Monday, October 26, 2009

BAHANA GANGGUAN JIN


Firman Allah SWT:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ
أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)

[Al-Baqarah:120]

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menulis walaupun agak kesibukkan sedikit dengan kuliyah yang semakin rancak. Namun sama sekali saya rasakan untuk menyentuh masalah gangguan jin yang melibatkan pelajar-pelajar di kuliyah Al-Azhar mahupun pelajar perubatan khususnya di Al-Mansurah ini.

Oleh itu, berdasarkan sedikit pengalaman dan maklumat yang saya dapat, menurut coretan ceritera sejarah tentera Islam Salahuddin Al-Ayyubi yang memperolehi kemenangan dengan mengalahkan tentera Solib kristian telah memberi satu kesan impak yang amat besar kepada musuh Islam ini.

Apa yang berlaku, tentera Solib Kristian ini sempat menanam tanda solib di tempat-tempat tertentu sekitar bumi Al-Mansurah ini. Tanda-tanda ini adalah sebagai salah satu dendam kesumat mereka terhadap umat Islam yang tidak habis-habis mencari jalan untuk menyerang dan memusuhi umat Islam.

Maka tindakan mereka yang menanam tanda-tanda Solib yang yang dijampi dengan menggunakan sihir. Lalu wujud makhluk-makhluk jin kristian yang tidak putus-putus cuba mengganggu umat Islam yang lemah dengan cuba merosakkan aqidah umat Islam.

Saban tahun, saya sering terlibat dalam menangani pelajar-pelajar yang diganggu makhluk halus ini yang kebanyakkannya adalah daripada makhluk jin kristian. Walaupun sebilangan kecil yang mempunyai masalah saka lagi di Malaysia, namun dengan kesan gangguan jin kristian ini lebih menguatkan tindak balas saka dan ditambah lagi dengan gangguan makhluk jin kristian.

Apapun saya mengharap kepada semua pelajar-pelajar Malaysia di sini, supaya senantiasa berjaga-jaga dan berwaspada. Perbanyakkan melakukan amalan pendinding diri mengikut amalan masing-masing. Di antaranya seperti membaca Al-Quran, wirid-wirid mathurat, hizib-hizib, beristighfar, berzikir, solat-solat sunat dan sebagainya.

Di samping itu, kita juga mestilah menjauhkan maksiat dan sifat-sifat mazmumah (tercela) serta menunjukkan akhlak yang baik sebagaimana contoh akhlak junjungan Nabi kita iaitu Baginda Nabi Saidina Muhammad SAW serta mereka yang mengikuti Baginda SAW dari masa ke semasa. Mereka inilah yang dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji).

Sebagaimana firman Allah SWT:

قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (108)

[Yusuf: 108]

Juga diingat supaya kita menyibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat seperti berpersatuan dan sebagainya. Ini pada hemat saya, pelajar yang sibuk dengan aktiviti persatuan mengikut kajian yang telah saya buat di bumi Al-Mansurah ini kurang menerima gangguan berbanding yang kurang berpersatuan.

Apatah lagi, saya sendiri kekurangan tenaga bilamana keterdapatan ramai sangat yang diganggu pada fatrah imtihan (peperiksaan). Al-Mansurah amat sangat kekurangan mereka yang ada mempunyai ilmu di dalam bidang ini berbanding semasa saya mula menjejaki kaki ke bumi Al-Mansurah ini pada tahun 2003.

Amat ramai kelibat mereka yang ada kelebihan dalam bidang ini. Baik di Malaysia lagi sudah pelajari mahupun mereka menuntutnya di sini. Setelah Al-Fadhil Al-Ustadz Abu Dzar pulang ke Malaysia, saya amat terasa keseorangan. Walaupun keterdapatan beberapa anak-anak murid beliau yang beliau berikan nama-namanya kepada saya untuk membantu. Tetapi masing-masing terlalu baru perlu banyak belajar lagi.

Oleh itu saya ingatkan, bagi sesiapa di kalangan ikhwah mahupun akhawat, yang ada kelebihan di dalam bidang ini baik yang baru atau yang lama, sila laporkan terus kepada Timbalan Setiausaha Agong DPMM ataupun boleh terus berjumpa dengan saya sendiri. Nanti kita sama-sama boleh beraksi dengan baik di pentas ini.

Sebenarnya di sini saya ingin terus menjelaskan yang bahawasanya saya bukanlah orang yang takhassus di dalam bidang ini, tetapi ini adalah merupakan anugerah Allah SWT kepada saya. Dan semua ini adalah rahmat dan kurniaanNya. Saya tidak akan mampu melainkan dengan izinNya. Apatah lagi kekerdilan diri ini di hadapan Rabbul Izzah. Harapan saya juga sekiranya ada di kalangan kita yang benar-benar takhassus di dalam bidang ini lebih saya alu-alukan. Malah tanggungjawab mereka ini lebih penting dan amat-amat diperlukan.

Dan saya mengingatkan rakan-rakan di sini, agar jangan mengharap penuh pada saya. Tetapi fikirkan kepentingan kita di sini, apatah lagi kepentingan kita di bumi Malaysia nanti. Amalan Syirik walaupun boleh membantu dari sudut rawatan, tetapi ini amat dicela oleh Allah SWT. Namun masyarakat kita ramai yang mencari jalan ini. Lebih baik sakit daripada ikhtiar dengan wasilah yang boleh menjauhkan diri kita dengan Allah SWT. Carilah wasilah jalan rawatan yang boleh membawa kita kepada mendekatkan diri kepadaNya.

Berdasarkan firman Allah SWT lagi:

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ يَبۡتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ ٱلۡوَسِيلَةَ أَيُّہُمۡ أَقۡرَبُ وَيَرۡجُونَ رَحۡمَتَهُ ۥ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحۡذُورً۬ا

Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (57)

[Al-Israk:57]

Sekiranya kita tiada fungsi ke arah ini, maka masyarakat akan terus mencari jalan bomoh-bomoh yang tidak tentu-hala. Mereka ini rata-rata amat jahil dengan agama. Secara tidak sedar mereka terus terlibat dengan kerja Syirik yang dosanya amat besar.

Firman Allah SWT:

وَمَا يُؤۡمِنُ أَڪۡثَرُهُم بِٱللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشۡرِكُونَ

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga dengan yang lain. (106)

[Yusuf:106]

FirmanNya SWT lagi:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. (48)

[An-Nisa':48]

Sebenarnya semasa awal blog ini dibina, saya langsung tidak terfikir untuk menulis berkait dengan masalah ini dan lebih mendabik dada. Tetapi bila masalah ini berlarutan dari tahun ke tahun, maka baharulah saya terus menulis mudah-mudahan ia memberi satu rahmat bahawasanya ilmu Allah SWT ini amat luas dan mesti kita cuba terokai walaupun amat sedikit di sisi Allah SWT. Namun, ia satu usaha yang mesti dibuat supaya tujuan hidup kita di dunia ini penuh bermakna dan semakin dekat serta lebih kenal kita denganNya. Bukannya sekadar belajar untuk segulung ijazah.

Dan apa yang paling penting supaya kita terus memantapkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Ini adalah benteng yang paling ampuh. Berdasarkan keyakinan kita kepadaNya dengan berpegang kepada Kitabillah dan As-Sunnah SAW sebagaimana yang diajarkan oleh para alim Ulama' kita. Juga tiga aspek penting mesti diambil berat iaitu ilmu Tauhid, ilmu Feqh dan ilmu Tasawuf.

Akhir sekali, teruskan usaha anda ke arah matlamat yang paling berjaya iaitu senantiasa bermujahadah ke arah jalan yang paling baik dengan senantiasa mencari keredhaan Allah SWT dan jika berjuang untuk membela agamaNya mestilah bukan kerana lain melainkan menegakkan kalimatullahi hiyal 'ulya (agama Allah SWT yang paling di atas). Dan ini sahajalah agama yang paling benar. Waallahu'alam.







1 comment:

Abu Lah said...

assalamualaikum w.w.

sbg satu perkongsian info ana sisipkan utk enta lama blog shbt ana dlm prubatan islam alfadhil ust fahrul redha @ ust hayat:
http://terapialquranpahang.blogspot.com/


salam ukhwah: abu zar bin ahmad hafidz,Jitra Kedah. +6016-485 8526