." (Surah al-Isra':67)

Rujukan: http://presiden.pas.org.my/v2/

Sunday, March 6, 2011

JADI HINA KERANA TINGGAL ISLAM


Firman Allah swt:

‌ۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَـٰلَكُم

Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan memperjuangkan Islam) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

Muhammad: 38

Firman Allah swt yang lain:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11)

Ar-Ra'du:11

Cahaya Islam sekali-kali tidak akan dapat dipadamkan. Umat Islam wajib mempertahankan dan menegakkan Islam. Sekiranya bangsa Melayu yang sudah menjadi Islam, tetapi tidak berusaha untuk melaksanakan Islam, maka kita akan menjadi hina.

Kenapa orang bukan Islam lebih yakin dengan Islam tetapi kita langsung tidak ada hati untuk melaksanakan Islam?

Kenapa Melayu yang mengaku Islam sanggup memperlekehkan agama Islam sedangkan kebanyakan orang bukan Islam di Malaysia bangga dengan Islam?

Ingatlah! Allah swt akan mengubah satu kaum itu sekiranya satu kaum itu berusaha untuk membuat perubahan yang lebih besar, semata-mata ingin melihat Islam berdaulat di muka bumi ini.

Di sini saya ingin menyatakan beberapa pandang seorang yang bukan Islam terhadap Islam, malah bangga dan sanggup tunduk dengan pentadbiran Islam demi keadilan sejagat.

Sokongan orang bukan Islam terhadap PAS kini semakin baik. Sekalipun UMNO-BN menggunakan segala taktik untuk memburukkan PAS di mata golongan bukan Islam.

Ikuti temubual Wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad bersama Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Balachandran dalam satu pertemuan di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Di antara temubual bersama beliau:

HARAKAH: UMNO mempergunakan isu agama untuk menjauhkan orang bukan Islam dari PAS. Bagaimana Dr Bala melihat ini?

DR BALACHANDRAN: Pandangan kita orang bukan Islam, kita kena tengok dalam dua keadaan yang baik dan yang buruk. Bagi kita, Islam yang terbaik. Kita nampak UMNO tidak ikut apa yang dikehendaki oleh Islam. Kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam dan 'penyangak' tidak ada dalam Islam.

Tetapi, itu semua ada pada UMNO dan BN. Sebab bagi kita, kita telah menghayati Islam dan mula mendekati Islam dan mula mempelajari Islam. Kita sudah tahu apa kebaikan Islam.

Jadi kita nampak UMNO sebaliknya. Sebab itu, sebelum ini semasa kita jahil kata orang. Kita ingat PAS yang ekstremis dan PAS yang moderat. Tetapi sekarang UMNO pula yang sebenarnya ekstremis dan PAS yang moderat.

Sebab itu ada di kalangan India yang masih terkongkong pemikiran mereka duduk dalam BN manakala majarotinya sudah mula berfikir dan menilai tindak-tanduk UMNO dan BN. Mereka (kaum India) tidak mahu kepada BN dan juga sudah nilai Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan Cina, mereka sudah membuat perubahan yang sama sekarang ini.

HARAKAH: Orang buka Islam sudah boleh menerima PAS dengan dasar Islamnya?

DR BALACHANDRAN: UMNO akan guna segala taktik buat isu. Antaranya jika Islam mari (perintah) ada hukum hududlah; jika Islam memerintah akan laksanakan hudud. Bagi kita, hukum hudud itu pilihan kita. Jika kita jahat kenalah, biasalah tu.

Orang yang takutkan hudud adalah orang UMNO dan bukan orang yang bukan Islam. Dia (UMNO) orang memang takutkan hukum hudud sebab dia orang 'penyangak' dan 'perasuah'.

Orang bukan Islam tidak perlu risau selagi ada Negara Berkebajikan yang boleh menjamin keselesaan dan membela rakyat. Apa yang dibimbangi UMNO sekarang ini apabila orang bukan Islam telah menghayati Islam dan mula keluar dari kejahilan mereka (mengenai Islam).

HARAKAH: Kesimpulan apa yang Dr Bala lihat pada politik UMNO-BN sekarang ini?

DR BALACHANDRAN: Orang yang bercakap tentang Islam mesti menghayati Islam terlebih dahulu. Jika dia tidak menghayati Islam, dia tidak tahu pasal Islam. Orang yang jahil tidak tahu pasal Islam. Apa masalahnya dengan negara Islam? Beritahu saya.

Jika kita betul-betul ikut perundangan Islam tidak ada masalah. Apa yang jadi masalah kepada UMNO itu, dia lawan Islam. Melayu itu bangsa dan Islam itu agama. Agama (Islam) itu untuk semua bangsa. Saya cabar UMNO sila tunjukkan kepada saya mana ada perkataan Melayu dalam Al-Quran? Dalam Al-Quran tidak sebut, "Wahai orang Melayu" tetapi disebut "Wahai orang beriman."

Orang UMNO sebenarnya yang banyak perlekehkan agama Islam dan minta dia belajar lagi Al-Quran. Sebab itu, UMNO tidak dihormati kerana memperlekehkan Islam. PAS dihormati kerana tidak memperlekehkan Islam dan berjuang untuk Islam.

Bagi saya, agama Islam yang berpandukan Al-Quran itu yang betul. Jika saya hendak tahu tentang Islam kena pergi kepad Al-Quran dan bukan kepada UMNO atau sesiapa. Bagi saya sebagai orang bukan Islam, saya lebih rela duduk di bawah undang-undang Islam daripada di bawah kerajaan UMNO- BN sekarang. Sebab, kezaliman yang dilakukan oleh UMNO itu 200 kali ganda lebih teruk daripada yang diperkatakan itu.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan tunjukkan rasa malu dengan Allah swt. Waallahu'alam. Takbirr!

Wednesday, February 2, 2011

ISU PENANGGUHAN SETAHUN DI AL-AZHAR???

KAHERAH, 2 Feb – Hari ini pelbagai desas-desus berhubung isu penangguhan pengajian selama 1 tahun di Universiti Al-Azhar yang dilaporkan oleh sesetengah media massa Malaysia berikutan ketidakstabilan politik di negara Mesir.

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada hari ini telah mendapatkan kepastian daripada pihak pentadbir Universiti Al-Azhar berhubung perkara tersebut.

Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali sebentar tadi menghubungi pihak Universiti bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung perkara ini.

Makluman yang diterima, penangguhan pengajian selama 1 tahun setakat ini masih belum lagi diputuskan. Untuk makluman, semester kedua pengajian di Al-Azhar akan bermula pada 12 Februari depan sebagaimana yang dijadualkan.

Namun, pihak universiti bersedia untuk menangguhkan pengajian sekiranya keadaan darurat masih lagi berlanjutan.

Segala maklumat berkaitan pengajian akan dimaklumakan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi PMRAM.

PELAJAR MALAYSIA DI MESIR SELAMAT

KAHERAH, 2 Feb - Pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mesir pada ketika ini dalam keadaan selamat berikutan krisis politik yang melanda negara ini semenjak 25 Januari lalu.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sehingga kini menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dalam menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan pelajar.

Perhubungan internet dan komunikasi yang disekat semenjak 28 Januari lalu menyebabkan saluran maklumat tidak dapat disampaikan secara meneyeluruh.

Namun, Pejabat PMRAM sebagai pusat operasi utama dalam mengumpul dan menyampaikan maklumat kepada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahawasiswa (DPM) melalui YDP dan Pengerusi serta AJKT.

PMRAM mengharapkan doa dari masyarakat luar agar mendoakan keselamatan pelajar-pelajar yang berada di Mesir serta dipermudahkan segala urusan.

Wednesday, January 5, 2011

KAMI WARGA MANSURAH MENYOKONG BKKIMM


Firman Allah swt:

وَلَا تَهِنُواْ فِى ٱبۡتِغَآءِ ٱلۡقَوۡمِ‌ۖ إِن تَكُونُواْ تَأۡلَمُونَ فَإِنَّهُمۡ يَأۡلَمُونَ كَمَا تَأۡلَمُونَ‌ۖ وَتَرۡجُونَ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا يَرۡجُونَ‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (104)

An-Nisa:104

FirmanNya swt lagi:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (55)

An-Nur:55

Janji Allah swt pasti datang. Sekiranya Islam menjadi asas aqidah perjuangan. Islam akan dinobatkan kemenangan. Sebab itu musuh semakin gentar. Ujian tetap datang walaupun mengikut arus atau menentang. Mempertahankan akan ada nikmat dan keuntungan. Membiarkan akan menerima nasib malang. Allahu Akbar!

Lama rasanya tidak menulis, maklumlah kadangkala kalau difikirkan sebenarnya banyak mahu disampaikan kepada para pembaca. Idea memang banyak kalau difikir-fikirkan, tetapi tidak cukup dengan idea sahaja. Sebab pandangan mesti didirikan dengan isi dan hujjah ilmu supaya kita sama-sama boleh mencorakkan daya kefahaman yang lebih kental, baru datang kesedaran.

Tetapi bagi saya tidak cukup dengan pengetahuan yang terlalu banyak, jikalau setiap pengetahuan itu tidak disemai dengan benih pengamatan untuk menyampaikan kesedaran. Ini apa yang berlaku di Malaysia bagaimana seorang nelayan yang ke laut untuk mencari ikan. Belum sampai ke darat ikan yang didapatinya itu diasingkan. Separuhnya untuk diinfakkan kepada perjuangan Islam dan separuhnya lagi untuk diri dan keluarganya.

Begitu juga seorang penoreh getah. Mendapat 6 keping getah, lalu diasingkan 3 keping yang disidai di hadapan rumah, dan 3 kepingnya lagi disidai belakang rumah. 3 keping di hadapan rumah untuk diinfakkan kepada perjuangan Islam dan 3 keping lagi di belakang rumah untuk diinfakkan untuk diri dan keluarganya.

Kedua-dua orang, iaitu seorang penoreh getah dan seorang nelayan ini tidak belajar tinggi seperti mahasiswa/wi yang penuh dengan kecerdikan. Tetapi mereka tetap yakin bahawa mereka akan mendapat keuntungan. Mereka tetap yakin dengan memberi sumbangan kepada Islam adalah salah satu jalan ke syurga. Mereka tetap yakin Islam akan menang dan dengan Islam sahaja mereka akan dimuliakan.

Kenapa ada juga di kalangan mahasiswa/wi risau dan tidak yakin seperti mereka? Memang benar Al-Quran banyak menggariskan, jikalau keimanan dan keyakinan ini datang semata-mata ilmu pengetahuan nescaya ramai ahli kitab akan beriman. Sebab mereka lebih dahulu mengetahui kewujudan Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad saw sebelum daripada kita. Tetapi alangkah sedikitnya ahli kitab yang beriman.

Alhamdulillah, saya bersyukur warga Malaysia di Mansurah tidak gentar untuk terus menyokong dan mendokong maruah dan prinsip kita. Semalam pertemuan roadshow BKKIMM menjawab segala-galanya.

Saya rasa bersyukur ramai di kalangan kita tidak terperangkap dengan proses pembodohan oleh pihak-pihak tertentu. Saya juga bersyukur ramai di kalangan kita tidak terperangkap dengan propaganda, momokan dan dakyah musuh dengan ketakutan malah menimbulkan keberanian.

Selama ini kita ditakutkan dengan penarikan zakat, bantuan, pinjaman, tajaan, JPA dan sebagainya. Tetapi ini semua tidak menggugat kita sedikitpun. Sebab kita yakin rezeki ini daripada Allah swt. Tidak kira pelajar Al-Azhar mahupun pelajar perubatan, kami yakin dan beriman hanya dengan Allah swt serta hari akhirat. Mereka tiada hak untuk menarik itu semua kerana itu hak Allah swt untuk diberikan hak kepada kita.

Firman Allah swt:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ
ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ
ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ
وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)

Al-Baqarah 1-5

Namun ada juga segelintir kita yang risau kalau kita tidak sokong dan mengikut arus pihak-pihak ini, maka kita akan mendapat susah. Kenapa perlu kita bantah? Kenapa kita tidak sanggup bubarkan BKKIMM yang ada serta terus mengiktiraf IMAM? Kemudian kita terus mengiktiraf pejabat sementara Kelab UMNO Kaherah di Wisma Melaka dan penubuhan Kelab UMNO Melaka Mesir yang diletakan di rumah negeri? Nanti ahli tubuhkan Kelab PAS marah baru datang sesalan.

Sebagai YDP dan kepimpinan BKKIMM mereka ini memegang amanah ahli. Mana boleh bubarkan persatuan yang ada tanpa memungut suara ahli. Mahu bubar mestilah kena buat Mesyuarat Agong tergempar untuk pastikan BKKIMM yang ada ini dibubarkan?

Ingat BKKIMM ini boleh terus bergerak dengan tanpa bantuan, sebab selama ini DPM Mansurah pun bergerak dengan ahlinya sendiri. Samada yuran, kedai DPMM dan sebagainya. Tiada pun sampai DPMM dibubarkan sebab mana-mana kerajaan tidak bagi bantuan. Kami ada Markaz dan pejabat untuk kami berprogram dan berhimpun. Sewa tetap dibayar bulanan.

Kemudian PMRAM pula, sering digeruni oleh pihak-pihak tertentu. Ini disebabkan PMRAM terus dengan prinsipnya. PMRAM terus dengan maruahnya. Di atas dasar Islam yang PMRAM bina selama ini. Saya juga ingin berkongsi bersama, bagaimana ahli DPMM yang bernaung di bawah PMRAM ini boleh terpanggil untuk menyelamatkan rumah akhawat ISMA daripada gangguan arab Mesir. Mana ikhwah ISMA yang datang menonjolkan diri baru-baru ini? Sebab ukhuwwah mereka ketika senang, adapun ketika susah lantaklah!

Mana tarbiyah ISMA yang mantap sanggup senyap apabila BKKIMM dimain-mainkan. Sebab mereka melihat tarbiyah hanya dengan program tarbiyah yang mereka buat dan hasil daripada itu tidak ada seperti tin kosong. Muka-muka macam inilah akan merugikan PAS di Malaysia. Adapun tarbiyah PAS ditonjolkan di medan bukan hanya latihan tarbiyah.

Oleh kerana itu, Kami warga Mansurah akan terus memberikan sokongan kepada BKKIMM yang telah wujud selama ini, mahasiswa/wi di Mansurah tidak akan sekali-kali takut dgn proses pembodohan oleh pihak-pihak tertentu ini, sebab kami yakin masa depan untuk Islam, kami akan sentiasa menang dan dapat keuntungan dengan tanpa menggadai prinsip mahasiswa/wi. Kami juga yakin bagi sesiapa yang tidak menyokong kami akan menempah kalah dan susah serta tidak akan dapat keuntungan sedikitpun.

Firman Allah swt:

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)

Hud:113

Sebagai akhirnya kita mohon Allah swt beri kejayaan semua ahli PMRAM, BKAN dan DPMM sempena imtihan ini. Kita mohon juga supaya Allah swt senantiasa berikan kita taufiq dan hidayahNya serta rahmatNya. Kita mohon Allah swt tetapkan hati kita ke jalan yang benar dan getarkan hati kita dengan api NerakaNya yang panas membara serta merasa tunduk dengan ayat-ayat Allah swt. Juga kita doakan pihak-pihak berwajib ini supaya Allah swt buka hati mereka dan terus insaf sebab Islam agama Allah swt sahaja mereka mulia. Waallahu'alam.

Wednesday, December 15, 2010

Pakatan mungkin kuasai Johor, Negeri Sembilan


Ditulis oleh Harakahdaily Jumaat, 03 Disember 2010 15:05

KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin.

“Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya,” katanya.

Menurutnya, tidak mustahil kita berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata.

“Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.

"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Hari ini PAS sudah mempunyai dua Adun di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mengatakan ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.

Namun bagi Abdul Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya ia merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.

Menurut beliau, tidak dinafikan adanya kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.

Dalam masa yang sama ketika menjawab soalan The Malaysian Insider, Isnin lepas sama ada PAS akan melaksanakan agenda negara Islam jika Pakatan menang, Ustaz Abdul Hadi menjawab: "Perlaksanaan Islam akan dilakukan peringkat demi peringkat, kita hendaklah faham bahawa Islam tidak boleh diterjemahkan sebagai religion kerana tidak memenuhi objektif Islam itu sendiri, sebaliknya maksud lebih tepat ialah a way of life, yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan juga bukan Islam yang tidak dipaksa menganut Islam.

"Keduanya negara kita mengamalkan sistem faderalisme, yang mana ada kuasa-kuasa negeri. Sudah tentu PAS akan kuasai negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan seperti mana juga PKR dan DAP. Sekiranya faderalisme diamalkan dengan betul, PAS diberi peluang menunjukkan model pemerintahan Islam sebenar di negeri-negeri ini, ia dapat dilihat oleh rakyat Malaysia untuk dinilai sama ada positif atau negatif, kemudian berlakunya dialog dengan cara lebih demokratik, ini akan mengembangkan matlamat kita untuk mendirikan negara yang diterima oleh semua.

“Kita tidak mahu slogan sahaja, tetapi isinya tidak Islam.”

Saturday, November 27, 2010

KENAPA MESTI BANGGA DENGAN YANG LAIN

Firman Allah swt:

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85)

Ali Imraan: 85

Imam Ahmad da Imam At-Thobrani meriwayatkan dalam Al-Mu'jam Al-Ausoth dari Abi Hurairah mengatakan: Rasulullah saw bersabda: Amalan-amalan itu datang di hari kiamat.

Maka Sembahyang yang datang (menghadap Allah swt), lalu mengatakan: Wahai Tuhan, aku adalah Sembahyang. Maka (Allah swt) berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan.

Dan Sedekah yang datang (juga menghadap Allah swt), lalu mengatakan: Wahai Tuhan aku adalah Sedekah. Maka (Allah swt) berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan.

Kemudian datang (pula) Puasa, lalu mengatakan: Aku Puasa. Maka (Allah swt) berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan.

Kemudian datang amalan-amalan yang lain. Setiap (amalan yang datang setiap satu) itu, (Allah swt) berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan.

Kemudian Islam datang, lalu mengatakan: Wahai Tuhan Engkau adalah kesejahteraan dan aku adalah Islam. Maka Allah swt berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan. Dengan sebab engkau hari ini Aku menghitung dan dengan sebab engkau Aku memberi. Berfirman Allah (seperti) di dalam KitabNya (Al-Quran):

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85)

Ali Imraan: 85


Di dalam Sofwatut Tafasir, karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni menghuraikan:

Setelah Allah ta'ala memberitahu tentang setiap agama selain Islam itu bathil dan ditolak. Lalu firman Allah swt yang bermaksud (Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85) )

Dalam erti kata lain yakni menuntut syariat selain syariat Islam untuk menjalankan agama setelah Nabi saw diutuskan, maka Allah swt sekali-kali tidak akan menerimanya sebagaimana firmanNya lagi yang bermaksud (Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85) ), yang ertinya tempat kembalinya adalah api Neraka yang mereka kekal selama-lamanya di dalamnya.

Sofwatut Tafasir: Jilid 1/muka surat 215.

Di dalam Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni menjelaskan bahawa orang yang menjalani satu jalan selain apa yang Allah swt mensyariatkannya, maka sekali-kali tidak akan diterima olehNya.

Dan dia di akhirat kelak di kalangan orang-orang yang rugi. Sebagaimana Nabi saw menyebut di dalam satu hadith sahih: Barangsiapa beramal dengan satu amalan yang bukanlah di atas urusan kami, maka adalah tertolak.

Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir: Muka surat 237,
karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni.

Di sini saya melihat bagaimana sikap kita yang terlalu bangga dengan cara barat, jenama barat, gaya barat, atau apa-apa sahaja sehinggakan kita tidak nampak Islamlah yang paling mulia dan terbaik.

Kenapa kita hilang kebanggaan menjadi seorang yang bergelar Muslim dan Muslimah?

Apa ertinya Islam dalam hidup kita sehinggakan kita berasa kerdil dengan agama yang kita anuti?

Kadangkala mereka yang bukan Islam sangat kagum dengan Islam sehinggakan mereka mengkaji Islam lebih dari orang Islam sendiri. Termasuk musuh-musuh Islam yang mengkaji Al-Quran atau Hadith Rasulullah saw adalah semata-mata untuk mendatangkan tasykik (keraguan) di dalam diri umat Islam.

Apakah kita menuntut ilmu pengetahuan dari Allah swt adalah semata-mata untuk kesenangan atau mengambil faedah?

Atau soalan yang terbaik iaitu apakah atas tujuan untuk kita merasakan ilmu pengetahuan yang kita ada ini adalah pinjaman dari Allah swt? Maka jawapan yang boleh diberikan adalah kita akan membayarnya dengan menjadikan ilmu pengetahuan ini untuk memenangkan Islam.

Oleh itu marilah kita sama-sama rasa bangga dengan Islam yang mana itulah satu-satunya agama yang Allah swt redha. Waallahu'alam.

Monday, October 4, 2010

PILIHAN ALLAH S.W.T KE IJTIMA' TARBAWI

Firman Allah s.w.t:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱرۡڪَعُواْ وَٱسۡجُدُواْ وَٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُواْ ٱلۡخَيۡرَ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ ۩ وَجَـٰهِدُواْ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ‌ۚ هُوَ ٱجۡتَبَٮٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِى ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٍ۬‌ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمۡ إِبۡرَٲهِيمَ‌ۚ هُوَ سَمَّٮٰكُمُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ مِن قَبۡلُ وَفِى هَـٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيۡكُمۡ وَتَكُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ‌ۚ فَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعۡتَصِمُواْ بِٱللَّهِ هُوَ مَوۡلَٮٰكُمۡ‌ۖ فَنِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِيرُ 


Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu[993], dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong.


[993] Maksudnya: dalam kitab-kitab yang Telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w.

[Al-Haj:77-78]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang senantiasa memberikan kurniaan yang cukup besar kepada kita semua. Lebih-lebih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam. Akhirnya doa saya dikabulkan oleh Allah s.w.t kerana dengan limpahan kurniaanNya saya diberi peluang untuk bersama dalam program Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS yang lepas (pada 22 hingga 24 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 1 hingga 3 Oktober 2010 di Rusila, Marang Terengganu).

Sebelum ini saya berasa agak terlalu sukar untuk ke menghadiri program tersebut kerana ibunda yang terpaksa berehat lama dan kerap terbaring agak merunsingkan saya dan keluarga. Namun ini adalah ujian Allah s.w.t kepada kami sekeluarga yang seterusnya setelah ayahanda yang stabil dari sakit jantung, ibunda pula menerma kegeringan.

Ibunda yang terkena sakit urat saraf di kaki sebelah kanan sebagaimana menurut laporan doktor pakar orthopaedic menjadikan ruang untuk saya hadir ke program tersebut sangat sukar dan tipis. Namun apa yang terdaya boleh saya lakukan adalah berdoa dan berharap kepada Allah s.w.t untuk diberi peluang ke Ijtma’ tersebut. Alhamdulillah, Allah menerima permohonan saya ini.

Program yang dilaksanakan selama 3 hari ini amat meriah sekali kerana semua peserta dihidangkan dengan pengisian yang cukup padat tetapi memberi kepuasan dengan dihidangkan pengisian oleh ramai pimpinan PAS dari peringkat tertinggi.

Apatah lagi pengisian utama di dalam program ini iaitu pengajian Tafsir Surah Al-Hujuraat yang disampaikan oleh Presidan PAS Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang. Malah kupasan beliau cukup mantap amat menghiburkan kepada para peserta.

Di dalam program ini juga, memberi ruang kepada saya bertemu dengan sahabat-handai dari Al-Azhar tidak kira yang pulang bercuti mahupun yang sudah tamat pengajian dan juga rakan-rakan pelajar perubatan, Mesir. Termasuk bertemu dengan ustaz-ustaz lama Al-Azhar yang amat giat aktif dengan PAS sekarang. Apapun saya pasti kehadiran peserta di dalam program ini adalah pilihan Allah s.w.t.

Saya juga merasakan kebangkitan muda-mudi hari ini, sebenarnya sudah sedar dengan fitrah manusia yang mesti tetap bersama dengan perjuangan Islam. Dan keadaan ini bakal mampu untuk mengubah senario politik Malaysia dan juga menjadi satu anjakan paradigma kepada masyarakat Malaysia.

PAS yang merupakan gerakan Islam dengan wadah politiknya mampu menjadi teras kepada pemerintahan negara. Seperti yang dijelaskan, gerakan Islam adalah penyambung tugas kerasulan dan dakwah di sepanjang zaman, terutama selepas keruntuhan sistem khilafah yang memayungi umat Islam. PAS juga adalah sebuah parti politik tanah air di dalam sistem demokrasi sekular yang bermatlamat menubuhkan sebuah negara dengan ciri dan nilai Islam yang sempurna di dalamnya.

Justeru PAS meraih ciri dan gerak kerja yang berbeza daripada parti-parti politik yang lain. Ahlinya dikaderkan untuk menjadi pejuang Islam yang tulen, bukan sekadar ahli politik dalam istilah sebuah sstem demokrasi sekular.

Pengkaderan ahlinya adalah mengikut lunas dan sistem tarbiyah Islamiyah yang membina insan menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Ketua Pemuda PAS, Al-Fadhil Al-Ustaz Nasaruddin bin Hasan Tantawi mensasarkan pemuda PAS terus terbina di dalam sistem tarbiyah Islamiyah yang lengkap dan konsisten.

Harapan adalah besar untuk menyaksikan kelangsungan PAS yang unggul mendepani cabaran masa depan yang pasti, memimpin negara selepas berjaya memimpin dan membawa umat mencintai Islam dan memperjuangkannya.

Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS peringkat kebangsaan 2010 adalah satu usaha ke arah menyatukan tenaga jentera pemuda PAS seluruh negara untuk menumpukan usaha ke arah perlaksanaan tarbiyah yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Apa yang pasti kewujudan PAS bukanlah secara spontan, tetapi kewujudannya adalah perintah Allah s.w.t. Sebagaimana kaedah Islam menerangkan bahawa kewajipan tidak boleh sempurna melainkan dengan kewajipan. Maka di sini, Jamaah yang wajib diberikan wala’ di Malaysia hanyalah PAS. Kerana konsepnya jelas dan syumul. Apatah lagi dasarnya Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma’ dan Qias.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan dan terus thabat dalam perjuangan Islam serta senantiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t. Takbir!!!


Saturday, September 4, 2010

AL-QURAN YANG DIBACA DENGAN SEBENAR-BENARNYA


Kalam mutiara Syaikh Abdul Azim bin Syaa’ban bin Sulthon yang bermaksud:


Sinaran Al-Quran penuh dengan naungan

Memberi petunjuk dan dalil pedoman

Kerananyalah petunjuk seluruh makhluk yang menjadi pedoman

Yang menjadi penawar yang umum dan satu-persatu


[Rujukan: Ghiza’ Ruhul Insaan Mudawamatuhu ‘ala tilawatil Quran; karangan Syaikh Abdul Azim bin Syaaban bin Sultan; m/s pertama]


Di antara salah satu sifat golongan orang yang beriman adalah mereka yang membacakan ayat-ayat Allah SWT dengan sebenar-benar bacaan. Dalam erti kata lain, meraka membaca Al-Quran dengan penuh yakin dan percaya kebenarannya. Samasekali mereka tidak sekali-kali menjadi penentang dan menyelewengkan Al-Quran.


Sebagaimana dijelaskan di dalam firman Allah SWT:


ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ يَتۡلُونَهُ ۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦۤ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ‌ۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ


Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya[*], mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, Maka mereka Itulah orang-orang yang rugi.


[*] Maksudnya: tidak mengubah dan mentakwilkan Al Kitab sekehendak hatinya.


[Al-Baqarah: 121]


Penjelasan tentang orang-orang yang telah Allah berikan Al-Kitab kepadanya, meraka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya. Sebagaimana menurut Imam Qatadah: Mereka adalah golongan Yahudi dan Nasrani. Dan pandangan ini memilihnya Ibnu Jarir.


Dan mengatakan Said dari Qatadah: Mereka adalah Para Sahabat Rasulullah SAW. Ibnu Mas’ud mengatakan: Dan yang diriku dengan genggamanNya, bahawasanya hak sebenar-benar bacaannya adalah menghalalkan yang halalnya dan mengharamkan yang haramnya; dan membacanya sebagaimana Allah menurunkannya dan tidak menyelewengkan perkataan dari tempat-tempatnya; dan tidak mentakwilkan daripadanya sedikitpun atas yang bukan takwilnya.


[Rujukan : Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir; m/s 91; Karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni]


Ini menunjukkan begitu tingginya keimanan golongan Salafus Soleh yang bersungguh-sungguh di dalam beramal dengan ayat-ayat Allah SWT. Segala perkara yang Allah halalkan, maka dihalalkan. Adapun yang haram mereka ini benar-benar mengharamkannya.


Timbul satu perasaan di dalam hati mereka bahawa ini bukanlah kalam ciptaan makhluk. Tetapi kalam yang tidak dapat ditiru oleh sesiapapun. Samada makhluk berupa manusia ataupun jin.


Sebagaimana firmanNya SWT:


قُل لَّٮِٕنِ ٱجۡتَمَعَتِ ٱلۡإِنسُ وَٱلۡجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأۡتُواْ بِمِثۡلِ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ لَا يَأۡتُونَ بِمِثۡلِهِۦ وَلَوۡ كَانَ بَعۡضُہُمۡ لِبَعۡضٍ۬ ظَهِيرً۬ا


Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. (88)


[Al-Israa:88]


Apabila kita melihat di dalam keadaan sekarang ini, orang yang mengaku beriman dengan Allah SWT dan mengaku dirinya Islam serta senantiasa dengan membaca Al-Quran, tetapi sanggup menolak hukum-hukum yang ada di dalam Al-Quran itu sendiri. Hatta kita melihat diri mereka ini masih ragu-ragu dengan hukum yang Allah SWT tetapkan di dalam Al-Quran.


Kita juga melihat Al-Quran seringkali dibaca sekadar untuk mendapatkan fadhilat. Walhal, ayat-ayat itu tidak dijelaskan kepada masyarakat seluruhnya, apatah lagi diamalkan. Hatta tiada suatu usaha ke arah itu. Mereka yang tergolong di kalangan ‘Ulama yang mempunyai ilmu tentang Al-Quran samasekali tidak digunakan.


Adalah menjadi kepastian kepada golongan pemuda hari ini yang perlu bangkit memperjuangkan Al-Quran supaya dapat diterjemahkan di dalam masyarakat. Namun, Al-Quran seolah-olah hanya dilagukan. Dan lebih hebat lagi seolah-olah hanya dipertandingkan. Melihat kepada suara siapa yang paling sedap. Malah golongan yang menjadi pendokong kepada Al-Quran pula seperti diperlekehkan begitu sahaja.


Betapa golongan As-Salafus Soleh RA yang lebih mementingkan untuk mempraktikkannya dengan menterjemahkan maksud Al-Quran itu di dalam kehidupan mereka. Walhal, mereka memandang tinggi maksud atau kehendaknya. Hatta, mereka menganggap suatu kelebihan bagi orang yang mengetahui maksud atau penafsiran beberapa potongan daripada ayat-ayat Al-Quran.


Dan Imam Mujahid pernah menyebut: Aku menyukai orang yang berakhlak di sisi Allah Ta'ala yang mereka lebih mengetahui dengan apa yang Allah turunkan (Al-Quran). Dan Al-Hassan mengatakan: Demi Allah apa yang Allah turunkan sepotong ayat kecuali (sebenarnya) aku suka untuk mengetahuinya apa yang Allah turunkan (sepotong ayat tersebut) dan aku sendiri ingin sekali mengetahui maksud ayat tersebut.


[Zadul Musaiyar: jilid 1/muka surat 4].


Dan mengatakan Iyas Ibnu Mua'wiyah: Perumpamaan orang yang membaca Al-Quran padahal mereka tidak mengetahui penafsirannya adalah seperti satu kaum yang didatangkan Kitab kepada mereka, tetapi malam kegelapan yang menguasai mereka. Dan bukanlah mereka sebenarnya berada di pagi hari. Lalu engkau menaruhkan syak ke dalam hati mereka, namun mereka tidak menyedari tentang kitab itu.


[Zadul Musaiyar jilid 1/muka surat 4, Al-Muharrar Al-Wajiz bagi Ibnu Atiyyah jilid 1/muka surat 26 dan Tafsir Al-Qurtubi jilid 1/muka surat 26]


Adapun Imam As-Sya'bi mengatakan: Masruq telah pergi ke Basrah (untuk mengetahui) tentang penafsiran sepotong ayat Al-Quran, lalu dikatakan kepadanya: Bahawasanya orang yang boleh menafsirkan ayat itu sudah pergi ke Syam (meninggalkan Basrah), lalu (Masruq) bersiap-siaga dan bertolak ke Syam sehinggalah beliau dapat mengetahui penafsiran (ayat tersebut).


Imam Ikrimah mengatakan: Berkaitan dengan firman Allah yang bermaksud: {dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya}[An-Nisa':100]. Aku mencari nama orang ini selama 14 tahun baharulah aku mendapati siapa gerangannya. Dan beliau mengatakan: Ibnu Abdul Barr dan nama sebenarnya ialah Damarah bin Habib.


Bagaimana golongan Salafus Saleh yang senantiasa yakin dan percaya dengan ayat Al-Quran ini. Dan semata-mata membaca untuk beramal. Malah sekiranya membaca ayat-ayat yang mereka samara-samar maksudnya, mereka terus beriman dan menyerahkan kepada Allah SWT.


Dari Al-Hasan Al-Basri mengatakan: Mereka beramal dengan Muhkam (Jelas nyata) dan beriman dengan Mutasyabih (Samar-samar); dan mereka menyerahkan apa yang musykil ke atas mereka kepada yang alimnya.


Mengatakan Sufyan As-Thauri dari Abdullah bin Mas’ud tentang maksud mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya iaitu mereka yang mengikutnya sebenar-benar ikutannya. Dan Abu Musa Al-‘Assya’ari menyebut: Orang yang mengikut Al-Quran, (nescaya) dia jatuh dengannya di atas taman-taman Syurga.


[Rujukan : Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir; m/s 91; Karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni]


Malah pengharapan mereka kepada Allah SWT amat tidak berbelah bagi ketika membacanya. Senantiasa mengamati bacaan mereka. Dapat mengenal di mana ayat rahmat dan di mana ayat azab.


Menyebut Umar bin Al-Khattab: Mereka orang-orang yang apabila berlalu mereka dengan ayat rahmat, nescaya mereka memintanya daripada Allah; dan apabila berlalu mereka dengan ayat azab, nescaya mereka minta berlindung daripadaNya. Beliau mengatakan: Dan sesungguhnya diriwayatkan makna ini dari Nabi SAW (bersabda yang maksudnya): Bahawasanya adalah apabila berlalu dengan ayat rahmat (nescaya) dia meminta; dan apabila berlalu dengan ayat azab (nescaya) dia berlindung.


[Rujukan : Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir; m/s 92; Karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni]


Monday, August 16, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431

Kenyataan Rasmi : Tinggalkan UMNO-BN


Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh Umno-BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara. Kegagalan Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri. Inilah persoalannya yang menghantui rakyat dalam negara kita selama puluhan tahun sejak negara mencapai kemerdekaan, di mana Umno telah bertindak menjadikan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai senjata untuk mereka mempertahankan Umno dan merobek harta negara di atas nama hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputra.

Kepada orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama Umno, sampailah masanya kini untuk mereka membuat keputusan yang sangat penting kepada masa depan generasi yang akan datang untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan yang lebih adil, sesuai dengan keadilan Islam untuk semua.


Cukuplah kecelaruan kefahaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu, dengan berlakunya pelbagai diskriminasi politik terhadap orang Melayu sendiri. Sebagai contohnya, kita tidak sekali-kali lupa terhadap tindakan merampas royalti minyak pada masa pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu, dan kini di Kelantan, di mana ianya adalah keputusan diskriminasi jahat yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno di ketika itu terhadap penduduk negeri yang lebih dari 95% terdiri dari orang Melayu beragama Islam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera dalam perlembagaan negara sekarang perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan sesuatu dasar, dengan syarat ianya tidak sekali-kali berlaku zalim kepada kaum-kaum lain yang menjadi rakyat dalam negara kita ini. Inilah juga yang dipersetujui dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada tahun yang lalu.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik peras ugut, untuk kita sama-sama merubah sistem kehakiman, kebebasan media, sistem pilihanraya, keselamatan negara, dan sebagainya untuk melahirkan iklim politik yang lebih adil dan aman di Malaysia.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


8 Ogos 2010


Rujukan

Saturday, July 17, 2010

MEMAHAMI KONSEP IBADAH DI DALAM ISLAM


Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah.

Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya.

Begitu juga dengan ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian 'ibadah.

Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi 'ibadah dan taat kepada Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ
إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58

Firman Allah seterusnya:

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Surah Al-An'am 6: Ayat 162

1- Saya mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang disembah. Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanan dalam 'ibadah". Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya (oleh malaikat Jibril) tentang martabat "ihsan" ini, lalu baginda menjawab (yang bermaksud):

"Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau.

(Hadis Muttafaqun 'Alaih)

2- Saya mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk berterusan mengerjakannya.

'Aisyah r.a mengatakan (yang bermaksud):

"Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya."

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Azdi)

Kekhusyukan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w (yang bermaksud):

Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahyang, habuan yang ia terima hanyalah penat dan lelah.

(Hadis Riwayat Al-Nasa'i)

Termasuk hadith (yang bermaksud):

Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga.

(An-Nasa’I dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

3- Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya. Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

"Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya."

(Hadith ini diriwayatkan juga oleh Abu Mansur Ad-Dailami dalam “Musnad Al- Firdaus” daripada Ubayy Ibn. Ka’ab dan sanadnya da’if.)

Berkata 'ulama':

"Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (bererti) kamu telah keluar dari dunia."

Al-Hassan Al-Basri meriwayatkan:

"Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia adalah lebih hampir kepada seksaan."

4- Saya mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan tidak kenyang. Saya perlu menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat sebagai menyahut seruan Allah, di dalam sebuah hadis qudsi (yang bermaksud):

"Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia
membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya."

(Hadis oleh Al-Bukhari)

5- Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana qiamullail itu adalah sumber kekuatan yang memantapkan iman. Sungguh benar firman Allah:

إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6

Allah s.w.t juga menerangkan sifat hamba-hambanya yang mukmin:

كَانُواْ قَلِيلاً۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا يَہۡجَعُونَ
وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. 18- Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Surah Al-Zariat 51: Ayat 17-18

Firman Allah seterusnya:

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّہُمۡ خَوۡفً۬ا وَطَمَعً۬ا وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Surah Al-Sajdah 32: Ayat 16

Di antara amalan-amalan sunat yang dikerjakan antara lain qiamullail, sembahyang dhuha, sembahyang tarawih, puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa pada Hari Arafah, puasa pada Hari Asyura, puasa enam hari dalam bulan Syawal, tiga hari di setiap pertengahan bulan (13,14 dan 15) dan beriktikaf di masjid.

6- Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana Allah berfirman:

َأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمۡسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيۡلِ وَقُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِ‌ۖ إِنَّ قُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِ كَانَ مَشۡہُودً۬ا

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

Surah Al-Isra' 17: Ayat 78

Saya mesti membacanya dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud):

"Sesunguhnya Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut."

(Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim)

Demikian juga saya mestilah sentiasa ingat peringatan Allah dalam firmanNya:

َلَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21)

Surah Al-Hasyr 59: Ayat 21

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran"

(Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Sabdanya lagi:

"Ibadah yang paling utama bagi umatku ialah membaca Al-Quran".

( Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Fadha'ilul-Quran )

Di dalam sebuah hadis dari 'Abdullah bin Mas'ud Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

(Riwayat Al-Hakim)

Dalam satu wasiat kepada Abu Zar Rasulullah berkata (maksudnya):

"Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu di bumi dan perbendaharaan untuk di langit."

(Riwayat Ibnu Hibban)

7- Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu saya mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w.Sesungguhnya benar firman Allah bila Ia mengatakan:

وقال ربكم أدعوني أستجب لكم

"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".

Ghafir @ Al-Mu'min:60

Oleh itu, amat wajar untuk kita memahami dengan sebenarnya berhubung-kait dengan ibadat kita seharian. Adakah memenuhi dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah serta menurut alim Ulama' kita ataupun sebaliknya? Sekiranya lari dari konsep ini, maka belum terlambat untuk kita perbetulkan. Waallahu'alam.