Dengan mencari kesenangan duniawi dan merasa senang dengan ibadat masing-masing itu adalah sebenarnya. Tapi itu adalah dusta belaka. Sebagaimana firmanNya s.w.t. yang bermaksud: [(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)] [rujuk Al-Maa'uun: 4,5,6,7]. Dan adalah satu titik noktah yang paling bijaksana adalah orang yang Allah membukakannya 'Ainul-Basirah(mata hatinya) dan mengilhamkanya hikmah. Kadang-kala pula ancaman yang lebih besar daripada ancaman peperangan yang secara zahir iaitu perkara Maddiyyah(kebendaan) yang lebih menghanyutkan manusia dan membinasakan serta ruhiyyah yang menjadi lapar dan sering bernafas kepada dunia. Demi sesungguhnya perkara ini sudah diberitahu yang terbit pada lisan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum munculnya. Ini diriwayatkan melalui Khutbah terakhir Nabi s.a.w. sebelum wafatnya, yang mana sebagai satu Inzar(peringatan) kepada semua umat Islam tentang kekhuatiran beliau. Sabda Nabi yang bermaksud: ["Tidaklah kefakiran yang aku takutkan diantara kamu, akan tetapi(sebenarnya) yang aku takutkan bahawa meluasnya atas kamu dunia sebagaimana luasnya atas orang yang daripada dahulu(sebelum) kamu. Maka kamu saling bernafas kepadanya(dunia) diantara kamu sebagaimana mereka saling bernafas kepadanya, maka ia(dunia) membinasakan sebagaimana ia membinasakan mereka"]. Dan kekhuwatiran daripada lisan Nabis.a.w. ini memang benar-benar berlaku dan bermula demikian itu pada zaman Bani Umaiyah. [Rujuk Al-'Aarifunabillah Bab Muqaddimah: karangan Syeikh Ahmad Bahajat ].
Dan dari Aisyah r.a yang mengatakan: "Nabi pernah bersabda: Tidak ada Hijrah sesudah pembukaan Kota Meqah, melainkan Jihad(memerangi kekafiran) dan Niat(Ikhlas semata-mata kerana Allah), dan apabila kamu diminta untuk berangkat pergi berjihad(berjuang pada jalan Allah), maka berangkatlah (dengan berjihad pada jalan Allah)".[Muttafaqun 'alaihi]. Dan maknanya tiada hijrah sesudah pembukaan Kota Meqah iaitu sudah tersedia Daulah Islam. [Rujuk Nuzhatul Muttaqin syarah Riydus-Salihin Min Kalam Saidil-Mursalin: karangan Syeikh Dr. Said Al-Khin, Syeikh Dr. Mustapha Bugha, Syeikh Mahyuddin Mustaw, Syeikh Ali As-Syarbiji dan Syeikh Muhammad Amin Luthfi]. Ini benar-benar berlaku, seperti Rasulullah s.a.w bersama para sahabatnya diperintah Allah supaya berhijrah ke Madinah. Maka bermulalah amal jihad mereka yang berterusan. Mereka tidak pedulikan maslahah-maslahah mereka, juga kebun-kebun mereka. Hanya kepentingan pada maslahah mereka yang difikirkan adalah jihad pada jalan Allah s.w.t.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
[Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya] [Al-Baqarah:195]
Dan maksud kebinasaan yang Allah s.w.t. melarang dan menegah mereka adalah sebenarnya Allah meletakkan(menetapkan) maqam Jihad, amal secara ukhrawi, Dakwah dan berkhidmat sepenuh masa. Ini adalah maqam yang paling halus yang Allah telah tetapkan dengan Tajrid(semata-mata beribadat kepada Allah s.w.t.) dan sentiasa mengekalkan dengan Tajrid itu. Dan semua ini bukanlah bagi tiap-tiap manusia, tetapi bagi lapisan yang disebut As-Siddiqin iaitu terbina atas Ma'rifatullah(Mengenal Allah) dan Ubudiyyah(perhambaan) kepadanya. [Rujuk As-Siddiqin War-Robbaniyyin min Khilal An-Nusus Wa Hikam Ibnu 'Atoillah As-Sakandari: karangan Al-'Alim Ad-Da'ieyyah Syeikh Said Hawa]. Dimana kedudukan para sahabat wajib Mukhalafah(berselisih dan membelakangi) walaupun kedua ibu bapa mereka sekalipun demi taat mereka dengan Allah s.w.t. dan RasulNya. Tiba-tiba pada zaman sekarang kita membina alasan wajib taat dengan kedua ibu bapa dan meninggalkan kerja sebaran Dakwah dan Jemaah Gerakan Islam.
Padahal sebenarnya Daulah Islamiyyah sudah hilang lama semenjak jatuhnya Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah dimana seluruh negara-negara Eropah yang penuh kebathilan berhimpun dan membuat kenyataan besar-besaran untuk memerangi Daulah Islam Uthmaniyyah pada tahun 1914M. [Rujuk Al-Wajiz Fi Tarikhil-Islam Wal-Muslimin Bab Wusuth Ad-Daulah Islamiyyah Uthmaniah: karangan Syeikh Prof. Dr. Amir Abd Aziz]. Segala kekhawatiran ini sebenarnya Allah s.w.t. melembutkan Umat Islam ini dengan menetapkan beberapa Rijal(Istilah bagi pejuang Islam tidak kira lelaki mahupun wanita) yang benar-benar Ikhlas dan sentiasa diikhlaskan oleh Allah s.w.t. Dan mereka ini adalah para Da'ie yang sentiasa dikuatkan Allah untuk melawan arus gelombang pemikiran baru yang durjana dengan pemberian dan kekutan Iman daripada Allah s.w.t. Dan mereka ini sentiasa menegah kebanyakan Umat Islam yang gemar dengan kebendaan(yang menjadikan) satu kebinasaan dan mereka sentiasa menjauhkan umat daripada Syahwat(keinginan nafsu yang keji). [Rujuk Al-'Aarifunabillah Bab Muqaddimah: karangan Syeikh Ahmad Bahajat ].
Golongan(Rijal) ini pada zahirnya tidak mampu mengubah gelombang pemikiran yang durjana itu lagi menghentikannya, kerana bukan sahaja para Kuffar(orang-orang kafir) yang menentang Islam, bahkan golongan Munafiq(zahir beriman tetapi hatinya kafir) yang terlalu kuat melawan mereka. Di samping itu, umat Islam yang rosak kefahaman dan mementingkan kesenangan; sehingga ada yang menyifatkan menjaga keluarga masing-masing lebih baik dan ada juga yang paling bahaya membuat kumpulan masing-masing(dengan tiada ciri dasar Islam yang betul dan tanpa mengikut panduan Ulama'). Adalah semakin ketara pada akhir zaman ini, kebanyakkannya puak Munafiq yang menjadi pemimpin-pemimpin negara umat Islam iaitu mereka bertopengkan Islam dan sentiasa mengikut petunjuk barat. Menentang Munafik ini adalah lebih sukar daripada menentang Kafir yang angkuh. Hanya Umat Islam yang berpaksikan Islam dan beberapa Rijal ini yang dapat membantu keadaan. Apapun mereka(beberapa Rijal) ini tetap memancarkan perjalanannya dengan menahan dan melambatkan proses gelombang pemikiran yang durjana itu yang sudah dan sentiasa masuk pada pemikiran Umat. Sesungguhnya mereka ini Para Da'ie dan golongan pengislah(pembaiki) dengan menyebarkan Risalah Islam untuk memelihara keadaan. Adalah mereka juga golongan Murobithuun(yang tetap dengan kerja untuk Islam) yang sentiasa berada di celah-celah untuk mendirikan(menegakkan) jalan Dakwah(sunnah Nabi yang paling utama). Dan berbagai-bagai pengkhususan atau gelaran yang penting(pada Rijal ini) yang diantara mereka golongan Ulama', Ahli Kesusteraan Bahasa Arab atau Ahli Falsafah Islam. Bahkan sebenarnya satu pengkhususan yang lebih mulia(utama) daripada segala gelaran; yang mana gelaran ini yang boleh menentukan dan membawa semua manusia(menuju kepada Allah s.w.t.) iaitu Al-'Aarifunabillah(golongan yang mengenal Allah s.w.t). [Rujuk Al-'Aarifunabillah Bab Muqaddimah: karangan Syeikh Ahmad Bahajat ].
No comments:
Post a Comment