Thursday, May 13, 2010

KHAIRI TEPERANGKAP

Sikap Khairi yang tergopoh gapah dalam menjawab isu memakan dirinya sendiri. Dalam akhbar Harian Metro hari ini (13 Mei 2010) menjelaskan jawapan balas Khairi terhadap tajuk akhbar sebelum ini (Maqaz Dukacita).

Sekiranya kita meneliti laporan akhbar yang bertajuk "Maqaz Dukacita" sebenarnya banyak menyebelahi pihak JPMK. Namun, disebabkan Khairi terfikir ia adalah satu dakwaan tidak berasas, langsung saja Khairi menjawab tanpa memikirkan apakah implikasi yang akan diterima apabila disoal selidik oleh KPTM.

Sedia maklum, KPTM masih lagi menyiasat isu ini sedangkan Khairi sudah terperangkap dalam menghuraikan jawapannya di dalam akhbar Harian Metro hari ini. Jawapan balas Khairi ini sekaligus akan dijadikan hujah oleh sahabat-sahabat kita yang sudi membantu dalam menyelesaikan isu qiraat ini yang saban tahun berlaku di Malaysia.


Tidak perlu saya menjelaskan satu persatu kesilapan besar yang dilakukan Khairi dalam menjelaskan isu qiraat ini di akhbar secara panjang lebar.


Kepada Khairi, kita tunggu apa lagi selepas ini akan berlaku.Sedia maklum, UMNO akan menang di dalam media-media mereka. Kita menyuarakan di Harian Metro baru-baru ini adalah untuk menunjukkan betapa Khairi sangat tidak profesional dalam melakukan kerja mereka jawapan balas Khairi jelas lagi bersuluh menunjukkan sikapnya sebenar beliau. Situasi sebenar Khairi bagi isu ini adalah kalah dan tersungkur. Waallahu'alam.

Thursday, April 29, 2010

MANSURAH DIPENUHI AIR MATA



Firman Allah SWT:

الٓمٓ
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ
وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ

Alif, Laam, Miim. (1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)

[Al-Ankabut:1-3]


Allahu Akbar sayu mata memandang melihat video ini. Kita benar-benar diuji oleh Allah SWT kali ini, kali yang sebelum ini, dan macam-macam Mansurah hadapi rupanya. Terima kasih Wahai Mansurah. Sirru 'ala barakatillah.

WAH, SUKALAH JADI PENYOKONG KUAT AL-AZHAR

Alhamdulillah gambar rakan-rakan kita di Mansurah mendapat liputan besar di dalam Surat Khabar Soutul Azhar hari ini pada Muktamar Wafidin tempoh hari. Dan gambar-gambar ini menunjukkan sokongan seluruh Wafidin kepada pihak Al-Azhar khususnya kepada Al-Imam Al-Akbar dan Rais Al-Jami'ah. Rakan-rakan boleh belilah surat khabar dan boleh tengok sendiri. Sekian, Waallahu'alam.

AIR MATA MANSURAH KALI KETIGA BERJAYA DICIPTA


Saya amat terkilan dengan sikap JPMK yang membiarkan para pelajar tahun satu Qiraat tidak dapat menduduki peperiksaan Syafawi (ujian lisan) yang sepatutnya diambil ujian itu pada hari ini.

Manakah sikap mereka yang mahukan kecemerlangan para pelajar terjamin? Saya kira sewajarnya pihak berwajib ini mengambil tindakan awal sebelum perkara ini berlaku. Desakan telah dibuat oleh pihak pimpinan pelajar, begitu juga dari pihak para pelajar Qiraat seluruhnya.

Namun sejarah telah membuktikan bahawasanya JPMK memang telah gagal di dalam hal menguruskan kebajikan pelajar sehinggakan menjadi satu sejarah 39 orang pelajar Qiraat pada tahun ini tidak dapat menduduki peperiksaan.

Dan jangkaan saya benar-benar berlaku dan sejarah ini benar-benar tercatat. Apapun saya berharap kepada semua pihak, khususnya para pelajar Qiraat dapat bersabar. Sebenarnya saya lagi pelik kepada mereka yang tidak diuji oleh Allah SWT. Dan tidak disangka juga para pelajar Qiraat tahun satu ini dipilih oleh Allah SWT dalam ujian ini. Diharap juga jangan luput dari berdoa kepada Allah SWT.

Jadi saya mengucapkan takziyah dan tahniah kepada adik-adik Qiraat yang seramai 39 orang ini. Takziyah kerana tidak dapat menduduki peperiksaan hari ini dan tahniah kerana antunna dipilih oleh Allah SWT. Waallahu'alam.

Tuesday, April 27, 2010

POTRET-POTRET SAYU MATA MEMANDANG

Ustaz Abduh dari Juzur Qamar memberi rangsangan semangat kepada seluruh wakil mesyuarat delegasi Wafidin sebanyak 12 negara.


Semangat semua berbincang menunjukkan rasa kasih sayang kepada Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah.


Semua bergambar setelah mana selesai mesyuarat wafidin dari selepas Isyak hingga jam 12 malam bagi memastikan halatuju warga wafidin di Mansurah terlaksana.


Simpati dengan adik-adik Qiraat tahun satu seramai 39 orang bakal mengundang kesedihan dan nasib mereka untuk tidak dapat menduduki peperiksaan.


Siapakah yang menjaga mereka sekiranya ikhwah kuliyah Al-Azhar tidak ada di Mansurah?


Wahai pihak-pihak berwajib sekalian!
Di manakah anda bila kami perlukan bantuan?
Di manakah anda bila mana kami menghadapi kesulitan?
Di manakah tanggungjawab anda bila kami ditimpa kesusahan?
Apakah salah kami semua sehinggakan kami diperlakukan sebegini?
Wahai pihak-pihak berwajib sekalian!
Andaikata kami menghadapi keperitan di sini
Maka kami bakal menuntut di akhirat kelak
Segala apa yang kami hadapi
Kami menuntut keadilan!
Kami menuntut kebajikan dari anda!
Tunggulah balasan dari Allah dengan sikap anda ini!


QIRAAT MANSURAH MENJADI SEJARAH BARU

Assalamualaikum.


Masalah yang ada di Mansurah kali ini lebih meruncing apabila keputusan yang dibuat oleh Mantiqah Al-Azhar cawangan Mansurah yang bahawasanya pelajar-pelajar tahun satu Qiraat Mansurah tidak boleh menduduki peperiksaan selagi mana Kasyful Asma' ataupun fail-fail pelajar seramai 39 orang masih lagi tidak sampai di Mantiqah tersebut.

Namun usaha terus dibuat diperingkat Maahad Qiraat Fatayat Al-Mansurah sendiri untuk mendesak melalui surat yang saya lampirkan. Berdasarkan perbincangan pihak persatuan kita DPMM bersama pihak Mudirah Maahad pada jam 1.30 petang tadi, insya Allah surat ini akan dihantar oleh pihak Maahad ke Mantiqah. Surat itu terkandung di dalam juga maklumat supaya desakan daripada pihak Mudirah Maahad kepada pihak Mantiqah sendiri supaya mendesak Safarah Malaysia supaya disegerakan fail-fail tersebut.

Kita juga sudah berulang-kali menghubungi pihak Safarah iaitu Encik Khairi Jalaluddin supaya ada tindakan dari pihak Safarah. Apa yang pasti pada hari khamis (29 April 2010) ini adalah tarikh imtihan syafawi (ujian lisan) bagi pelajar-pelajar tahun satu. Dan insya Allah pada 8 Mei 2010 adalah tarikh bagi imtihan tahriri (ujian bertulis). Sekiranya fail-fail ini tidak sempat sampai, maka menjadi satu sejarah buat pelajar-pelajar Qiraat untuk tidak menduduki peperiksaan.

Kami juga terus berhubung dengan pihak DPM Syoubra. Pihak DPM Syoubra juga sudah merujuk di Qitaa' Maahad Al-Azhar dan mendapat maklumat yang sama bahawa fail-fail dari Safarah masih tidak sampai lagi. Namun melalui budi bicara pihak Mudir Maahad Qiraat Syoubra membenarkan untuk pelajar-pelajar tahun satu untuk menduduki peperiksaan.

Andaikata sejarah ini berlaku, nescaya pihak Safarah akan bertanggungjawab di dalam masalah ini. Dan saya harap kepada pihak pelajar-pelajar Qiraat dapat bersabar sekiranya berlaku. Seluruh pihak seperti PMRAM, DPM Syoubra, DPM Mansurah sudah cuba buat apa yang terdaya. Insya Allah kebenaran akan menyebelahi kita. Sirru ala barakatillah.