Wednesday, December 15, 2010

Pakatan mungkin kuasai Johor, Negeri Sembilan


Ditulis oleh Harakahdaily Jumaat, 03 Disember 2010 15:05

KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin.

“Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya,” katanya.

Menurutnya, tidak mustahil kita berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata.

“Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.

"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Hari ini PAS sudah mempunyai dua Adun di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mengatakan ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.

Namun bagi Abdul Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya ia merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.

Menurut beliau, tidak dinafikan adanya kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.

Dalam masa yang sama ketika menjawab soalan The Malaysian Insider, Isnin lepas sama ada PAS akan melaksanakan agenda negara Islam jika Pakatan menang, Ustaz Abdul Hadi menjawab: "Perlaksanaan Islam akan dilakukan peringkat demi peringkat, kita hendaklah faham bahawa Islam tidak boleh diterjemahkan sebagai religion kerana tidak memenuhi objektif Islam itu sendiri, sebaliknya maksud lebih tepat ialah a way of life, yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan juga bukan Islam yang tidak dipaksa menganut Islam.

"Keduanya negara kita mengamalkan sistem faderalisme, yang mana ada kuasa-kuasa negeri. Sudah tentu PAS akan kuasai negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan seperti mana juga PKR dan DAP. Sekiranya faderalisme diamalkan dengan betul, PAS diberi peluang menunjukkan model pemerintahan Islam sebenar di negeri-negeri ini, ia dapat dilihat oleh rakyat Malaysia untuk dinilai sama ada positif atau negatif, kemudian berlakunya dialog dengan cara lebih demokratik, ini akan mengembangkan matlamat kita untuk mendirikan negara yang diterima oleh semua.

“Kita tidak mahu slogan sahaja, tetapi isinya tidak Islam.”

Saturday, November 27, 2010

KENAPA MESTI BANGGA DENGAN YANG LAIN

Firman Allah swt:

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85)

Ali Imraan: 85

Imam Ahmad da Imam At-Thobrani meriwayatkan dalam Al-Mu'jam Al-Ausoth dari Abi Hurairah mengatakan: Rasulullah saw bersabda: Amalan-amalan itu datang di hari kiamat.

Maka Sembahyang yang datang (menghadap Allah swt), lalu mengatakan: Wahai Tuhan, aku adalah Sembahyang. Maka (Allah swt) berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan.

Dan Sedekah yang datang (juga menghadap Allah swt), lalu mengatakan: Wahai Tuhan aku adalah Sedekah. Maka (Allah swt) berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan.

Kemudian datang (pula) Puasa, lalu mengatakan: Aku Puasa. Maka (Allah swt) berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan.

Kemudian datang amalan-amalan yang lain. Setiap (amalan yang datang setiap satu) itu, (Allah swt) berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan.

Kemudian Islam datang, lalu mengatakan: Wahai Tuhan Engkau adalah kesejahteraan dan aku adalah Islam. Maka Allah swt berfirman: Bahawasanya engkau di atas kebaikan. Dengan sebab engkau hari ini Aku menghitung dan dengan sebab engkau Aku memberi. Berfirman Allah (seperti) di dalam KitabNya (Al-Quran):

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85)

Ali Imraan: 85


Di dalam Sofwatut Tafasir, karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni menghuraikan:

Setelah Allah ta'ala memberitahu tentang setiap agama selain Islam itu bathil dan ditolak. Lalu firman Allah swt yang bermaksud (Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85) )

Dalam erti kata lain yakni menuntut syariat selain syariat Islam untuk menjalankan agama setelah Nabi saw diutuskan, maka Allah swt sekali-kali tidak akan menerimanya sebagaimana firmanNya lagi yang bermaksud (Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85) ), yang ertinya tempat kembalinya adalah api Neraka yang mereka kekal selama-lamanya di dalamnya.

Sofwatut Tafasir: Jilid 1/muka surat 215.

Di dalam Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni menjelaskan bahawa orang yang menjalani satu jalan selain apa yang Allah swt mensyariatkannya, maka sekali-kali tidak akan diterima olehNya.

Dan dia di akhirat kelak di kalangan orang-orang yang rugi. Sebagaimana Nabi saw menyebut di dalam satu hadith sahih: Barangsiapa beramal dengan satu amalan yang bukanlah di atas urusan kami, maka adalah tertolak.

Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir: Muka surat 237,
karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni.

Di sini saya melihat bagaimana sikap kita yang terlalu bangga dengan cara barat, jenama barat, gaya barat, atau apa-apa sahaja sehinggakan kita tidak nampak Islamlah yang paling mulia dan terbaik.

Kenapa kita hilang kebanggaan menjadi seorang yang bergelar Muslim dan Muslimah?

Apa ertinya Islam dalam hidup kita sehinggakan kita berasa kerdil dengan agama yang kita anuti?

Kadangkala mereka yang bukan Islam sangat kagum dengan Islam sehinggakan mereka mengkaji Islam lebih dari orang Islam sendiri. Termasuk musuh-musuh Islam yang mengkaji Al-Quran atau Hadith Rasulullah saw adalah semata-mata untuk mendatangkan tasykik (keraguan) di dalam diri umat Islam.

Apakah kita menuntut ilmu pengetahuan dari Allah swt adalah semata-mata untuk kesenangan atau mengambil faedah?

Atau soalan yang terbaik iaitu apakah atas tujuan untuk kita merasakan ilmu pengetahuan yang kita ada ini adalah pinjaman dari Allah swt? Maka jawapan yang boleh diberikan adalah kita akan membayarnya dengan menjadikan ilmu pengetahuan ini untuk memenangkan Islam.

Oleh itu marilah kita sama-sama rasa bangga dengan Islam yang mana itulah satu-satunya agama yang Allah swt redha. Waallahu'alam.

Monday, October 4, 2010

PILIHAN ALLAH S.W.T KE IJTIMA' TARBAWI

Firman Allah s.w.t:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱرۡڪَعُواْ وَٱسۡجُدُواْ وَٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُواْ ٱلۡخَيۡرَ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ ۩ وَجَـٰهِدُواْ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ‌ۚ هُوَ ٱجۡتَبَٮٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِى ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٍ۬‌ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمۡ إِبۡرَٲهِيمَ‌ۚ هُوَ سَمَّٮٰكُمُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ مِن قَبۡلُ وَفِى هَـٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيۡكُمۡ وَتَكُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ‌ۚ فَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعۡتَصِمُواْ بِٱللَّهِ هُوَ مَوۡلَٮٰكُمۡ‌ۖ فَنِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِيرُ 


Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu[993], dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong.


[993] Maksudnya: dalam kitab-kitab yang Telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w.

[Al-Haj:77-78]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang senantiasa memberikan kurniaan yang cukup besar kepada kita semua. Lebih-lebih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam. Akhirnya doa saya dikabulkan oleh Allah s.w.t kerana dengan limpahan kurniaanNya saya diberi peluang untuk bersama dalam program Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS yang lepas (pada 22 hingga 24 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 1 hingga 3 Oktober 2010 di Rusila, Marang Terengganu).

Sebelum ini saya berasa agak terlalu sukar untuk ke menghadiri program tersebut kerana ibunda yang terpaksa berehat lama dan kerap terbaring agak merunsingkan saya dan keluarga. Namun ini adalah ujian Allah s.w.t kepada kami sekeluarga yang seterusnya setelah ayahanda yang stabil dari sakit jantung, ibunda pula menerma kegeringan.

Ibunda yang terkena sakit urat saraf di kaki sebelah kanan sebagaimana menurut laporan doktor pakar orthopaedic menjadikan ruang untuk saya hadir ke program tersebut sangat sukar dan tipis. Namun apa yang terdaya boleh saya lakukan adalah berdoa dan berharap kepada Allah s.w.t untuk diberi peluang ke Ijtma’ tersebut. Alhamdulillah, Allah menerima permohonan saya ini.

Program yang dilaksanakan selama 3 hari ini amat meriah sekali kerana semua peserta dihidangkan dengan pengisian yang cukup padat tetapi memberi kepuasan dengan dihidangkan pengisian oleh ramai pimpinan PAS dari peringkat tertinggi.

Apatah lagi pengisian utama di dalam program ini iaitu pengajian Tafsir Surah Al-Hujuraat yang disampaikan oleh Presidan PAS Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang. Malah kupasan beliau cukup mantap amat menghiburkan kepada para peserta.

Di dalam program ini juga, memberi ruang kepada saya bertemu dengan sahabat-handai dari Al-Azhar tidak kira yang pulang bercuti mahupun yang sudah tamat pengajian dan juga rakan-rakan pelajar perubatan, Mesir. Termasuk bertemu dengan ustaz-ustaz lama Al-Azhar yang amat giat aktif dengan PAS sekarang. Apapun saya pasti kehadiran peserta di dalam program ini adalah pilihan Allah s.w.t.

Saya juga merasakan kebangkitan muda-mudi hari ini, sebenarnya sudah sedar dengan fitrah manusia yang mesti tetap bersama dengan perjuangan Islam. Dan keadaan ini bakal mampu untuk mengubah senario politik Malaysia dan juga menjadi satu anjakan paradigma kepada masyarakat Malaysia.

PAS yang merupakan gerakan Islam dengan wadah politiknya mampu menjadi teras kepada pemerintahan negara. Seperti yang dijelaskan, gerakan Islam adalah penyambung tugas kerasulan dan dakwah di sepanjang zaman, terutama selepas keruntuhan sistem khilafah yang memayungi umat Islam. PAS juga adalah sebuah parti politik tanah air di dalam sistem demokrasi sekular yang bermatlamat menubuhkan sebuah negara dengan ciri dan nilai Islam yang sempurna di dalamnya.

Justeru PAS meraih ciri dan gerak kerja yang berbeza daripada parti-parti politik yang lain. Ahlinya dikaderkan untuk menjadi pejuang Islam yang tulen, bukan sekadar ahli politik dalam istilah sebuah sstem demokrasi sekular.

Pengkaderan ahlinya adalah mengikut lunas dan sistem tarbiyah Islamiyah yang membina insan menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Ketua Pemuda PAS, Al-Fadhil Al-Ustaz Nasaruddin bin Hasan Tantawi mensasarkan pemuda PAS terus terbina di dalam sistem tarbiyah Islamiyah yang lengkap dan konsisten.

Harapan adalah besar untuk menyaksikan kelangsungan PAS yang unggul mendepani cabaran masa depan yang pasti, memimpin negara selepas berjaya memimpin dan membawa umat mencintai Islam dan memperjuangkannya.

Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS peringkat kebangsaan 2010 adalah satu usaha ke arah menyatukan tenaga jentera pemuda PAS seluruh negara untuk menumpukan usaha ke arah perlaksanaan tarbiyah yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Apa yang pasti kewujudan PAS bukanlah secara spontan, tetapi kewujudannya adalah perintah Allah s.w.t. Sebagaimana kaedah Islam menerangkan bahawa kewajipan tidak boleh sempurna melainkan dengan kewajipan. Maka di sini, Jamaah yang wajib diberikan wala’ di Malaysia hanyalah PAS. Kerana konsepnya jelas dan syumul. Apatah lagi dasarnya Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma’ dan Qias.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan dan terus thabat dalam perjuangan Islam serta senantiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t. Takbir!!!


Saturday, September 4, 2010

AL-QURAN YANG DIBACA DENGAN SEBENAR-BENARNYA


Kalam mutiara Syaikh Abdul Azim bin Syaa’ban bin Sulthon yang bermaksud:


Sinaran Al-Quran penuh dengan naungan

Memberi petunjuk dan dalil pedoman

Kerananyalah petunjuk seluruh makhluk yang menjadi pedoman

Yang menjadi penawar yang umum dan satu-persatu


[Rujukan: Ghiza’ Ruhul Insaan Mudawamatuhu ‘ala tilawatil Quran; karangan Syaikh Abdul Azim bin Syaaban bin Sultan; m/s pertama]


Di antara salah satu sifat golongan orang yang beriman adalah mereka yang membacakan ayat-ayat Allah SWT dengan sebenar-benar bacaan. Dalam erti kata lain, meraka membaca Al-Quran dengan penuh yakin dan percaya kebenarannya. Samasekali mereka tidak sekali-kali menjadi penentang dan menyelewengkan Al-Quran.


Sebagaimana dijelaskan di dalam firman Allah SWT:


ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ يَتۡلُونَهُ ۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦۤ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ‌ۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ


Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya[*], mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, Maka mereka Itulah orang-orang yang rugi.


[*] Maksudnya: tidak mengubah dan mentakwilkan Al Kitab sekehendak hatinya.


[Al-Baqarah: 121]


Penjelasan tentang orang-orang yang telah Allah berikan Al-Kitab kepadanya, meraka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya. Sebagaimana menurut Imam Qatadah: Mereka adalah golongan Yahudi dan Nasrani. Dan pandangan ini memilihnya Ibnu Jarir.


Dan mengatakan Said dari Qatadah: Mereka adalah Para Sahabat Rasulullah SAW. Ibnu Mas’ud mengatakan: Dan yang diriku dengan genggamanNya, bahawasanya hak sebenar-benar bacaannya adalah menghalalkan yang halalnya dan mengharamkan yang haramnya; dan membacanya sebagaimana Allah menurunkannya dan tidak menyelewengkan perkataan dari tempat-tempatnya; dan tidak mentakwilkan daripadanya sedikitpun atas yang bukan takwilnya.


[Rujukan : Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir; m/s 91; Karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni]


Ini menunjukkan begitu tingginya keimanan golongan Salafus Soleh yang bersungguh-sungguh di dalam beramal dengan ayat-ayat Allah SWT. Segala perkara yang Allah halalkan, maka dihalalkan. Adapun yang haram mereka ini benar-benar mengharamkannya.


Timbul satu perasaan di dalam hati mereka bahawa ini bukanlah kalam ciptaan makhluk. Tetapi kalam yang tidak dapat ditiru oleh sesiapapun. Samada makhluk berupa manusia ataupun jin.


Sebagaimana firmanNya SWT:


قُل لَّٮِٕنِ ٱجۡتَمَعَتِ ٱلۡإِنسُ وَٱلۡجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأۡتُواْ بِمِثۡلِ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ لَا يَأۡتُونَ بِمِثۡلِهِۦ وَلَوۡ كَانَ بَعۡضُہُمۡ لِبَعۡضٍ۬ ظَهِيرً۬ا


Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. (88)


[Al-Israa:88]


Apabila kita melihat di dalam keadaan sekarang ini, orang yang mengaku beriman dengan Allah SWT dan mengaku dirinya Islam serta senantiasa dengan membaca Al-Quran, tetapi sanggup menolak hukum-hukum yang ada di dalam Al-Quran itu sendiri. Hatta kita melihat diri mereka ini masih ragu-ragu dengan hukum yang Allah SWT tetapkan di dalam Al-Quran.


Kita juga melihat Al-Quran seringkali dibaca sekadar untuk mendapatkan fadhilat. Walhal, ayat-ayat itu tidak dijelaskan kepada masyarakat seluruhnya, apatah lagi diamalkan. Hatta tiada suatu usaha ke arah itu. Mereka yang tergolong di kalangan ‘Ulama yang mempunyai ilmu tentang Al-Quran samasekali tidak digunakan.


Adalah menjadi kepastian kepada golongan pemuda hari ini yang perlu bangkit memperjuangkan Al-Quran supaya dapat diterjemahkan di dalam masyarakat. Namun, Al-Quran seolah-olah hanya dilagukan. Dan lebih hebat lagi seolah-olah hanya dipertandingkan. Melihat kepada suara siapa yang paling sedap. Malah golongan yang menjadi pendokong kepada Al-Quran pula seperti diperlekehkan begitu sahaja.


Betapa golongan As-Salafus Soleh RA yang lebih mementingkan untuk mempraktikkannya dengan menterjemahkan maksud Al-Quran itu di dalam kehidupan mereka. Walhal, mereka memandang tinggi maksud atau kehendaknya. Hatta, mereka menganggap suatu kelebihan bagi orang yang mengetahui maksud atau penafsiran beberapa potongan daripada ayat-ayat Al-Quran.


Dan Imam Mujahid pernah menyebut: Aku menyukai orang yang berakhlak di sisi Allah Ta'ala yang mereka lebih mengetahui dengan apa yang Allah turunkan (Al-Quran). Dan Al-Hassan mengatakan: Demi Allah apa yang Allah turunkan sepotong ayat kecuali (sebenarnya) aku suka untuk mengetahuinya apa yang Allah turunkan (sepotong ayat tersebut) dan aku sendiri ingin sekali mengetahui maksud ayat tersebut.


[Zadul Musaiyar: jilid 1/muka surat 4].


Dan mengatakan Iyas Ibnu Mua'wiyah: Perumpamaan orang yang membaca Al-Quran padahal mereka tidak mengetahui penafsirannya adalah seperti satu kaum yang didatangkan Kitab kepada mereka, tetapi malam kegelapan yang menguasai mereka. Dan bukanlah mereka sebenarnya berada di pagi hari. Lalu engkau menaruhkan syak ke dalam hati mereka, namun mereka tidak menyedari tentang kitab itu.


[Zadul Musaiyar jilid 1/muka surat 4, Al-Muharrar Al-Wajiz bagi Ibnu Atiyyah jilid 1/muka surat 26 dan Tafsir Al-Qurtubi jilid 1/muka surat 26]


Adapun Imam As-Sya'bi mengatakan: Masruq telah pergi ke Basrah (untuk mengetahui) tentang penafsiran sepotong ayat Al-Quran, lalu dikatakan kepadanya: Bahawasanya orang yang boleh menafsirkan ayat itu sudah pergi ke Syam (meninggalkan Basrah), lalu (Masruq) bersiap-siaga dan bertolak ke Syam sehinggalah beliau dapat mengetahui penafsiran (ayat tersebut).


Imam Ikrimah mengatakan: Berkaitan dengan firman Allah yang bermaksud: {dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya}[An-Nisa':100]. Aku mencari nama orang ini selama 14 tahun baharulah aku mendapati siapa gerangannya. Dan beliau mengatakan: Ibnu Abdul Barr dan nama sebenarnya ialah Damarah bin Habib.


Bagaimana golongan Salafus Saleh yang senantiasa yakin dan percaya dengan ayat Al-Quran ini. Dan semata-mata membaca untuk beramal. Malah sekiranya membaca ayat-ayat yang mereka samara-samar maksudnya, mereka terus beriman dan menyerahkan kepada Allah SWT.


Dari Al-Hasan Al-Basri mengatakan: Mereka beramal dengan Muhkam (Jelas nyata) dan beriman dengan Mutasyabih (Samar-samar); dan mereka menyerahkan apa yang musykil ke atas mereka kepada yang alimnya.


Mengatakan Sufyan As-Thauri dari Abdullah bin Mas’ud tentang maksud mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya iaitu mereka yang mengikutnya sebenar-benar ikutannya. Dan Abu Musa Al-‘Assya’ari menyebut: Orang yang mengikut Al-Quran, (nescaya) dia jatuh dengannya di atas taman-taman Syurga.


[Rujukan : Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir; m/s 91; Karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni]


Malah pengharapan mereka kepada Allah SWT amat tidak berbelah bagi ketika membacanya. Senantiasa mengamati bacaan mereka. Dapat mengenal di mana ayat rahmat dan di mana ayat azab.


Menyebut Umar bin Al-Khattab: Mereka orang-orang yang apabila berlalu mereka dengan ayat rahmat, nescaya mereka memintanya daripada Allah; dan apabila berlalu mereka dengan ayat azab, nescaya mereka minta berlindung daripadaNya. Beliau mengatakan: Dan sesungguhnya diriwayatkan makna ini dari Nabi SAW (bersabda yang maksudnya): Bahawasanya adalah apabila berlalu dengan ayat rahmat (nescaya) dia meminta; dan apabila berlalu dengan ayat azab (nescaya) dia berlindung.


[Rujukan : Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir; m/s 92; Karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni]


Monday, August 16, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431

Kenyataan Rasmi : Tinggalkan UMNO-BN


Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh Umno-BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara. Kegagalan Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri. Inilah persoalannya yang menghantui rakyat dalam negara kita selama puluhan tahun sejak negara mencapai kemerdekaan, di mana Umno telah bertindak menjadikan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai senjata untuk mereka mempertahankan Umno dan merobek harta negara di atas nama hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputra.

Kepada orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama Umno, sampailah masanya kini untuk mereka membuat keputusan yang sangat penting kepada masa depan generasi yang akan datang untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan yang lebih adil, sesuai dengan keadilan Islam untuk semua.


Cukuplah kecelaruan kefahaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu, dengan berlakunya pelbagai diskriminasi politik terhadap orang Melayu sendiri. Sebagai contohnya, kita tidak sekali-kali lupa terhadap tindakan merampas royalti minyak pada masa pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu, dan kini di Kelantan, di mana ianya adalah keputusan diskriminasi jahat yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno di ketika itu terhadap penduduk negeri yang lebih dari 95% terdiri dari orang Melayu beragama Islam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera dalam perlembagaan negara sekarang perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan sesuatu dasar, dengan syarat ianya tidak sekali-kali berlaku zalim kepada kaum-kaum lain yang menjadi rakyat dalam negara kita ini. Inilah juga yang dipersetujui dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada tahun yang lalu.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik peras ugut, untuk kita sama-sama merubah sistem kehakiman, kebebasan media, sistem pilihanraya, keselamatan negara, dan sebagainya untuk melahirkan iklim politik yang lebih adil dan aman di Malaysia.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


8 Ogos 2010


Rujukan

Saturday, July 17, 2010

MEMAHAMI KONSEP IBADAH DI DALAM ISLAM


Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah.

Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya.

Begitu juga dengan ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian 'ibadah.

Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi 'ibadah dan taat kepada Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ
إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58

Firman Allah seterusnya:

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Surah Al-An'am 6: Ayat 162

1- Saya mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang disembah. Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanan dalam 'ibadah". Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya (oleh malaikat Jibril) tentang martabat "ihsan" ini, lalu baginda menjawab (yang bermaksud):

"Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau.

(Hadis Muttafaqun 'Alaih)

2- Saya mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk berterusan mengerjakannya.

'Aisyah r.a mengatakan (yang bermaksud):

"Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya."

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Azdi)

Kekhusyukan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w (yang bermaksud):

Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahyang, habuan yang ia terima hanyalah penat dan lelah.

(Hadis Riwayat Al-Nasa'i)

Termasuk hadith (yang bermaksud):

Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga.

(An-Nasa’I dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

3- Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya. Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

"Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya."

(Hadith ini diriwayatkan juga oleh Abu Mansur Ad-Dailami dalam “Musnad Al- Firdaus” daripada Ubayy Ibn. Ka’ab dan sanadnya da’if.)

Berkata 'ulama':

"Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (bererti) kamu telah keluar dari dunia."

Al-Hassan Al-Basri meriwayatkan:

"Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia adalah lebih hampir kepada seksaan."

4- Saya mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan tidak kenyang. Saya perlu menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat sebagai menyahut seruan Allah, di dalam sebuah hadis qudsi (yang bermaksud):

"Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia
membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya."

(Hadis oleh Al-Bukhari)

5- Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana qiamullail itu adalah sumber kekuatan yang memantapkan iman. Sungguh benar firman Allah:

إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6

Allah s.w.t juga menerangkan sifat hamba-hambanya yang mukmin:

كَانُواْ قَلِيلاً۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا يَہۡجَعُونَ
وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. 18- Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Surah Al-Zariat 51: Ayat 17-18

Firman Allah seterusnya:

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّہُمۡ خَوۡفً۬ا وَطَمَعً۬ا وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Surah Al-Sajdah 32: Ayat 16

Di antara amalan-amalan sunat yang dikerjakan antara lain qiamullail, sembahyang dhuha, sembahyang tarawih, puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa pada Hari Arafah, puasa pada Hari Asyura, puasa enam hari dalam bulan Syawal, tiga hari di setiap pertengahan bulan (13,14 dan 15) dan beriktikaf di masjid.

6- Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana Allah berfirman:

َأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمۡسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيۡلِ وَقُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِ‌ۖ إِنَّ قُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِ كَانَ مَشۡہُودً۬ا

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

Surah Al-Isra' 17: Ayat 78

Saya mesti membacanya dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud):

"Sesunguhnya Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut."

(Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim)

Demikian juga saya mestilah sentiasa ingat peringatan Allah dalam firmanNya:

َلَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21)

Surah Al-Hasyr 59: Ayat 21

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran"

(Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Sabdanya lagi:

"Ibadah yang paling utama bagi umatku ialah membaca Al-Quran".

( Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Fadha'ilul-Quran )

Di dalam sebuah hadis dari 'Abdullah bin Mas'ud Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

(Riwayat Al-Hakim)

Dalam satu wasiat kepada Abu Zar Rasulullah berkata (maksudnya):

"Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu di bumi dan perbendaharaan untuk di langit."

(Riwayat Ibnu Hibban)

7- Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu saya mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w.Sesungguhnya benar firman Allah bila Ia mengatakan:

وقال ربكم أدعوني أستجب لكم

"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".

Ghafir @ Al-Mu'min:60

Oleh itu, amat wajar untuk kita memahami dengan sebenarnya berhubung-kait dengan ibadat kita seharian. Adakah memenuhi dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah serta menurut alim Ulama' kita ataupun sebaliknya? Sekiranya lari dari konsep ini, maka belum terlambat untuk kita perbetulkan. Waallahu'alam.

Tuesday, June 22, 2010

AL-MARHUM AL-USTAZ HASSAN SHUKRI 1939-2010





AL-QURAN MENUNJUKKAN KEPADA KITA MATLAMAT DAN TUJUAN KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA


Satu persoalan yang timbul kepada kita tentang matlamat dan tujuan yang sebenarnya kita hidup di muka bumi Allah ini. Apakah Al-Quran yang menjadi sumber utama umat Islam ada menyebutkan tentang matlamat dan tujuan hidup di muka bumi Allah SWT ini?

Dengan ini saya berani mengatakan benar. Apabila timbul rasa ragu-ragu di dalam diri kita, maka Al-Quran adalah jawapan yang paling terbaik untuk mengembalikan keyakinan di dalam diri kita.

Sebagaimana firman Allah SWT:

الٓمٓ
 ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ

Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2)

AL-BAQARAH:1-2

Juga apabila kita rasa sakit, maka ia juga merupakan penawar yang paling berharga dan bernilai. Apatah lagi ia merupakan motivasi dan nasihat pengajaran dari Allah SWT serta menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman.

Sebagaimana firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (57)
YUNUS:57

Sebagai membuktikan kepada para pembaca sekalian tentang beberapa matlamat dan tujuan kehidupan manusia yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Maka marilah dahulu kita lihat bagaimana Allah SWT menjelaskan di dalam Al-Quranul Karim beberapa golongan yang lari dari landasan sebenar di dalam memenuhi kehendak mereka.

Ada di kalangan manusia yang hidupnya bertujuan dan bermatlamatkan untuk mencari makanan dan minuman serta kesenangan hidup di dunia ini.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَتَمَتَّعُونَ وَيَأۡكُلُونَ كَمَا تَأۡكُلُ ٱلۡأَنۡعَـٰمُ وَٱلنَّارُ مَثۡوً۬ى لَّهُمۡ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (12)

MUHAMMAD:12

Ada juga di kalangan manusia yang hidupnya bertujuan dan bermatlamatkan untuk perhiasan, kemewahan, harta-benda, dan kebendaan semata-mata.

Sebagaimana firman Allah SWT:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (14)

ALI-IMRAAN:14

Dan lebih teruk dari itu adalah di kalangan manusia yang melaksanakan urusan kehidupannya dengan bertujuan dan bermatlamatkan untuk menimbulkan fitnah, membuat bencana, kejahatan dan kerosakkan. Mereka itulah menjadi golongan manusia yang Allah SWT jelaskan di dalam Al-Quranul Karim.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُ ۥ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِى قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ  وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِى ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (204) Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (205)

AL-BAQARAH:204-205

Demikianlah Allah SWT menjelaskan kepada kita supaya kita tidak terjerumus ke dalam lembah api Neraka. Jikalau kita benar-benar beriman dan ingin disucikan oleh Allah SWT, maka kita wajib kepada matlamat dan tujuan yang satu.

Iaitu adalah dengan sanggup untuk menerima tanggungjawab yang sangat penting di dalam kehidupan ini. Juga kita wajib meyakini serta mempercayai dengan kepentingan yang akan kita rasai, di mana ia sangat mahal harganya daripada yang lain.

Tanggungjawab ini merupakan menunjuki manusia kepada kebenaran dan juga memberi pedoman kepada manusia seluruhnya. Kerana ia bertujuan dan bermatlamatkan kebaikan dan bakal menerangi seluruh alam dengan sinar mentarinya iaitu Islam.

Sebagaimana firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱرۡڪَعُواْ وَٱسۡجُدُواْ وَٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُواْ ٱلۡخَيۡرَ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ ۩
وَجَـٰهِدُواْ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ‌ۚ هُوَ ٱجۡتَبَٮٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِى ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٍ۬‌ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمۡ إِبۡرَٲهِيمَ‌ۚ هُوَ سَمَّٮٰكُمُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ مِن قَبۡلُ وَفِى هَـٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيۡكُمۡ وَتَكُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ‌ۚ فَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعۡتَصِمُواْ بِٱللَّهِ هُوَ مَوۡلَٮٰكُمۡ‌ۖ فَنِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِيرُ

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (77) Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (78)

AL-HAJJ:77-78

Di sini, Al-Quranul Karim dengan sejelas-jelasnya menerangkan kepada kita bahawa hanya beberapa di kalangan manusia yang sedikit memenuhi matlamat dan tujuan ini. Walhal yang lainnya telah menurut landasan yang salah. Bagi menegakkan umat Islam, maka tidak ada jalan yang lain melainkan matlamat dan tujuan ini sahaja.

Kerana ini merupakan beberapa wasiat dari Kalamullah iaitu Al-Quranul Karim. Dan segala urusan ini adalah urusan kita umat Islam dan bukannya urusan selain kita. Ia merupakan suatu nilai pembentukan dan pembinaan yang diterapkan oleh Islam. Bukanlah suatu nilai kebendaan yang materialistik dan fantastik, bahkan secara realistik.

Sejak dahulu hingga sekarang secara realistiknya berlaku di hadapan mata kepala kita sendiri terhadap manusia di dunia ini.

Bagaimana Al-Quranul Karim telah merakamkan kepada kita tentang dua perbezaan yang amat ketara ini terhadap kita?

Mengapa kita mengambil suatu jalan atau langkah yang bertujuan dan bermatlamatkan ke arah landasan yang salah?

Oleh itu, sedarlah wahai rakan taulan serta sahabat handai sekalian! Marilah kita semua memenuhi matlamat dan tujuan yang menyelamatkan kita di dunia mahupun di akhirat. Dengan berpegang teguh kepada Allah SWT yang menjamin kita di dalam kehidupan yang selamat.

Ingatlah, ramai manusia yang leka dengan nafsu syahwat dan kehendak Syaitan sehingga hati mereka tidak tenang walaupun pada zahirnya mata kepala orang lain melihat mereka tenang disebabkan kesenangan yang dicari.

Namun, kesenangan pada dzahir dan bathin ini adalah hak Allah SWT kepada kita. Maka cukuplah sekadar yang perlu untuk kita ambil, demi untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Saya yakin dan percaya, ada di kalangan kita yang masih rasa takut dan bimbang. Ada di kalangan kita rasa lemah dan berdukacita. Ingatlah, bagaimana keyakinan yang Allah SWT kurniakan kepada para waliNya. Marilah sama-sama kita mengambil suatu motivasi dari beberapa ayat Allah SWT ini di dalam Al-Quranul Karim!

Sebagaimana firman Allah SWT:

أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ
لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِڪَلِمَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62) (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. (63) Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar. (64)

YUNUS:62-64

FirmanNya SWT lagi:

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (139)

ALI-IMRAAN:139

Dari itu marilah kita menjadikan bacaan yang paling kita sukai adalah Al-Quran yang merupakan Kalamullah SWT ini. Bukan bacaan hanya di bibir yang basah, tetapi dapat kita terjemahkan di dalam kehidupan kita seharian. Waallahu'alam.

Tuesday, May 18, 2010

IDEA KEPADA MUA'LIJ



Firman Allah SWT:

يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ

Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Al-Baqarah:185

FirmanNyaSWT lagi:

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا
إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا 

Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

As-Syarh: 5-6

Alhamdulillah, saya mendapat satu idea baru dalam rawatan perubatan Islam melalui mesej yang berharga daripada Al-Fadhil Al-Ustadz Abdul Majid Hasan yang merupakan pengasas Darul Syifa Nur Ehsan .

Terima kasih kepada beliau saya ucapkan. Bagi saya satu ilmu baru yang amat mahal harganya dan amat tinggi pemberiannya. Tidak disangka kalau kita sering berkongsi ilmu dengan mereka yang lebih berpengalaman, maka kita akan dapat buah ilmu baru yang cukup berharga. Langsung tidak terfikir dalam benak fikiran ini untuk bina pusat Islam atau perkampungan Islam untuk jin-jin Islam.

Jadi, dengan usaha sebaran dakwah Islam ini yang lebih meluas. Di samping, kita sibuk berdakwah kepada masyarakat jin dan kadang-kala kita sibuk berperang dengan mereka. Adalah lebih baik kita bina sebuah tempat, di mana memudahkan untuk kita sampaikan risalah Islam kepada mereka. Begitu juga kalau ada jin-jin yang terlalu degil boleh kita rawat hati mereka dengan melalui pusat pemulihan di dalam perkampungan ini.

Saya tidak pernah terlintas, walaupun pernah bertemu dengan Al-Arif billah Syaikh Fuad yang telah menyediakan tempat untuk kerajaan Jin Islam di dalam rumah beliau. Ini merupakan anugerah Allah kepada beliau. Di mana jin-jin yang degil dan kafir akan ditangkap dan terus diuruskan oleh kerajaan jin-jin Islam.

Jadi bila mesej yang berharga ini saya baca dan menilai kembali, memang sebenarnya Allah SWT buka jalan untuk kita bila kita susah. Paling penting adalah keyakinan kita kepada Allah supaya terus kuat dan utuh untuk terus membantu kerja Islam.

Berikut adalah mesej beliau kepada perawat:

Salam,

Maaf sibuk kempen pilihanraya.

Ulasan saya: next time kalau jin sihir telah diIslamkan jangan biarkan dia berkeliaran bebas, sebab bila tkg sihir panggil (seru) dia akan ditarik dan disuruh kacau lagi. Jin ini tak dapat melawan dan terpaksa buat kerja sihir lagi.

Cadangan ana: Ustaz solat hajat mohon pada ALLAH untuk didirikan pusat Islam/perkampongan Islam yang serba lengkap untuk jin-jin Islam. Termasuk segala kemudahan, industri, ketenteraan, tuan-guru dsb dan pusat pemulihan. Pusat pemulihan adalah tempat jin2 jahat atau jin sihir akan ditempatkan hinggalah keadaan tenang dan dia dibebaskan selepas didakwah dan diyakini tidak akan mengulangi pekerjaan jahat lagi. Doa juga supaya perkampongan ini boleh membesar secara sendiri jika telah dipenuhi oleh jin2 Islam.

Selepas solat ust. tetapkan tempat perkampongan ini nak didirikan, kalau boleh di kawasan yang tiada pembangunan manusia ie hutan simpanan.

Ust. selawat tafrijiah, pasang niat dan hembus ke arah mana2pun boleh, insyaALLAH perkampongan ini akan wujud. Ustaz namakanlah perkampongan ini.

Bila ada jin yang insaf, sama ada masuk Islam @pun tidak ust. suruh dia tinggal dipusat pemulihan.

Begitu juga boleh offer jin2 supaya berhenti bekerja dgn tukang sihir.

Ust. boleh confirm kewujudan perkampongan ini semasa dialog dengan jin2, suruh dia tengok ke depan, ust selawat, niat diperlihatkan perkampongan then tanyalah jin berkenaan.

Untuk pastikan jin2 ini sampai ke destinasi, bila ust suruh keluar, ust panggil tentera Islam dari perkampongan tersebut untuk tangkap jin ini sebaik shj dia keluar.

Sekian, wassalam.

(Demikian mesej yang diterima melalui Ustaz Abdul Majid Hasan).

Saturday, May 15, 2010

PENTINGNYA SIFAT TAWADHUK

Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (34)

Al-Baqarah: 34

Satu muhasabah yang perlu kita ambil dan kembali cetuskan dalama diri sanubari kita tentang pentingnya sifat tawadhuk yang wajib ada dalam diri kita terutamanya golongan agamawan. Dengan sifat ini menyelamatkan kita daripada terjerat oleh Syaitan La'natullah dan hawa nafsu yang membuak-buak.

Manusia memang sering lupa dengan Allah SWT disebabkan kelebihan dan kesenangan yang ada pada diri manusia itu sendiri. Walhal semua kelebihan dan kesenangan itu adalah daripada Allah SWT. Tetapi anggapan manusia bahawa semua itu adalah disebabkan usaha yang kuat, sehingga hilang pujian terhadap Allah SWT.

Sebenarnya manusia memang dituntut dan diperintah oleh Allah SWT untuk beruasaha. Keran usaha yang kuat adalah tanda 'Ubudiyyah kita kepada Allah SWT. Dan usaha ini juga merupakan ibadah. Namun usaha ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Malah ia fana dan harapan serta Tawakkul kita kepada Allah SWT mesti kita dambakan.

Ada di kalangan kita yang menganggap dirinya yang paling pandai, sehinggakan orang di sekelilingnya bodoh tidak tahu apa-apapun. Ada di kalangan kita yang merasakan setiap pandangan dan kata-katanya adalah yang paling betul dan tepat. Sehingga melihat pandangan orang lain itu salah.

Sepatutnya kita wajib ada rasa takut dan meminta ampun kepada Allah SWT apabila pandangan kita diterima. Kerana ia boleh menyebabkan pandangan kita itu dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Dan kita juga wajib bersyukur apabila pandangan kita ditolak, kerana itu dapat menyelamatkan kita dari dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kecuali pandangan kita itu untuk menolak pandangan yang menyalahi syarak. Maka ini wajib kita pertahankan.

Ada juga di kalangan kita yang menganggap dirinya yang paling hebat semasa bercakap di khalayak ramai. Sehinggakan para pendengar kagum dengan ucapan yang kita sampaikan. Walhal, sesungguhnya segala penjelasan yang terang nyata itu sebenarnya memperdaya manusia supaya tidak nampak semua itu adalah kurniaan daripada Allah SWT.

Kadang-kala juga manusia menggunakan ilmunya itu untuk menjadi wasilah supaya orang mendengar kata-katanya dan inginkan dirinya dihormati. Seolah-olah seperti inginkan dirinya disembah dan dipuja, langsung wasilah ilmu itu untuk dirinya diperlaku seperti Tuhan.

Ingatlah, ilmu itu sebagai wasilah untuk kita semakin dekat dengan Allah SWT dan semakin kita mengenali Allah SWT. Dengan ini semakin bertambahlah rasa taat dan takut kepada Allah SWT. Tetapi kenapa manusia sering lupa dan lalai.

Ingatlah, Allah SWT sahajalah yang wajib disembah, dipuji dan dan dipuja dengan setinggi-tingginya? Kenapa kita harus memuji manusia sehinggakan hilang Allah SWT dalam pujian kita? Apakah kita lupa Allah SWT adalah Tuhan yang mentadbir dan mencipta alam ini?

Firman Allah SWT:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3)

Al-Fatehah: 3

Lupakah kita sebenarnya apakah tujuan kita dijadikan? Apakah tugas kita di muka bumi ini yang tidak diberikan kepada makhluk lain selain kita yang bergelar manusia? Apakah kita lupa? Sehingga hilang rasa takut dan harap kita kepada Allah SWT?

Sebagaimana firmanNya SWT

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (21)

Al-Baqarah: 21

FirmanNya SWT lagi:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (56)


Az-Zaariyaat:56

Begitu juga firmanNya SWT yang lain:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30)

Al-Baqarah: 30

Beberapa keterangan dan muhasabah yang perlu kita amati bersama supaya kita sedar kembali tugas dan matlamat kita berada di muka bumi Allah SWT ini.

Perlu kita faham sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu’. Ia bermaksud membesar diri dan membangga – banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat–sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata–mata.

Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda–tanda yang zahir, antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan, tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.

Selain itu, antara tanda–tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji-mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk-nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya, penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain-lain lagi.

Akhir sekali saya petik satu potongan ayat Al-Quranul Karim untuk sama-sama kita renungkan:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (54)

Al-Ma edah: 54

Dari itu ingatlah semua kita tentang peri pentingnya sifat Tawadhuk yang perlu kita sematkan dalam diri kita. Sebagaimana sifat Tawadhuk Nabi SAW. Setiap para pemimpin, para Ulama', penuntut-penuntut ilmu, para pendakwah, pejuang-pejuang Islam, bangsawan, hartawan, dan sesiapa sahaja perlulah ada sifat sebegini sesama muslim.

Adapun kepada pihak musuh-musuh Islam seperti Munafiq, orang-orang zalim, Zionis, dan sebagainya, semua ini mestilah kita menunjukkan sifat Izzah. Kerana mulia kita adalah dengan Islam. Waallahua'lam.