Thursday, January 3, 2008

Buat pendakwah

Teknik pendakwah dalam memelihara hati...

Antara tanda-tanda hati masih sihat ialah bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Antara yang membuktikan hati masih selamat ialah sifat tenang dalam menghadapi sebarang keadaan. Sifat lapang dada dan jauh pandangan. Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa para pendakwah hendaklah mengambil berat tentang pemeliharaan hatinya. Hatinya hendaklah sentiasa dijamu dengan santapan dan bekal rohani sehingga menjadi rabbani, jernih dan cerah, sentiasa dala ketenangan.


Manusia unggul yang kita teladani; Muhammad SAW telah mengajar kita cara memelihara hati supaya bersih dan subur dan bersih. Dalam kesempatan ini kita akan huraikan beberapa contoh ajaran dansunnahnya untuk menjadi pedoman kepada sesiapa yang hendak menurut
menjejak langkah orang-orang yang tinggi martabat rohaniyyah mereka dan
ingin mencapai darjat Rabbaniyyin :-


1. Zikru’llaah
Seorang pendakwah tentunya tidak sukar untuk memberikan perhatianberat kepada amalan zikir dan mengingati Allah; dalam tiap kesempatan dantindakannya. Rasul sudahpun mewariskan kepada kita beberapa amalan zikiryang boleh dibaca dalam sehari semalam.Doa-doa ma’thurat itu kalau dihafaldan diamalkan selalu, menurut kaifiyyat dan masanya nescaya ia bolehtergolong dalam gulungan Ulu’l Albab. Sesuai dengan firman Allah:

Maksudnya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan
siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, [UIu’I-Albab], (yaitu) mereka
yang mengingati ALLAH sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan
mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabbana!(Tuhan kami!), tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha SuciEngkau, lantaran itu peliharalah kami dari azab nerakaMu”.
(Surah Ali-Imran: Ayat 190—191)
Dengan mengingati Allah hati akan hidup segar dan jernih. Segala karat
di hati akan hilang dan hati menjadi peka. Tepat seperti yang dijelaskan oleh
Rasulullah
:
“Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikru’llah. Tidak ada
(perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah lain dan zikru ‘llah.
Sahabat bertanya: “Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya).” Jawab
Rasulullah: “Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah.”
(Hadith riwayat Baihaqi)
Al Harits Al Asy’ary radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulu’llah
bersabda:
“Allah memerintahkan melalui wahyu kepada Nabi Yahya Ibnu Zakaria lima perkara,
supaya diamalkan. Allah memerintahkan Bani Israil melaksanakannya juga. Antara
perintahNya itu ialah: “Dan aku memerintahkan kamu supaya banyak mengingati
Allah”. “Hal ini kiasannya samalah seperti halnya orang yang dikejar musuh. Ia (lari),
dan menemui benteng perlindungan yang kukuh. Demikianlah seseorang (hamba Allah)
tidak akan selamat dari syaitan melainkan dengan mengingati Allah (Zikru ‘llah).”
(Hadith Riwayat Al-Tarmizi)
Abi Sa’id Al Khudri radiyAllahu’anhu meriwayatkan bahawa Nabi SallAllahu
alaihi Wasallam bersabda. Kata Nabi Musa ‘alaihissalam:
“Hai Tuhanku, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dapat aku berzikir dan menyeruMudengannya. Jawab Allah: Katakanlah “La ilaha illAllah. Musa bertanya: Hai tuhansemua hamba mu berkata demikian. Ujar Tuhan: Katakanlah “La ilaha illAllah: Musaberkata. Yang saya minta ialah suatu yang khusus bagiku (seorang) sahaja. Allahberfirman: Wahai Musa andainya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi di sebelahimbangan dan La ilaha illAllah di sebelah timbangan lagi, nescaya sebelah timbangan Lailaha illAllah akan mengatasi berat sebelah yang lain.”
(Diriwayatkan oleh Nasa’i, Ibnu Majah Dan Al-Hakim)
Abi Hurairah radiyAllahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulu’llah telah
bersabda:“Baharukanlah iman kalian. Rasulullah ditanya: Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami. Beliau menjawab: Banyakkanlah menyebut; Lailaha illAllah.”(Riwayat Ahmad dan lain-lain)
Al Tarmizi meriwayatkan dan ‘Abdullah ‘Amru radiyAllahu’anhu bahawa Nabi
SallAllahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
“Tasbih memenuhi separuh timbangan (Mizan). Alhamdulillah memenuhi seluruh
timbangan manakala Lailaha illAllah tidak ada pendinding antaranya dengan Allah
sehingga ia terus menuju Allah.”
Rasul mengatakan lagi:“Empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: SubhanAllah, Walhamdulillah, La ilahaillAllah dan Allahu Akbar. Tidak salah anda memulakan menyebut mana-mana sahajadari (sebutan) itu.”(Riwayat Muslim Ibnu Majah dan Nasai)
2. MuraqabatullahPendakwah patut kerap bermuraqabah dengan Allah dalam segala tindaktanduk, urusan, perkataan, amalan, perasaan dan runtunan emosinya.
Kesungguhan bermuraqabah dengan Allah boleh menyelamatkan pendakwah
dari tergelincir dan menyeleweng. Hatinya senantiasa peka dan menurut
kemahuan Allah dan bukan kehendak hati sendiri.
Pendakwah harus tahu bahawa urusan hidup ini terbahagi kepada tiga
jenis:

i. Suatu yang jelas baik dan wajar, maka hendaklah dituruti.
2. Yang jelas buruk dan merugikan maka hendaklah dihindari.
3. Suatu yang kabur, maka hendaklah ditanyakan tentang itu kepada orang yang
tahu.Muraqabah dengan Allah akan lebih teguh dan berkesan dengan
bertambahnya pendekatan diri kepada Allah dan perasaan bahawa Allah hampir
dengan dirinya. Allah berfirman:

“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya danipada urat lehernya.”
(Surah Qaf: Ayat 16)
Firman Allah:

Maksudnya:
“Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan dialah yang keempatnya. Dantiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan dialah yang keenamnya. Dan tiadapula pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dan itu atau lebih banyak melainkan dia ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian dia akan memberitakan
kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.”
(Surah Al-Mujadilah: Ayat 7)
Firman Allah lagi:

“Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisik-bisikan
mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka.”
(Surah Al-Zukhruf: Ayat 80)
Abdullah bin Dinar menceritakan: bahawa pada suatu hari saya keluar
bersama Umar Ibnu Khattab radiyAllahu’anhu menuju Mekah. Di tengah jalan
kami berhenti rehat. Kemudian turun ke arah kami pengembala kambing
dengan kambing gembalaannya. Beliau berkata: “Hai pengembala, jualkanlah
kepadaku seekor dari kambing-kambing ini.” Pengembala itu lantas menjawab;
katanya: “Saya ini hanyalah seorang hamba (khadam)”. ‘Umar berkata:
“Katakanlah kepada tuan kamu bahawa dia telah dibaham serigala.”
Pengembala itu lantas meningkah dan berkata: “Di manakah Allah?”
(Mendengar jawapan itu) Umar pun menangis. Kemudian beliau membeli
pengembala tersebut dari tuannya dan memerdekakannya: Umar berkata
kepadanya “Ucapanmu itu telah membebaskan engkau (dari perhambaan). Aku
berharap Ia dapat pula membebaskan engkau di akhirat kelak.”
Pada suatu ketika seorang lelaki datang meminta nasihat daripada
Rasulullaah. Maka Rasulullah pun berkata: “Apabila engkau hendak melakukan
sesuatu maka kajilah akibatnya. Kalau sekiranya elok maka teruskan. Kalau
sekiranya buruk maka hentikanlah.”
Dalam kontek muraqabah pernah diriwayatkan bahawa ada seorang tuan
guru yang mempunyai ramai anak murid. Dalam kalangan anak muridnya ada
seorang yang lebih muda dari yang lain-lain. Ia amat dimuliakan oleh tuan guru
tersebut. Murid-murid yang lebih tua tidak puas hati dan berkata kepada tuan
guru tersebut: “Bagaimana tuan boleh memuliakan dia lebih dan kami,
sedangkan kami lebih tua daripadanya?” Esoknya tuan guru itu memberikan
muridnya seekor burung tiap-tiap seorang. Masing-masing diberikan juga
sebilah pisau, termasuklah muridnya yang muda itu. Tuan guru tersebut
memerintahkan supaya masing-masing menyembelih burung tersebut di tempat
yang tidak dilihat oleh sesiapa. Mereka pun beredar dan balik membawa burung
sembelihan masing-masing. Tetapi murid yang muda ini pulang membawa
burung yang masih hidup di tangannya. Tuan guru tersebut pun bertanya:
Mengapa engkau tidak menyembelihnya pada hal rakan-rakanmu semuanya
telahpun menyembelih? Murid muda itu menjawab: “Saya tidak menemui
tempat; di mana saya tidak dilihat oleh sesiapa. Sebab Allah ada di mana-mana.”
Dengan jawapannya itu rakan-rakannya pun menghargai sifat muraqabahnya
kepada Allah. Akhirnya mereka mengaku dan berkata kepada guru mereka:
“Memang layak tuan muliakan dia dari kami.”
(dipetik dan kitab Nuzhatu’n Nazirin)
Diceritakan pula bahawa semasa Tawus Al-Yamani, (rahimahullah) di
Makkah ada seorang wanita amat terpikat dengannya. Wanita tersebut sering
menggodanya hingga pada suatu hari ia menurut Tawus sampai ke Masjidil
Haram. Ketika itu orang sedang ramai di dalamnya. Tawus pun menoleh kepada
wanita itu dan berkata: “Ayuhlah, sempurnakan hajat saudari.” Wanita tersebut
pun menjawab: “Di tempat inikah?”... “Bukankah orang ramai melihat?” Tawus
menjawab: “Malu dilihat oleh Allah kan lebih patut dan wajar!” Dengan katakata
tersebut perempuan itu pun insaf dan bertaubat. Akhirnya ia menjadi orang
baik. (Nuzhatu’n Nazirin).
Diceritakan lagi bahawa seorang lelaki menemui Ibrahim Bin Adham. Ia
berkata kepada Ibrahim: “Hai bapa Ishaq (Ibrahim) . Saya ini sudah menzalimi
diri sendiri, maka terangkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menginsafkan diri
ku dan menyelamatkan hati ku.” Ibrahim Adham menjawab: “Jika engkau dapat
menerima dan boleh melakukan lima perkara (yang aku akan katakan) neacaya
apa sahaja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudharatkan dirimu.
Lelaki tersebut pun berkata:
Apa dia? Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq. Ibrahim menerangkan:
“Pertama: Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah ‘Azza Wajalla
maka janganlah engkau makan rezekinya! Lelaki itu meningkah dan berkata:
“Dan sumber mana lagi aku hendak makan; sedangkan segala yang ada di dunia
ini ialah rezki kurniaNya.” Ibrahim Adham mencelah: “Wahai pulan, adakah
patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaanNya, kemudian engkau
menderhaka kepadaNya! “Tentu tidàk,” jawabnya.
“Baiklah yang kedua?” Ibrahim menerangkan lagi: “Bila engkau hendak
menderhaka kepada Allah maka janganlah engkau menginap di mana-mana pun
di atas duniaNya. Lelaki itu pun berkata: “Ini lebih hebat lagi dari yang
pertama”. Kalau Timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan
Allah maka di mana pula aku akan tinggal?” Ibrahim mencelah: “Hai pulan,
adakah patut engkau makan rezeki Allah, tinggal di bumiNya kemudian engkau
derhaka kepadaNya?” “Tidak,” jawabnya.
“Baiklah yang ketiga apa?” Ibrahim menerangkan lagi: “Kalau engkau mahu
juga menderhaka sedangkan engkau makan rezeki Allah dan tinggal di
bumiNya maka carilah tempat yang kira-kira dia tidak nampak engkau
mencabar perintahNya. Kalau sudah engkau temui, nah engkau lakukanlah
maksiat tersebut.” Lelaki itu pun berkata: “Hai Ibrahim! Bagaimana aku dapat
berbuat demikian sedangkan Allah Maha Mengetahui, malah ia tahu apa yang
tersembunyi sekalipun?!” Ibrahim menjawab: “Hai pulan adakah patut engkau
makan rezekiNya, tinggal di bumiNya, menderhaka kepadaNya, walhal Ia
mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engkau lakukan secara terangterang?”
“Tidak” jawabnya,
“Yang keempat apa dia?” tanya lelaki itu lagi. Jawab Ibrahim. “Apabila tiba
malaikat maut hendak mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya:
“Berikanlah aku tempoh untuk bertaubat Nasuhah dan untuk beramal saleh
kerana Allah.’ “Takkanlah dia mahu menurut permintaanku,” jawab lelaki itu.
“Hai pulan” kata Ibrahim: “Apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya
menolak maut; untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul
bahawa kalau maut datang engkau tidak akan diberi tempoh maka dalam
keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan
maksiat mu)?”
Lelaki itu bertanya lagi: “Yang kelima?” Ibrahim menerangkan: “Apabila datang
Malaikat Zabaniah pada hari kiamat hendak membawamu masuk neraka maka
jangan lah engkau mahu pergi bersamanya!” “Sudah tentu mereka tidak akan
biarkan aku, atau menerima permintaan ku,” sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim:
“Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?” Lelaki itu pun
berkata. “Wahai Ibrahim cukuplah, cukuplah!” Saya minta ampun kepada Allah
dan saya bertaubat kepadaNya. Lelaki tersebutpun akhirnya ikut beribadah
bersama Ibrahim Adham hinggalah mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing.
(Dari kitab Tawwabin)
3. Berjihad melawan nafsu
Yahya bin Mu’az berpesan: “Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan
rohani).” Latihan riadah ini ada empat macam:
1. Sedikit makan.
2. Sedikit tidur.
3. Bercakap sekadar perlu.
4. Sabar menanggung gangguan orang lain.
— Dengan kurang makan matilah keserakahan syahwat.
— Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih.
— Apabila kurang bercakap badan selamat.
— Dan dengan bersabar menanggung gangguan memungkinkan sampai kepada
matlamat yang dituju.”
Para da’ei wajib sentiasa berjihad melawan nafsu sendiri. Ia harus
menguasai dirinya supaya tidak berlebihan dalam makan, minum, pakaian,
dalam bercakap dan memuaskan kehendak nafsu. Tepat seperti yang dianjurkan
oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

“Orang yang mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsu dan
menundukkannya supaya patuh kepada Allah Subhanahu Wata’ala.”
(Ditakhrijkan oleh Al-Tarmizi)
Pada suatu ketika bila ditanya dengan soalan: “Bagaimana
menyempurnakan warak ?“ Ibrahim bin Adham menjawab: “Iaitu dengan
menganggap makhluk yang lain setaraf dengan diri sendiri. Sibuk dengan dosa
sendiri dan asyik memikirkan dosa orang lain. Anda hendaklah memikirkan
dosa anda sendiri, menyegerakan taubat kepadaNya di samping menghapuskan
rasa tamak kecuali untuk mendapat kerelaan Allah.”
Berhubung dengan jihad melawan perut dengan berlapar
Rasulullah bersabda:
. “Jangan kamu tumpaskan (kepekaan) hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati
itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air (secara) berlebihan.”
Beliau mengatakan lagi:
“orang yang kerap berlapar (puasa) dan menahan nafsu di dunia merekalah orang yan
paling kenyang di akhirat. Manakala orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang
yang penuh sesak perutnya dengan makanan (hingga menjadi gendut). Tiap hamba
(Allah)meninggalkan makanan yang amat diidaminya maka tiap itulah Allah menaikkan
darjatnye di syurga satu darjat. ”
(Riwayat Tabrani)
Kenyang yang berlebihan membawa banyak padah dan akibat. Antaranya
ialah penyakit jiwa dan badan sekaligus. Umpamanya hati menjadi bengis dan
keras (kurang timbang rasa), akal menjadi malap, banyak mengantuk dan suka
tidur, syahwat berkobar, perangai bongkak dan malas beribadah. Sebab itu
Rasulullah menggariskan kaedah pemakanannya yang terkenal:
“Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman
dan sepertiga lagi untuk nafas.”
Dalam konteks memerangi syahwat supaya menjadi seder hana Allah
memerintahkan para hambaNya supaya mengawal pandangan. Allah berfirman:
“Perintahkan kepada para Mukminin supaya mengawal sebahagian dari pandangan
mereka.”
(Surah Al-Nur: Ayat 30)
Allah memerintahkan supaya mengawal kehormatan. Firman Nya
َ“...dan hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka.”
(Surah AI-Nur: Ayat 30)
Rasulullah mengingatkan tentang fitnah atau godaan wanita:
“Tidak ada fitnah yang Ku tinggalkan (di belakangKu) yang jebih besar bahayanya bagi
lelaki dan wanita (itu sendiri).”
(Hadith muttafaqun ‘alaihi)
Sabda beliau lagi:
“Wanita itu tali temali (jerat) syaitan. Kalaulah tidak kerana syahwat nescaya wanita
tidak mempunyai kuasa menundukkan lelaki.”
(Ditakhrijkan oleh Al-Asfahani)
Dalam kitab Ihya Imam Al-Ghazzali menerangkan:
“Sebesar-besar syahwat ialah nafsu syahwat terhadap perempuan. Pemuasan syahwat ini
kadang-kadang diturutkan secara keterlaluan, kadang-kadang keterlaluan dikekang dan
kadang-kadang dipuaskan dengan sederhana. Keterlaluan diturutkan sangat atau ( )
ialah yang membutakan kecelikan akal, sehingga merubah himnaah lelaki; asyik kepada
senggama dan tidak berusaha untuk mengikuti jalan akhirat. Atau sampai
membelakangkan agama sehingga berani melakukan perbuatan durjana. Adapun jenis
yang kedua ialah kerana lemah tenaga batin, tidak mampu memuaskan isteri. Inipun
juga tercela. Yang baik dan terpuji ialah memuaskan syahwat ini secara sederhana. Nafsu
ditundukkan kepada tuntutan akal dan syara’, baik semasa Ia berkobar maupun semasa
dikawal. Betapapun garangnya syahwat ini namun cara mengatasinya ialah dengan
berlapar ataupun dengan kahwin sahaja.”
Rasulullah menegaskan:
“Wahal para pemuda! Hendaklah kalian berkahwin. Kalau tidak mampu maka hendaklah kalian berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah penawar baginya.”
Da1am konteks jihad melawan lidah Rasulullah bersabda:
“Kuasailah lidahmu, memadalah rumahmu (untuk berpeleseran) dan tangisilah
kesalahan (dosa)mu sendiri.”(Ditakhrijkan oleh Al-Tarmizi)
Sebenarnya kejayaan seseorang pendakwah dalam dakwah dan
keberkesanan dakwahnya dikalangan orang banyak bergantung kepada sampai
di mana ia dapat menguasai lidahnya. Allah berfirman:
ْ“Seandainya engkau kasar dan keras hati nescaya mereka bubar dan menjauhkan diri
dan sekelilingmu.”
(Surah Ali-Imran: Ayat 159)
Sikap menjaga lidah, memastikan ia berkata benar, menjauhkan diri dari
mengumpat, menghasut, bohong dan sifat celupar, tanda Iman masih selamat
dan sihat. Sifat ini melindung hati dari tercemar dan menyeleweng. Rasulullah
pernah menjelaskan:
“Iman seseorang itu tidak akan betul melainkan apabila hatinya lurus. Dan hatinya tidak
akan lurus sehinggalah lidahnya lurus (berkata benar).”
(Ditakhrijkan oleh Tabrani)
Menyedari hal ini saudara-saudara da’ei hendaklah berjihad melawan
nafsu dan kehendak diri dengan berbagai jenis ibadah dan kepatuhan kepada
Allah supaya hati menjadi bersih dan jernih. Alangkah banyak jalan dan cara
yang boleh dibuat oleh orang-orang yang ingin meningkat. Pernah dikatakan
bahawa Allah mempunyai ma’arij atau berbagai jenjang peningkatan sebanyak
tarikan nafas makhluk-makhlukNya.
Kesimpulannya para da’ei harus menang dalam pertarungan melawan
dan mengasuh nafsunya. Hanya dengan itu ia boleh menang di medan-medan
yang lain. Tetapi jelas untuk mencapai kemenangan dalam hal ini bukan mudah.
Kalaupun menang untuk suatu ketika namun belum tentu terlepas dari
pesonanya pada masa yang lain. Sebab itu mengawas nafsu dan diri dari masa
ke semasa, waspada terhadap bisikan dan pujukannya adalah suatu cara yang
paling mungkin dan selamat untuk menyelamat dan memberikan kekebalan
kepada diri. Dengan cara ini dapatlah para da’ei mewujudkan dalam dirinya
suatu kawalan dalaman yang berkesan. Rasulullah menegaskan:
“Jika Allah hendakkan kebaikan untuk seseorang, Allah berikan (suara) penasihat dari dalam hatinya sendiri.”
(Musnadu’l Firdaus)
Sabda Rasulullah lagi:
“Siapa yang ada penasihat dari dalam hatinya maka adalah bagi dirinya pengawal dari
Allah.”Sebab itu marilah kita menilai dan memperhitung diri kita sebelum kita
benar-benar dihitung. Marilah kita timbang dan tilik diri kita sebelum ditilik dan
ditimbang, supaya kita bersedia untuk menghadapi hari perhitungan besar
nanti. Hari ini hari berbuat; tidak ada hisab (perhitungan). Pada hari Qiamat
kelak ialah hari perhitungan bukan hari berbuat atau beramal. Oleh sebab itu
marilah kita berdoa kepada Allah memohon sejahtera dan aman dan kehinaan di
dunia dan azab akhirat. Wabillahhi’l musta’an.
ََِ

No comments: