Thursday, December 31, 2009

SEJUK MATA MEMANDANG


Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبۡطِلُوٓاْ أَعۡمَـٰلَكُمۡ
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ مَاتُواْ وَهُمۡ كُفَّارٌ۬ فَلَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَهُمۡ 
فَلَا تَهِنُواْ وَتَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱلسَّلۡمِ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ وَٱللَّهُ مَعَكُمۡ وَلَن يَتِرَكُمۡ أَعۡمَـٰلَكُمۡ
إِنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬‌ۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ يُؤۡتِكُمۡ أُجُورَكُمۡ وَلَا يَسۡـَٔلۡكُمۡ أَمۡوَٲلَكُمۡ

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! (33) Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, kemudian mereka mati dengan keadaan kafirnya, maka Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. (34) (Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan) dan Dia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu. (35) (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). (36)

[MUHAMMAD:36]

FiramanNya lagi:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (8) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (9)

[AS-SAFF:8-9]

Sejuk mata memandang kepimpinan sesi ini. Moga amalan sunnah dapat diteruskan. Malah kita tidak perlu menghiraukan sikap sesetengah mereka yang memandang lekeh dengan Sunnah Nabi SAW. Dan juga sesetengah masyarakat kita yang merasakan kolot kepada mereka yang berserban, berkopiyah dan sebagainya. Tetapi bila mereka yang mendedahkan aurat pula dianggap perkara biasa dan lebih bertamadun.

Moga kita dapat terus mempertahankan Nabi SAW dan terus dengan perjuangan Islam dengan menunjukkan wajah Islam kepada masyarakat seluruhnya. Jangan takut dan jangan gentar. Nahnu fidaka ya Rasulallah. Waallahu'alam.

Monday, December 28, 2009

ALHAMDULILLAH SUDAH SEMBUH DARI SAKIT


Firman Allah SWT:

ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَہۡدِينِ
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ

Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (78) Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79) Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)

[As-Syuara':78-80]

Alhamdulillah dengan rahmat dan kurniaan Allah SWT saya berjaya sembuh dari sakit. Dan terima kasih kepada abang saya (Mohd Hafiz bin Hodari) yang merupakan salah seorang pegawai polis di Balai Polis Jasin memberi nasihat kepada diri saya. Ternyata sebotol air pada setiap hari ia nampaknya memberikan kesan yang baik, di samping ubat-ubatan yang ditelan.

Dan terima kasih kepada sahabat-handai yang terus mendoakan kesihatan saya. Barangkali keberkatan doa kalian menjadikan saya sembuh. Juga sikap ambil berat kalian sangat-sangat saya dihargai.

Nampaknya banyak benda dan perkara yang saya mesti lakukan setelah mana masalah kesihatan yang sering saya hadapi ini. Ini memang benar saya akui semua itu adalah ujian daripada Allah SWT. Ini semua juga adalah kerana mahu melihat ketabahan diri ini setakat mana saya boleh sabar dengan keperitan. Di samping sebagai kifarah dosa yang saya lakukan sebelum ini. Waallahu'alam.

Tuesday, December 22, 2009

RAWAT ORANG SAKIT, SEKARANG KITA PULA YANG SAKIT


Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (57)

[Yunus:57]

Aduhai tidak disangka-sangka. Selesai satu masalah. Datang pula masalah baru. Baru-baru ini saya dikuarintinkan di sebuah hospital kerana disyaki H1N1.

Alhamdulillah keputusannya adalah negatif. Ini bermakna saya terselamat daripada penyakit ini. Tetapi sekitar seminggu yang lepas . Tekak saya rasa sakit. Macam-macam ubat yang saya cuba. Senang saja di Mesir ni kedai farmasi banyak. Boleh mintak apa sahaja jenis ubat yang kita mahukan. Tetapi amat malang pandai-pandai ijtihad ubat-ubatan ini, maka semuanya nampak tidak ada keberhasilan.

Akhirnya, saya terus buat pemeriksaan dengan doktor pakar di salah sebuah hospital. Doktor Toriq yang terkenal dengan kepakarannya sebagai seorang doktor. Tidak saya sangkakan rupa-rupanya terkena penyakit iltihab al-halq (radang kerongkong). Namun alhamdulillah nasib baik saya cepat dan penyakit itu masih diperingkat awal. Kalau tidak nahas jadinya. Ini semua rahmat Allah.

Apa yang saya saya perlu buat supaya banyakkan berehat, jangan minum air sejuk dan istiqamah dengan ubat. Sudah tentulah senantiasa berdoa dan mengharap kepada Allah SWT supaya cepat sembuh. Sekarang saya cuba belajar bercakap perlahan bak kata Ustaz Amirul (ahli bait saya), saya kena belajar cakap perlahan-lahan.

Di dalam bab makan pun bila makanan sampai ke tekak itu ibarat pancutan wap limau nipis ke tempat luka. Tetapi yang paling saya sedihkan sukar untuk saya membaca Al-Quran dan amalan wirid. Maklumlah bacaan huruf Arab ini sebutannya tidak seperti huruf melayu.

Ditambah lagi keadaan kesihatan begini yang menyebabkan selera mahu buat apa-apapun payah. Walaupun kehendak itu ada. Apatah lagi di akal fikiran banyak benda yang ingin dibuat. Harap sahabat-sahabat semua yang kenal dan tidak kenal mohon doa dari kalian. Insya Allah saya yakin Allah SWT akan menyembuhkan penyakit saya ini.

Sebagaimana Nabi Ayub berdoa dan merayu kepada TuhanNya sebagaimana Allah SWT merakamkannya di dalam Al-Quran:

أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ

Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (83)

[Al-Anbiya':83]

Lalu telah datang suatu berita gembira melalui firman Allah SWT di dalam menghapuskan penyakitnya:

فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرٍّ۬‌ۖ

Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.

[Al-Anbiya':84]

Ketika mana datang kepada kita penyakit, maka tiada seseorang pun yang boleh menyembuhkannya melainkan Tuhan semesta alam. Itulah Tuhan kita. Begitu juga Tuhan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ayub 'Alaihimassalam.

Firman Allah SWT:

ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَہۡدِينِ
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ

Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (78) Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79) Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)

[As-Syuara':78-80]

Bila difikir kembali kelakar juga. Saya sibuk rawat orang sakit. Tetapi saya juga ditimpa penyakit. Allahu Akbar inilah ujian Allah SWT. Penuh hikmah yang tersembunyi yang kita tidak tahu. Mudah-mudahan kita terus istiqamah untuk sampaikan Risalah Islam ini. Waallahu'alam.

Saturday, December 5, 2009

PIALA DUNIA AFRIKA SELATAN 2010


Mudah-mudahan Bola Sepak Piala Dunia kali ini lebih menarik lagi. Diharap juga pasukan pilihan anda semua mampu melawan pasukan pilihan saya, walaupun saya tahu pasukan anda merasa seram dan ketakutan yang amat sangat bila berhadapan dengan pasukan saya. Apakah pasukan pilihan saya? Hah, ini yang kita tak tahu!

Namun bola-bola juga. Tanggungjawab kita sebagai mahasiswa/wi juga mesti dilaksanakan. Dan jangan lupa cuba ambil istifadah dalam permainan Bola Sepak Piala Dunia kali ini. Kerana saya sudah merasai kepanasan bila membaca beberapa kenyataan beberapa jurulatih pasukan ternama. Kekuatan mereka sebenarnya adalah motivasi yang tinggi kepada para pemain dan juga persediaan yang dibuat.

BERIKUT undian kumpulan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010 :-

Kumpulan A - Afrika Selatan - Mexico - Uruguay - Perancis

Kumpulan B - Argentina - Nigeria - Korea Selatan - Greece

Kumpulan C - England - Amerika syarikat - Algeria - Slovenia

Kumpulan D - Jerman - Australia - Serbia - Ghana

Kumpulan E - Belanda - Denmark - Jepun - Cameroon

Kumpulan F - Itali - Paraguay - New Zealand - Slovakia

Kumpulan G - Brazil - Korea Utara - Ivory Coast - Portugal

Kumpulan H - Sepanyol - Switzerland - Honduras - Chile

HEI RAGAM SAHABAT MENCUIT HATIKU INI



Assalamualaikum.

Terharu saya memandangkan sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Alifuddin menyiarkan perjalanan penyembelihan dan melapah pada 2 hari raya korban baru-baru ini. Sedikit sebanyak menceriterakan susah payah sahabat-sahabat kita dikalangan ikhwah dan akhawat yang mampu berusaha untuk bergotong-royong bersama.

Untuk tatapan boleh kunjungi blog beliau:

http://alifuddin.blogspot.com/

Walaupun sudah kemerosotan ahli DPMM yang semakin berkurangan berbanding jumlah ahli yang ramai pada zaman era kedatangan Mahasiswa/wi sejak sesi 2003/2004. Sekarang era 2009/2010 diharapkan dapat memberi suntikan semangat baru kepada kita semua.

Sebenarnya tidak terlintas di fikiran saya bagaimana mahu menceriterakan perjalanan Hari Raya Korban baru-baru ini. Sekalipun hanya 3 khoruf, namun kesungguhan para ahli DPMM ini sebenarnya mampu memberi kegemilangan baru pada jenerasi akan datang. Rasanya bakal muka-muka baru yang dapat memimpin DPMM ini dengan langkah yang lebih baik dan cemerlang.

Tetapi di sudut hati ini tidak disangka-sangka Ustaz Alifuddin boleh menggambarkan keadaan para pekerja. Walaupun dalam bentuk gurauan sekalipun, tetapi di situ sudah cukup kita merasai suasana yang biasa setiap tahunan kita hadapi.

Mudah-mudahan dengan semangat bantu-membantu di kalangan kita satu sama lain, mampu mengeratkan lagi silaturrahmi, ukhuwwah dan kesatuan yang kita cintai sesama Islam.

Dan atas dasar kita faham tuntutan sebagaimana firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).(2)

[Al-Maidah:2]

Juga di atas apa yang disebut di dalam firman Allah SWT:

وَلِڪُلِّ أُمَّةٍ۬ جَعَلۡنَا مَنسَكً۬ا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۗ فَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ فَلَهُ ۥۤ أَسۡلِمُواْ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِينَ

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat; (34)

[Al-Haj:34]

Maka diharap kita mampu meneruskan kerja kemasyarakatan atau di samping ia juga merupakan ibadah sebagaimana sepotong ayat Al-Quran yang saya nyatakan di atas. Dan perlu diingat, apa-apa kerja yang kita laksanakan disertai dengan niat dan iklhas serta menunjukkan kesungguhan di dalam amal islami ini; nescaya Allah SWT akan membalasnya dengan setimpat apa yang dikerjakan. Waallahu'alam.

Friday, December 4, 2009

AL-QURAN SUMBER UTAMA KEHIDUPAN


Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Dengan nama yang Maha Agung. Apabila berdoa dengan namaNya, maka Dia Maha Menerima. Apabila diminta dengan namaNya Dia Maha Pemberi lagi Maha Mengurniakan.

Sesungguhnya ramai dikalangan kita hari ini memandang suatu kemuliaan kepada mereka yang membaca (bertilawah) Al-Quran dan menghafaznya. Tetapi apa yang menakutkan dikalangan kita umat Islam hari ini adalah mereka yang meninggalkan kefahaman, tadabbur dan mengenal apa yang terkandung di dalam ayat-ayat daripada makna-maknanya yang boleh menjamin kepada suatu pemeliharaan.

Sebenarnya kelebihan Al-Quran dari sudut taujihat, tasyji'at (perangsang) dan tarbiyyah (didikan) yang bijaksana lagi mampu untuk memberikan kekuatan yang lebih tinggi di dalam kehidupan manusia sejagat. Ia boleh menyelamatkan daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu rosak agamanya dan gugur akhlaknya, akal fikirannya, bathinnya dan materialistik. Ini semua kuasa Allah SWT dengan menganugerahkan Al-Quranul Karim melalui Nabi kita SAW. Ia juga merupakan mukjizat Nabi SAW yang terunggul sekali.

Ini suatu bukti kefahaman yang sahih lagi memberi pedoman melalui ayat-ayat Al-Quranul Karim yang boleh membawa petunjuk kepada jalan yang lurus.

Sebagaimana Firman Allah SWT:

ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2)

[Al-Baqarah:2]

FirmanNya SWT lagi:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُ ۥ عِوَجَاۜ
قَيِّمً۬ا لِّيُنذِرَ بَأۡسً۬ا شَدِيدً۬ا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنً۬ا
مَّـٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدً۬ا

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1) (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (3)


[Al-Kahfi:1-3]

Kita juga dapati di dalam setiap negara-negara Islam hari ini, lebih-lebih lagi di negara-negara Islam Timur Tengah atau semenanjung Tanah Arab yang kita melihat beribu-ribu daripada kitab-kitab kecil yang diterbiktkan lebih menumpukan kepada penghafazan Al-Quran atau lebih menumpukan kepada bacaan yang betul.

Namun amat malang kesungguhan itu tidak mampu untuk menghasilkan apa yang diharapkan. Dengan memastikan sumber Islam ini dapat dilaksanakan di dalam zaman yang semakin berkembang maju. Apakah yang mesti dilakukan?

Ini adalah disebabkan kurangnya sandaran kepada kefahaman, tadabbur, tarbiyyah, ta'lim (pengajaran) dan tazkiyyah (pembersihan hati) melalui Al-Quran yang mampu memberikan kesedaran kepada amalan praktikal yang zahir.

Apakah Al-Quran ini hanya semata-mata ibadat lafaznya sahaja?

Apakah Al-Quran ini hanya semata-mata jalan untuk mendapatkan keberkatan?

Apakah Al-Quran ini untuk bacaan kepada majlis kematian?

Di sini saya bukan menemplak mereka yang mengamalkan perkara ini. Malah tidak menafikan ia suatu amalan yang mulia. Saya juga tidak gemar dengan sesetengah pihak yang menemplak amalan mulia ini. Dengan mengatakan ini bid'ah dan sebagainya. Cuma apa yang disampaikan ini untuk memberi suatu kesedaran tentang pentingnya pengajaran Al-Quran ini.

Sebagaimana disebut di dalam satu hadith Nabi SAW: Dari Abi Hurairah RA- Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah satu kaum itu berhimpun di dalam satu rumah daripada rumah-rumah Allah, yang mana mereka itu sedang membaca Kitab Allah (Al-Quran) dan mereka saling belajar mempelajarinya di kalangan mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, Rahmat menyelubungi mereka, Para Malaikat mengelilingi mereka dan Allah mengingati mereka pada sesiapa yang di sisiNya.

RIWAYAT MUSLIM

Walhal kita sedari Al-Quran itu adalah kitab Samawiyah yang paling akhir diturunkan.Ia mempunyai kesahihan, keagungan dan kelebihan. Walhal juga Kalamullah itu adalah penjelasan, hidayah petunjuk, rahmat dan berita gembira.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ تِبۡيَـٰنً۬ا لِّكُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam. (89)

[An-Nahl:89]

Ditambah lagi Al-Quran itu sebagai ubat penawar. Sebagaimana firmanNya SWT:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)

[Al-Israk:82]

Juga merupakan nasihat pengajaran sebagaimana firmanNya SWT:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (57)

[Yunus:57]

Dan menjadi hujjah untuk menunjukkan jalan-jalan keselamatan dan kesejahteraan. Sebagaimana firmanNya SWT:

قَدۡ جَآءَڪُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ۬ وَڪِتَـٰبٌ۬ مُّبِينٌ۬
يَهۡدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَٲنَهُ ۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَيُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَيَهۡدِيهِمۡ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬


Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (15) Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (16)

[Al-Maidah:15-16]

Bahawasanya ia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang Ummi (tidak tahu membaca dan menulis) pada bulan Ramadhan ketika mana Baginda SAW beri'tikaf di dalam gua hira'. Ketika itu juga umurnya 40 tahun, di mana bermulanya tugasnya sebagai seorang Rasulullah (utusan Allah) untuk menyampaikan Risalah wahyu daripada Allah SWT.

Dengan ayat-ayat Al-QUran yang jelas maka sebaik-baik umat yang dapat dikeluarkan untuk manusia pada agamanya, tauhidnya, perundangannya, akhlaknya dan ketamadunan insan yang layak dengan kemanusiaan sejagat.

Selama 23 tahun Al-Quran ini diturunkan. Di dalam fatrah ini, urusan kehidupan, aqidah, individu, masyarakat dan manusia seluruhnya dapat merawat dengan amat mujarab.

Sedikit pengetahuan yang boleh kita kongsi bersama. Dimana Al-Quran terkandung ayat-ayatnya sebanyak 6236 ayat yang telah dibahagikan ia sebanyak 30 juzuk, 60 hizib, 114 surah, 77,934 perkataan dan 323,671 huruf yang bermula tertibnya dari Surah Al-Fatehah sehingga Surah An-Nas. Ada sesetengah pendapat mengatakan selain daripada itu. Dan mungkin boleh merujuk kepada mana-mana ibu kitab-kitab yang membicarakan tentang Ulumul Quran.

Al-Quran juga adalah merupakan senjata ampuh yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk jihad melawan bahana syirik yang melanda manusia. Dengan Al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah SAW terhadap mereka yang mensyirikkan Allah SWT, mampu mencuit hati dan fikiran umat ketika itu untuk menerima Islam.

Mereka yang menerima Islam ini pada ketika itu sanggup bertasammuh pada logik akal fikiran mereka dan fitrah (semulajadi) mereka untuk beramal terus dengan ajaran Al-Quran. Adapun mereka yang menolak Islam dengan tidak menerima ajaran Al-Quran terus dengan adat-adat penyembahan berhala yang menguasai jiwa mereka di dalam kesesatan dan kekufuran.

Bahawasanya memperdengarkan Al-Quran dengan fitrah (semulajadi) yang bersih dan senantisa bersedia menerima di dalam akal fikiran dan haq yang mutlak sebenarnya mampu menguatkan dalaman manusia ke arah kedudukan yang tinggi dan murni.

Semua ini dapat direalisasikan ke arah (mengenal) yang menciptakan alam sejagat dan sunnatullah pada alam sejagat ini. Juga mampu ke arah akhlak individu yang tinggi di dalam kehidupan dan meningkatkan taraf kehidupan dari pertembungan kehidupan materialistik serta thiqah (kepercayaan) pada apa yang di sisi Allah SWT.

Akhir sekali, bakal Allah SWT mendatangkan kita dengan suatu keyakinan pada setiap zaman yang mempunyai jemaah atau kumpulan yang soleh. Ia mampu menghubungkan kepada satu kefahaman yang tepat dengan Al-Quran dan menjadikan Al- Quran sebagai manhaj kehidupan serta menujukan kepada manusia dengan mendahulukan Al-Quran dari sudut tarbiyyah, pembersihan atau penyucian hati, pengajaran, ilmu, thaqafah dan perundangan. Waallahu'alam.