Dalam hal ini, marilah kita mempelajari Kalam Hikmah pertama sebagai berikut:
من علامات الاعتماد على العمل نقصان الرجاء عند وجود الزلل
Maksudnya:"Sebahagian tanda berpegang (manusia) atas amal, ialah kurang harapannya kepada Allah ketika terjadi kesalahan-kesalahan".
Ini adalah Kalam Hikmah pertama kali yang dikemukakan Imam Ibnu Athoillah Assakandari. Pengertian Kalam ini adalah seperti berikut: Pertama adalah bahawa kita umat manusia sebagai makhluk Allah SWT, ada tiga tingkat. Tingkat yang pertama adalah Tingkatan العباد (Al-'Ibaad) iaitu mereka yang mengerjakan sembahyang, puasa, dan lain-lainnya dari ajaran-ajaran agama; juga apabila mereka menjauhi larangan-larangan Allah, maksud mereka ialah semoga masuk Syurga, berbahagia di dalamnya dan terlepas dari azab seksaan Neraka. Atau maksud mereka ialah untuk kebahagiaan Ukhrawi dan Duniawi dan diselamatkan oleh Allah SWT dari macam-macam malapetaka, baik di dunia mahupun di Akhirat. Tingkatan yang kedua pula adalah Tingkatan المريدين (Al-Muridin) iaitu mereka berbuat taat pada ajaran agama, tidak lain maksud mereka terkecuali untuk bagaimana sampai kepada Allah, bagaimana agar terbuka segala sesuatu yang tertutup hati mereka, semoga hati-hati mereka dilimpahkan rahsia-rahsia halus dan yang baik-baik oleh Allah SWT. Tingkatan yang ketiga ialah العارفين (Al-'Aarifin) iaitu hamba-hamba Allah ini, yang meskipun mereka beramal ibadat begitu banyak, tetapi sedikit pun mereka tidak melihat bahawa mereka mengerjakan ibadat itu untuk maksud di atas, tidak terbayang di dalam hati mereka bahawa mereka beramal, tetapi hati mereka selalu tertuju bahawa Allah SWT yang berbuat segala sesuatu pada hakikatnya. Mereka tenggelam dalam lautan Redha Qadar Ilahi dan mereka bergantung pada tali Qada' yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Al-Quran bermaksud:
"Dan sesungguhnya Allah telah menciptakan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat" (As-Soffat:96).
Dan Firman Allah lagi bermaksud:
Dan Firman Allah lagi bermaksud:
"Dan TuhanMu menciptakan apa yang dikehendaki dan dipilihNya. Mereka tidak dapat memilih. Maha suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan"(Al-Qashash:68).
Menurut Kalam Hikam di atas bahawa yang dimaksudkan dengan 'tanda' yang kita bahas di sini adalah buat tanda tingkat pertama dan kedua. Maksudnya, bahawa tingkatan pertama (Al-'Ibaad) dan tingkatan kedua (Al-Muridin), menurut kacamata Ilmu Tasawuf termasuk belum baik apabila dibandingkan dengan tingkatan ketiga. Sebab apabila kita masih dalam tingkatan pertama dan kedua, maka akibatnya adalah seperti berikut: [Pertama] Pada peringkat pertama apabila seseorang itu mengerjakan maksiat dalam erti yang luas, seperti tidak menjalankan perintah Allah SWT, maka mengakibatkan kurang harapnya kepada Allah atas maksudnya iaitu bahagia di Syurga dan selamat daripada azab dan siksaan Neraka. Harapannya kepada Allah kuat dan bertambah apabila dia beramal. Tetapi apabila tidak, maka harapannya tadi akan turun dan berkurang. [Kedua] Demikian pula pada tingkatan (Al-Muridin). Dengan amal Ibadat maka dia gembira. Kerana itu maka ibadatnyalah yang menjadi sebab menyampaikan harapan-harapannya. Tetapi apabila ibadatnya berkurang, maka akan berkurang pulalah harapannya kepada Allah SWT. Inilah akibatnya kalau kita berpegang pada amal, tetapi tidak berpegang kepada Allah SWT.
Adapun tingkatan ketiga ini, adalah tingkatan yang mulia di sisi Allah SWT. Sebab apabila kita telah sampai pada Tingkatan ini, kita akan fana dan kita akan tenggelam di dalam Qada' dan Qadar Allah SWT. Sama sahaja kepada kita, apakah kita mengerjakan Taat, maka tidak terlihat oleh kita bahawa itu adalah daya dan kekuatan kita. Ataukah kita pernah meninggalkan ajaran-ajaran agama, namun hati kita selalu mengharapkan keredhaanNya dan takut kepadaNya. Tidak bertambah harapan kita kepada Allah apalagi kerana Ihsan yang kita kerjakan, dan tidak pula berkurang Taqwa kita kepadaNya disebabkan kesalahan yang kita lakukan.
Kerana itu jalan satu-satunya bagi kita untuk sampai keperingkat ketiga ini ialah dengan 'Mujaahadah' iaitu kita harus memerangi hawa nafsu kita dengan latihan-latihan seperti yang diatur oleh Ilmu Tasawuf. Dan kita harus banyak ingat kepada Allah SWT dalam gerak-geri kita seperti yang diatur dalam ilmu tersebut. Maka dengan latihan-latihan memerangi hawa nafsu dan selalu mengingati Allah SWT kita akan sampai ke tingkatan (Al-'Aarifin) sebagaimana yang telah digambarkan di atas. Namun begitu, inilah beberapa permulaan Al-Hikam yang masih belum selesai dibincangkan.
Dan ada beberapa martabat-martabat, peringkat-peringkat, tertib-tertib, disiplin-disiplin yang perlu kita fahami. Ini berkait rapat dengan kalam-kalam yang seterusnya. Bila kita katakan tentang Al-Hikam, nyata sekali umpama kita membuka pintu dan masuk ke dalam. Tetapi bila kita melihat di dalam pintu tersebut, masih ada pintu-pintu yang tidak dibuka. Apakah rahsia-rahsia disebalik pintu-pintu tersebut? Dan apakah peringkat-peringkat seterusnya? Serta bagaimanakah untuk sampai ke peringkat-peringkat itu?......Harap jangan ketinggalan. Saksikan Episod Al-Hikam yang akan datang.....

No comments:
Post a Comment