Pada zaman muktakhir ini, banyak kita melihat perubahan yang berlaku kepada pemikiran masyarakat; baik pemikiran masyarakat di
Perubahan pemikiran yang saya maksudkan ini tidak lain, adalah berhubung dengan pemikiran yang mana manusia lebih inginkan kepada fitrah yang asal untuk memenuhi ruang kehidupan sebagai cara hidup Islam. Namun di situ banyak lagi pemikiran Jahiliyyah masih berpaut dikalangan kita termasuk kadang-kadang golongan agamawan sendiri pun masih ada sikap-sikap atau perangai Jahiliyyah masih berlubuk pada jiwa manusia. Tanpa disedari perangai Jahiliyyah ini, juga menusuk pada segelintir golongan Azhariyyun. Walaupun saya ini tergolong dalam golongan Azhariyyun (gelaran orang yang belajar di Universiti Al-Azhar), kadang-kadang saya merasakan begitu; iaitu pada jiwa sahabat saya sekeliling dan mungkin perangai ini ada terkedapatan pada jiwa saya sendiri. Mudah-mudahan Allah SWT menghapuskan fikrah atau pemikiran ini dalam lubuk jiwa kita semua sebagai orang yang mengaku sebagai Islam.
Oleh kerana itu wajib kita pastikan, Islam ini agama Allah yang mesti kita anuti atau ikuti secara keseluruhan. Bukan ambil sebahagian dan kufur engkar sebahagian yang lain. Umpama golongan Bani Israel zaman dahulu yang mengikut ajaran kitab mereka Taurat dengan mengikut hawa nafsu mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud:[……Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan] {AlBaqarah:85}. Walaupun ayat ini terdiri dalam satu kaedah iaitu mengambil pengajaran dengan lafaz yang umum atas sebab yang khusus. Dan ini memberi maksud bahawa ayat ini menceritakan tentang kisah zaman kaum Bani Israel, tapi lafaznya untuk semua zaman termasuk zaman kita ini.
Apapun manusia sering leka, lalai dan lupa dengan siapa yang menjadikan kita. Lebih-lebih lagi kita adalah Khalifah di muka bumi yang Allah SWT jadikan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: [Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"]{Al-Baqarah:30}.
Ini sebenarnya amanah besar yang Allah SWT beri kepada manusia untuk mentadbir muka bumi dengan Syariat Allah iaitu Islam. Amanah Islam ini yang sepatutnya dibawa secara syumul oleh manusia, tetapi konsep ini kadang-kadang kita amat terkeliru dengan ini. Sehinggakan konsep Islam yang syumul ini, yang sepatutnya dimainkan khusus oleh para agamawan pada fikiran kita dan umumnya pada golongan lain. Namun konsep ini disalahtafsirkan oleh segelintir para Azhariyyun yang sepatutnya meletakkan pemikiran Islam itu syumul (sempurna dan lengkap). Syumul dari sudut kenegaraan dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sah.
Dalam hal ini, jarang saya khususkan dalam tulisan saya bagi seluruh golongan agamawan di perlembahan Nil ini. Tetapi kali ini saya agak kerisauan dengan sikap sebahagian atau segelintir Azhariyyun yang seolah-olah kurang menumpukan dengan masalah masyarakat sekeliling. Bila dilihat masalah yang semakin meruncing dikalangan kami, lebih-lebih lagi berhubung dengan fikrah ini. Sebenarnya saya tidak gemar untuk menjelaskan secara khusus berkaitan masalah dikalangan kami. Ini kerana masalah peringkat kami ini, kadang-kadang golongan yang bukan Azhariyyun mereka tidak tahu. Hanya dikalangan kami ini tahu apa yang kami hadapi. Namun dengan Maha Mengetahui Allah SWT itu, yang penuh hikmahnya tersendiri dan sebagai
Oleh kerana itu, saya gemar untuk menukilkan beberapa ulasan yang dinukilkan Syaikh Mustafa Masyhur salah seorang tokoh aktivis pejuang gerakan Islam yang menyebut di dalam kitabnya yang masyhur yang berjudul Thariqud Da'wah (Jalan Dakwah) iaitu: Bagaimanakah kita tidak mahu percaya pada satu jalan yang dustur perlembagaannya dan manhajnya adalah kitab Allah yang tidak pernah didatangi kebathilan dari hadapan mahupun dari belakangnya dan juga Sunnah Rasulullah SAW? Satu jalan yang menjadikan jihad sebagai jalannya dan menjadikan syahid setinggi-tinggi cita-citanya? Di sekitar kepercayaan tanpa ragu di jalan inilah, Al-Imam Hassan AL-Banna telah berkata kepada golongan pemuda: "Hai para pemuda! Di atas dasar-dasar yang tetap ini dan kepada pengajaran-pengajaran tinggi ini kami menyeru kamu semua. Maka sekiranya kamu beriman kepada fikrah kami dan kamu mengikuti langkah-langkah kami dan kamu bersama kami melalui jalan Islam yang Hanif. Dan kamu membersihkan diri kamu dari segala pemikiran yang lain daripadanya dan kamu menyerahkan segala usaha kamu untuk Aqidah kamu, maka inilah yang lebih baik bagi kamu di dunia dan di akhirat. Sekiranya Allah menghendaki, Allah akan membuktikan kepada kamu apa yang telah dibuktikannya kepada As-Salafus Soleh di zaman Rasulullah dan para sahabatnya". Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Di atas jalan inilah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda RA berjalan demikian juga kita dan para pendukung dakwah berjalan dengan Taufiq dari Allah SWT. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah (kasih –sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah SAW menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan Iman dan kekuatan Aqidah dengan kekuatan persatuan. Jadilah jemaah mereka jemaah contoh tauladan. Kalimahnya mestilah lahir dan dakwahnya mestilah menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini.
Saya rasa berpadan kalau kita semua merasa tanggungjawab, rasional, matang dan sentiasa memandang positif dengan suasana yang tarbiyyah ini wahai para sahabatku Azhariyyun. Jangan kita terlalu emosi baik marah, sedih dan sebagainya. Biarlah emosi ini timbul bilamana di hadapan kita Islam diperkotak-katikkan. Inilah sensitisnya kerana saying kita pada Islam. Masalah yang remeh-temeh dikalangan kita perlu kita selesaikan dengan bijaksana. Bukan mengikut perasaan yang entah di mana datangnya, takut kita mengikut hawa nafsu dan memenangkan para Syaitan serta Iblis yang besikap enggan dan sombong dengan perintah Allah SWT. Lihatlah kehadapan, teruskan perjalanan dan
Setiap masalah yang bakal datang kita kena hadapi dengan tabah, sebab masalah tetap datang dan kita tidak boleh lari daripada masalah. Cubalah cari jalan yang boleh untuk kita selesaikan masalah. Walaupun masalah sekadar mahalli (tempatan di kalangan Azhariyyun) sahaja, namun ia tetap masalah yang perlu difikirkan. Kerana otak kita perlu dilatih dan difokuskan untuk melatih kemahiran kita berfikir dan menambah kematangan serta positif. Penuhilah masa kita dengan apa-apa gerak kerja dan aktiviti di sekeliling kita. Ini supaya ilmu yang kita pelajari akan lebih terbuka, berkembang dan meluas. Sebab ilmu itu mestilah direalisasikan dan dipraktikkan. Perbezaan di Malaysia dan di Mesir cara pembawakannya saya pasti amat ketara perbezaannya. Namun di situ, kita kena juga melakukannya, walaupun ia nampak kurang membantu untuk kita bergerak di
Justeru itu, saya memohon maaf atas perkara yang kadang-kadang menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kita. Bagi pembaca yang mungkin bukan terdiri daripada kami (Azhariyyun), sekiranya boleh kalian mengambil manfaatnya daripada tulisan ini, maka ambillah kerana ia juga merupakan hikmah yang saya sendiri pun tidak mengerti kenapa ianya keluar dalam benak fikiran saya. Dan saya yakin dan percaya ini semua adalah Rahmat dan Kurniaan Allah SWT. Kita kadang-kadang kena beringat selalu, sebab kita semua bakal memimpin dan berhadapan masyarakat. Sebab saya adalah dikalangan pemuda, dan Mahasiswa serta Mahasiswi juga rata-ratanya adalah pemuda. Jadi hak sebagai orang muda kena jauh terkehadapan sebab yang tua meninggal pergi. Walaupun kadang-kadang yang muda Allah panggil dahulu, tetapi menjadi kebiasaan bila menyebut orang muda sudah tentu bakal pelapis ataupun generasi yang baru. Bagi golongan tua tetap golongan muda mestilah mengambil khibrah (pengalaman) dan menerima tunjuk ajar serta mengambil panduan yang secocok. Dan yang pastinya golongan tua juga tidak dapat untuk menjadi penentu kepada golongan muda. Sebab generasi muda ada wawasannya untuk terus menyambung rantai perjuangan salafus soleh terdahulu. Ibarat ayam tua berkokok, sambil dilihat ayam muda, tetapi bila ayam tua tiada, maka ayam muda akan menggantikan ayam muda berkokok Tidak perlu undur ke belakang, dan tetap hadapi walau di sini (Mesir) atau di Tanahair atau dimana sahaja Azhariyyun berada. Jangan mencari ilmu, pengaruh dan kemasyhuran kemudian berjuang. Tetapi perjuangan semasa kita mencapai tahap mukallaf, yang mana tanggungjawab itu sudah terpundak di bahu masing-masing. Pengaruh dan kemasyhuran tetap Allah berikan bagi sesiapa yang merasakan dirinya bahawa dia ada yang menciptakan. Ingatlah dimana sahaja bumi kita pijak di situlah Islam kita junjung. Perjuangan tetap diteruskan sebab kita sebenarnya tidak mengerti bila kita akan mati dan kematian itu pasti.
Oleh kerana itu juga, kita (Azhariyyun) mestilah sentiasa memperlengkapkan diri dengan apa sahaja ilmu dan thaqafah serta terus maju dengan prinsip Islam yang dipegang. Kuasailah ilmu pengetahuan yang khusus dan umum.Bukanlah ilmu tertentu sahaja untuk digapai dan dicapai, tetapi ilmu yang boleh mengajak manusia supaya menuju Allah dan mendapat keredhaanNya. Waallhu'alam.
No comments:
Post a Comment