Wednesday, October 14, 2009

ISLAM ITU AGAMA FITRAH


Firman Allah SWT:

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; itulah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30)

[Ar-Rum:30]

Alangkah sedihnya kekalahan PAS di Bagan Pinang baru-baru ini. Pastinya ramai di kalangan pendokong dan penyokong PAS yang masih terkesan dengan kekalahan ini. Walaupun banyak isu yang kita mainkan dari sudut isu-isu nasional, isu integriti dan rasuah dianggap hal peribadi bukannya hal maruah bangsa dan negara.

Selain itu, kempen Barisan Nasional yang lebih banyak mengumpan pengundi menyebabkan pengundi terdesak seperti di ladang-ladang kembali berpaut semula kepada Barisan Nasional. Mereka sanggup melupakan kesemua isu-isu yang menjadi nilai sejagat yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti penghinaan (sepak kepala lembu) dan kezaliman (undang-undang ISA, kematian Kugan dan Teoh Beng Hock).

Namun begitu, kita juga perlu menilai kembali dan bermuhasabah segala apa yang dirancang serta tindakan yang sebelum ini kita ambil. Dan kita juga perlu mencari punca kekalahan PAS di Bagan Pinang ini. Sebagaimana ulasan oleh Presiden PAS iaitu Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang yang sedang berada di Syria. Beliau (Tuan Guru Presiden) menghubungi Dr Ahmad Samsuri selaku Setiausaha Politik Presiden PAS untuk kenyataan media.

Demikian ulasan beliau:

“Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang”

Written by Presiden PAS
Tuesday, 13 October 2009

Keputusan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah sama-sama kita ketahui, di mana Barisan Nasisonal (BN) telah mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi oleh mereka menerusi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Serentak dengan itu, pelbagai pihak telah memberikan analisa, ulasan, komen dan cadangan masing-masing terhadap keputusan pilihanraya kecil tersebut. Apa yang pasti ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek – politik tempatan dan nasional – untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN. Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan. Sementara itu saya meminta semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka. PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN. Hakikatnya ialah kita menyertai pilihanraya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan.

Walau apapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada : pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihanraya kecil ini.

Sila rujuk http://www.pas.org.my/v2/ dan http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=202&Itemid=1:

Di sini saya berpandangan supaya PAS yang merupakan sebuah parti politik perlu senantiasa terus istiqamah dengan agenda politik serta terus menerima pilihan raya demokrasi sebagai wasilah untuk menyampaikan Islam terhadap masyarakat Malaysia. Di samping PAS sebagai parti politik yang semakin mendapat sambutan daripada seluruh masyarakat termasuk golongan yang bukan Islam, saya yakin dan percaya PAS juga merupakan salah sebuah gerakan Islam yang senantiasa menyebarkan Dakwah Islam yang syumul. Maka saya melihat PAS mampu mengaut masyarakat untuk menyokong PAS kerana wadah PAS adalah berteraskan Islam.

Selagimana Islam yang akan kita perjuangkan, maka saya yakin dan percaya PAS mampu. Kerana Islam adalah agama fitrah. Seluruh manusia di muka bumi ini akan dapat menerima Islam. Sebab fitrahnya Islam itu. Umpama seperti hidup manusia nalurinya memerlukan makanan, pakaian, tempat tinggal, berkeluarga dan sebagainya. Seorang lelaki nalurinya mahukan perempuan untuk dijadikan teman. Begitu juga perempuan memerlukan lelaki untuk dijadikan teman. Maka Islam apatah lagi sudah tentu naluri manusia suka kepada kebenaran.

Malah Islam sebagai perundangan yang paling adil dan saksama. Mana mungkin sistem perundangan Islam ini naluri manusia tidak suka kepadanya. Sewajarnya ahli PAS yang mengaku sebagai pendokong Islam perlu memahami dengan jelas berkaitan perkara ini. Kita bukan sahaja senantiasa mengharapkan isu-isu untuk kita juarai. Malah kita juga wajib menyampaikan Islam segenap sudut. Baik masyarkat Islam mahupun masyarakat bukan Islam. Dari itu kempen kita bukan sahaja apabila ada pilihan raya ataupun ada isu-isu besar. Tetapi kempen kita adalah menyampaikan risalah Islam atau senang saya katakan menyampaikan fitrah yang sememangnya manusia inginkan.

Dengan ini sahaja jalan yang paling sesuai untuk kita terus berkempen selain isu-isu yang dikenal pasti. Dan kempen PAS mestilah daripada sekarang, baik daripada blogger-blogger, risalah-risalah, ceramah-ceramah atau apa sahaja wasilah yang boleh kita sampaikan. Dan mestilah segala tindakan kita melalui wadah PAS itu sendiri. Kita tidak boleh bertindak bersendirian. Malah tindakan kita mestilah berpusat iaitu melalui kepimpinan tertinggi PAS. Setiap analisa mahupun analisis, perancangan, penyelidikan, atau apa sahaja strategi mestilah dibuat dengan lebih teliti.

Apapun saya bersama rakan-rakan di bumi Mesir ini senantiasa berdoa kepada Allah SWT supaya PAS diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Malah saya yakin dan percaya para pejuang Islam di Malaysia yang terus mendokong atas wadah PAS ini terus istiqamah. Sebagaimana yang kita tahu, selagimana bumi kita pijak, selagi itulah Islam yang kita junjung. Pengorbanan pendokong PAS di Malaysia ini amat terharu saya melihat, samada di blogger-blogger, web-web atau sebagainya. Sebenarnya perjuangan mereka yang berada di bumi Malaysia ini tidak sama dengan kami di sini yang hanya menghadapi ISMA, Nadi UMNO dan kadang-kala banyak tekanan daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Hatta PMRAM mahu melaksanakan Majlis Mendengar Bacaan Hadis (Majlis Sama’ Hadis) pernah dilaksanakan di Masjid al-Azhar dan Masjid Saidina Hussain alaihissalam.

Ulama terakhir yang melaksanakannya ialah al-Imam al-Allamah al-Hafidz Ahmad al-Ghumari rahimahullah. Beliau meneruskan kesinambungan majlis sepertimana yang pernah dilaksanakan sebelum itu oleh al-Imam al-Allamah al-Muhaddith Zabidi rahimahullah pengarang kitab Ithaf Sadatul Muttaqin Syarah Ihya Ulumuddin.

Itu dahulu, sekarang amat sukar untuk kita temukan semula Majlis Sama’ Hadis sebegini.Alhamdulillah PMRAM sudah hampir berjaya melaksanakan Majlis Ilmu sehebat ini. Majlis yang mana kalam Baginda SAW akan dibacakan. Hanya sekadar membaca hadis dan sanadnya dengan sedikit ulasan daripada para ulama tersohor di bumi Mesir bumi Kinanah ini.

Amat sekali buruk niat jahat oleh kepobrokan Encik Jamil yang cuba menghalang sebaran Kalam Baginda SAW ini. Pandangan saya kepada Badan Pengurus PMRAM agar mengajak ahli PMRAM seluruhnya BKAN dan DPMM supaya menghantar memorundum supaya memohon pemecatan Encik Jamil selaku Pengarah Jabatan Penuntut malaysia Kaherah. Sebab ini sikap tidak bertanggungjawab dan cuba menyakitkan hati para ahli PMRAM.

Akhir sekali, moga Allah SWT melindungi kita daripada ancaman golongan mereka yang cemburu dengan kesatuan PMRAM yang ada di bumi Mesir ini. Malah harapan kita supaya Islam dapat dijalankan di Malaysia secara menyeluruh. Waallahu'alam.

No comments: