Tuesday, October 6, 2009

BERADA DI PIHAK YANG BENAR.




Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَہُمۡ وَكَانُواْ شِيَعً۬ا لَّسۡتَ مِنۡہُمۡ فِى شَىۡءٍ‌ۚ إِنَّمَآ أَمۡرُهُمۡ إِلَى ٱللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُہُم بِمَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ


Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). (159)

[Al-An'am:159]

Alhamdulillah kuliyah sudah dibuka. Dan moga-moga kita dapat buat azam yang terbaik setelah mana sebulan kita menerima Madrasah Ramadhan. Dan jangan lupa di samping kita menyambut hari raya yang barangkali kita juga masih belum habis ziarah-menziarahi sahabat-sahabat handai di ardhul kinanah ini, berkait dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Walaupun puasanya hanya enam hari di bulan Syawal ini, namun fadhilat pahalanya seumpama setahun kita berpuasa. Tetapi ini bagi yang sudah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.

Di kesempatan ini, bagi mabruk buat Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) kerana dapat menyambut kedatangan pelajar baru Qiraat pada hari Rabu (30 September 2009) yang lepas. Dan semuanya ada seramai 22 orang akhawat. Dan Alfun Mabruk juga kepada USMB Mansurah dapat menyediakan rumah bagi adik-adik baru. Tidak salah saya seharian dari sejak pelajar baru sampai sekitar waktu maghrib hingga malam itu tidak ada apa-apa masalah.

Namun apa yang mendukacitakan kita DPMM Mansurah yang bernaung di bawah PMRAM ini, kita dapat laporan pada jam 6 pagi esoknya iaitu pada hari Khamis (1 Oktober 2009) kita menerima laporan ada ancaman dari pihak luar yang ingin mengambil pelajar baru. Ancaman tidak lain dan tidak bukan adalah daripada pihak ISMA.

Oleh itu, kami DPMM membuat kawalan ketat pada 4 buah rumah yang dijangka akan mendapat ancaman daripada ISMA yang ingin menarik pelajar baru. Dengan bantuan daripada Unit Amal Kamsis DPMM yang diketuai oleh Mohammad Hakimi B. Abdul Mutalib dan turut sama mengawal beberapa para EXCO DPMM termasuk Pengerusi DPMM iaitu Ustaz Mohd Amirul Hasim. Ini adalah tanggugjawab semua ahli.

Firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). / (2)

[Al-Maidah:2]

Apa yang mengejutkan saya, semasa saya mendapat tahu dalam sekitar jam 10 pagi beberapa pelajar ISMA ingin menarik pelajar baru, saya terus menghubungi salah seorang aktivis ISMA. Dan apa yang mengejutkan saya di dalam perbualan kami beliau mengatakan: "Untung kami tidak ambik adik-adik ni di mator lagi, sebab kami tak nak gaduh-gaduh dengan DPMM sebab nampak tak elok nanti. Lepas tu kami serah pada DPMM hantar sampai Mansurah,jadi kami akan ambik kat sini jer."-Ujar beliau.

Sedangkan tiada apa-apa perjanjian kita dengan ISMA mahupun kerjasama apa-apa. Tetapi tidak disangka tiada wujud adab dalam jiwa dan hati nurani orang-orang ISMA ini. Apa yang saya tahu mereka mempunyai tarbiyah yang mantap. Namun sebenarnya kesan daripada hasil tarbiyah ini ibarat tin kosong yang bunyinya kuat bila diketuk. Seolah-olah mereka sebenarnya tertipu dengan segala amalan yang mereka buat.

Pada hari itu juga sekitar jam 10.30 pagi hingga waktu zohor saya dan Ustaz Tuan Azman sempat bertengkar mulut dengan dua orang aktivis ISMA yang kedua-duanya boleh saya katakan nampak bersikap keras serta tetap ingin menarik seorang pelajar baru. Turut bersama kami Pengerusi DPMM sendiri.

Pada jam 4 petang pula, pertemuan semeja antara pihak DPMM dan wakil ISMA. Mereka menuntut hak untuk mengeluarkan adik-adik tersebut (3 orang dari ahli ISMA) dari rumah yang telah disediakan oleh DPMM. Rundingan nampaknya gagal. Dan saya sendiri terlibat dalam rundingan ini.

Namun apa yang pasti payah untuk kita bersatu fikrah lebih-lebih lagi untuk mendirikan khalifah Islam., jika langsung tiada satu pun persefahaman antara kita yang barangkali mengerti dan tidak mengerti.

Mudah-mudahan Allah SWT membuka pintu hidayah sesama kita. Sebenarnya kita semua boleh memahami dan boleh mencari titik noktah ke arah yang lebih baik. Sekiranya sifat ego tidak menyelubungi hati kita. Hatta di dalam hal perbincangan dari sudut fikrah.

Kenapa perlu kita bertelingkah soal di mana sepatutnya kedudukan pelajar-pelajar baru? Sedangkan hal fikrah masih tiada sepakat. Dan tiada ruang untuk kita berkongsi fikrah, jika perbincangan atau muzakarah tidak dijalankan secara baik. Kenapa perlu ada fikrah yang lain selain Islam yang satu-satunya fikrah yang tepat?

Firman Allah SWT:

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ 

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85)

[Ali-Imraan:85]

FirmanNya lagi:

قُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبۡرَٲهِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِىَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٍ۬ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ مُسۡلِمُونَ


Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu orang Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. (136)

[Al-Baqarah: 136]

Menambah dengan firmanNya:

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.

[Al-An'aam: 153]


Dan segala masalah yang saya lihat tidak akan selesai, sekiranya kita tidak kembali kepada Allah SWT dan RasulNya. Ini sememangnya cara yang paling bertepatan. Dan tidak ada cara lain selain dengan cara ini. Saya sendiri sebenarnya musykil dengan fikrah ISMA ini.

Firman Allah SWT:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.


[An-Nisa':59]

Kenapa mereka tidak mendedahkan fikrah mereka pada kita? Walaupun keterdapatan masalah taadud jamaah atau sebagainya. Tetapi yang jelas apa sebenarnya ISMA bawakan ini? Fikrahnya macam mana? Kalau mahu tahu. Elok masuk ISMA. Ini biasa anggapan orang begitu caranya. Saya tidak mahu masuk ISMA sebab saya orang PAS. Berani saya katakan begitu sebab ini peribadi tidak ada siapa boleh halang.

PAS adalah alat atau wasilah di Malaysia yang paling sesuai untuk dipilih. Walaupun sebuah parti politik. Dan PAS juga merupakan Jamaah gerakan Islam. Adalah merupakan Parti Dakwah. Di situ PAS ada organisasi yang teman-teman boleh rujuk di dalam http://www.pas.org.my/v2/. PAS mempunyai dasar Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qias. Caranya mesti mengikut apa yang dibawa oleh Nabi kita SAW.

Di situ PAS tidak tinggalkan konsep tarbiyah dari sudut kerohanian atau sesuai saya katakan sebagai haqiqah suffiyyah. PAS juga bertindak dengan atas dasar ilmu dan thaqafah dengan tidak membabi buta. Juga tidak meninggalkan dari sudut melatih kader-kader seperti Unit Amal yang senantiasa berkhidmat untuk PAS. Dari sudut aktiviti-aktiviti kemasyarakatannya juga PAS terkehadapan. Saya memilih PAS kerana pembawakan yang syumul yang ada pada PAS. Dan ramai para alim Ulama' kita bersama dengan PAS. Sepatutnya ini yang wajib kita pilih di Malaysia.

Di mana-mana negara pun ada gerakan Islam yang seperti PAS. Di Palestin ada HAMAS. Maka rakyat Palestin wajib menyokong HAMAS. Di Pakistan ada Jamaah Islam Bakistan. Maka rakyat Pakistan wajib menyokongnya. Di Mesir ada Ikhwanul Muslimin. Maka rakyat Mesir wajib menyokongnya. Di Indonesia ada Partai Keadilan Sejahtera. Maka rakyat Indonesia wajib menyokongnya. Dan banyak lagi negara-negara yang ada gerakan Islam. Tetapi sebuah negara hanya ada satu gerakan Islam yang wajib diikuti. Ciri-cirinya mestilah sama seperti PAS. Melihat kepada Syumuliyah pada ciri-cirinya.

Andaikata PAS lemah dari sudut tarbiyahnya, maka kita muhasabah dan perhebatkan lagi. Bukan dengan jalan menubuh kumpulan lain. Saya tidak tahulah apa hujjah yang terbaik untuk menolak PAS. Hatta sampaikan kita berani kata PAS hanya lebihkan politik saja. Cuba kita lihat di mana para alim Ulamak kita duduk. Kebanyakan mereka bersama PAS. PAS adalah anugerah daripada Allah SWT kepada rakyat Malaysia. Hatta sekarang ramai dikalangan bukan Islam pun meyakini PAS boleh memerintah Malaysia.

Apapun saya tidak gemar untuk menyerang ISMA walaupun pernah menghadapi beberapa aktivis ISMA dan serba sedikit tahu perangai orang-orang ISMA ini. Apatah lagi terlalu membabi buta menyerang itu bukan kerja saya.

Kita menyokong sesuatu mestilah atas dasar ilmu bukan atas dasar akal semata. Kalau kita benar-benar bersama dengan perjuangan PAS di Malaysia, maka Allah SWT akan beri keyakinan di dalam hati kita, yang bahawasanya apa yang kita bawa ini adalah benar. Kalau mahu saya bincangkan tentang taadud jamaah, pertama sekali mestilah kita jelas apa itu tanawwu' dan tanaqud. Ini kadang-kala di kalangan kita silap. Semua kita rasakan tanawwu' ikut semberono.

Dari sudut pergantungan kita kepada Allah mestilah betul. Namun caranya mestilah bertepatan dengan apa yang Nabi SAW ajarkan. Jangan mudah mengikut rasa hati. Ditakuti itu adalah daripada Syaitan La'natullah. Sebab Islam ini tertegak dengan hujjah. Bukannya ikut rasa hati. Dan kita hendaklah memohon senantiasa petunjuk Allah SWT. Di samping wajib meyakini Islam adalah agama yang paling benar dan diredhai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT:

أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ 

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.

[Al-Maidah: 50]

FirmanNya lagi:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ

وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ 

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (54) Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (55) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (56) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (57)

[Al-Maidah;54-57]


Ditambah lagi dengan firmanNya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

[Al-Baqarah: 208]


Saya rasakan baik para penyokong dan para pendokong ISMA yang ada di Mesir ini supaya bersama dengan PAS di Malaysia. Dan berikan wala' dan intima' sepenuhnya pada PAS selagi mana ia tidak menyalahi syara'. Jangan ada tujuan lain bila kita bersama PAS. Baik kepentingan atau apa-apa sahaja. Maaf saya katakan ISMA tidak perlu wujud. Dan kembalilah bersama dengan apa yang Allah SWT redha. Dan segala apa yang kita rasa baik dari sudut tarbiyyah semasa di dalam ISMA dahulu perlu kita sumbangan pada PAS dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. Masih ada peluang untuk antum dan antunna berubah. Kerana Allah SWT mahu melihat siapakah di antara kita yang benar-benar berjuang pada jalanNya.

Firman Allah SWT:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُمۡ حَتَّىٰ نَعۡلَمَ ٱلۡمُجَـٰهِدِينَ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰبِرِينَ وَنَبۡلُوَاْ أَخۡبَارَكُمۡ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (31)

[Muhammad:31]

Ini bukan suatu kesombongan. Tetapi teguran dan nasihat dari seorang hamba yang lemah. Dan saya mengharapkan supaya saya tergolong di kalangan orang yang memberi sumbangan untuk kemenangan Islam. Apatah lagi, terdirinya Khalifah Islamiyyah. Samada saya sempat melihat ataupun tidak.

Dan perjuangan kita bukan disebabkan untuk nama kita disebut-sebut. Perjuangan kita bukan disebabkan kemasyhuran. Perjuangan kita bukan disebabkan harta dan sebagainya. Tetapi adalah disebabkan menegakkan kalimah Allah SWT (agama Allah SWT) yang paling teratas.

Dan apa yang ada di Mesir ini perlu kita semua mengerti. Hormatilah persatuan yang sedia ada di Mesir iaitu PMRAM. Kerana PMRAM bertapak lama di sini. Jasanya besar pada pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sini. Janganlah kita menjadi golongan yang mengancam pada PMRAM. Tetapi wajib bersama dengan PMRAM. PMRAM sedikit pun tidak ada sentimen politik. Jika adapun itu hanyalah peribadi individu-individu tertentu. Dan ini kita jangan jadikan sebagai agenda untuk kita tidak bersama PMRAM.

PMRAM juga merupakan anugerah Allah SWT kepada kita. Kenapa kita mahu memusuhinya? Kita wajib menerima apa yang Allah SWT sediakan pada kita. Ini adalah salah satu akhlak tasawuf yang perlu kita ikuti. Jika lemah beberapa aspek dalam PMRAM, maka kita sepatutnya membantu dan membetulkan keadaan.

Perlu diingat, kita wajib bergantung dengan Allah SWT setiap masa. Tetapi mestilah mengikut apa yang Allah SWT redhai. Wasilah ataupun usaha adalah kewajipan yang mesti kita buat dan itu juga merupakan perintah Allah SWT.


Firman Allah SWT:

وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّہَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ 

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.


[At-Taubah: 105]

Akhir sekali saya memohon maaf dengan kalam yang sebegini rupa. Mudah-mudahan Allah SWT memenuhi hajat kita. Dan rasanya masih sempat untuk saya ucapkan salam aidilfitri kepada semua dan maaf zahir dan bathin.

Wallahu'alam.



No comments: