Saturday, April 24, 2010

MAJLIS MUKTAMAR WAFIDIN SEJARAH AIR MATA KEDUA MANSURAH

Assalamualaikum.

Firman Allah SWT:

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)

[HUD:113]


Bagi pendirian kebanyakan mahasiswa/wi Malaysia di Mansurah amat menentang keras dengan isu ini. Kerana isu ini akan menimbulkan permasalahan yang cukup besar pada masa akan datang. Antara faktor yang disepakati kebanyakan mahasiswa/wi :

1) Ekonomi dan penempatan.

Bagi mahasiswa/wi Melayu di Al Azhar Mansurah terdapat lebih kurang 27 pasangan yang telah berkhawin. Keadaan ini tentu akan bersangkut paut dengan permasalahan ekonomi dan penempatan. Bagi mahasiswa/wi yang belum mendirikan rumah tangga tentu permasalahan ini boleh ditangani walaupun terdapat sedikit kepahitan. Bagi mereka yang sudah berumahtangga ini merupakan cabaran yang terbesar terhadap mereka. Selain itu , sebahagian mahasiswa/wi Al Azhar tidak mendapat bantuan kewangan yang kukuh dan stabil. Kebanyakan dari mereka hanya mengharap saluran kewangan dari ibubapa.

Selain itu, penempatan yang sukar diperolehi di Kaherah serta mahal dan akan memberi masalah yang besar kepada rumah-rumah negeri dan Badan Kebajikan Anak Negeri kerana isu perpindahan ini bukan hanya berlaku kepada muhafazah (cawangan) Mansurah sahaja tetapi di seluruh 7 muhafazah yang lain yang terdapat mahasiswa/wi Melayu Al Azhar. Kaherah akan padat dengan pelajar wafidin (luar negara) dari seluruh dunia

2)Silibus dan Takhasus

Sebelum ini mahasiswa/wi wafidin (luar negara) Al Azhar diberikan pilihan untuk mengikuti bentuk takhasus (fakulti) yang di tawarkan . Seperti Fakulti Bahasa Arab, Fakulti Usuludin dan Fakulti Syariah . Di dalam cabang Fakulti Usuludin terdapat beberapa takhasus, seperti Aqidah Falsafah, Dakwah, Hadis serta Tafsir. Mengikut maklumat yang diperolehi. Perpindahan semua mahasiswa/wi wafidin (luar negara) untuk ditempatkan di satu fakulti akan menjejaskan sistem pembelajaran dan tiada pilihan bagi mengikuti bidang yang diminati.

Silibus pembalajaran akan berubah. Bagi mereka yang berada di tahun 4 pengajian , bagaimana nasib mereka? Adakah mereka terpaksa memulakan pembelajaran mereka dari mula?

3) Qiraat di Mansurah

Mansurah adalah satu-satunya tempat yang terdapat pelajar qiraat bagi mahasiswi . Jika perpindahan pengajian ini diteruskan , akan memberi kesan dalam isu keselamatan . Selama ini kes kecurian dan pecah rumah kerap berlaku.

Maka pihak pengurusan Al Azhar Mansurah telah mengadakan Majlis Muktamar Wafidin bagi menjelaskan isu ini. Antara pihak pengurusan yang hadir :

1- Amid Kuliyyah Ususludin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah
2- Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah
3- Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi)
4- Semua Wakil Kuliyyah
5- Rais Syuun Wafidin
6- Mudir Tahrir
7- Doktor dan Doktorah

Hari ini amat menggemparkan apabila Muktamar Wafidin yang berlangsung dengan penuh panas. Namun apa yang saya mahu ulas di sini setelah mana selesai Muktamar Wafidin tadi, saya sempat bertanya pandangan dari salah seorang Rais Qisim Lughah Al-Arabiyah iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Doktor Syaikh Ali Luqom.

Di mana beliau menampakkan kekecewaan pada Muktamar ini. Dan sempat saya mendengar ungkapan beliau: "Saya tidak redha dengan mujtama' hari ini, jika berlaku perpindahan lebih baik kamu semua pulang ke Malaysia, sebab mereka ini tidak mahukan Islam". Namun beliau sempat mencadangkan kepada kami Wafidin supaya berpakat dengan semua furuk Muhafazah berkerjasama menyatakan pandangan dengan menghantar surat kepada Rais Al-Azhar untuk menyatakan bantahan.

Sebelum itu saya tergamam dengan kalam Amid Kuliyah Usuluddin Wad Da'wah iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Doktor Ismail Hammad dalam ucapannya yang menyatakan: "Saya harap pelajar-pelajar Usuluddin ada di sini untuk menyatakan hak kamu. Dan harap Wafidin harus bergaul dengan masyarakat arab Mesir supaya dapat menguasai Bahasa Arab dengan baik dan kemudian bahasa ini boleh di bawa balik ke tempat kamu".

Begitu juga Wakil Amid Kuliyah Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Fadhil Al-Ustaz Mun'im juga secara jelas menyatakan ketidaksetujuan beliau.

Namun apa yang menyedihkan apabila Ustaz Usman Al-Amani yang hanya dapat bercakap sedikit setelah mana pembesar suara yang dipegangnya dirampas. Termasuk beberapa persoalannya yang tidak dapat penjelasan yang jelas oleh pihak Rais Syuun Wafidin apabila ditanya tentang siapakah yang menetapkan Qarar perpindahan ini dan apakah puncanya?

Apa yang pasti Ustaz Usman Al-Amani salah seorang wakil Malaysia yang dapat bercakap menunjukkan pendirian kami yang enggan berpindah kerana kami begitu puas hati dengan pembelajaran di Universiti Al-Azhar As-Syarif cawangan Mansurah. Juga rampasan pembesar suara oleh seorang lelaki Mesir yang tidak dikenali ketika mana seorang rakan kita dari Senegal sedang bercakap. Beliau sempat menyatakan tentang ketenangan yang kami rasai belajar di sini sebelum rampasan alat pembesar suara dibuat. Dan pada masa yang sama seluruh wafidin mengetuk-ngetuk meja ketika itu. Dan senantiasa bertepuk tangan menyokong 2 orang wakil Wafidin Malaysia dan Senegal.

Saya di antara orang yang ingin menyatakan pandangan, tetapi saya dijelaskan oleh pihak pengurusan yang ada di situ supaya cukup untuk seorang sahaja pelajar kamu bercakap. Setelah Al-Fadhil Ustaz Usman selesai bercakap, tiba-tiba beliau ditegur oleh pihak pengurusan di situ bahawa pihak kita tidak ada adab dalam bercakap.

Apa yang pasti kita mempunyai peluang lagi pada hari Selasa ini. Mungkin peluang yang tipis. Namun kebebasan suara kita di Al-Azhar mesti ada. Terima kasih kepada para ahli DPMM semua yang dapat sama-sama menunjukkan pendirian kita semua. Waallahu'alam.

Sunday, April 18, 2010

WAJIB MEYAKINI BAHAWA MASA DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM

Pesanan Syed Qutb sebelum beliau meninggal dunia:

"Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama."

(244 Syed Qutb , Kitab As-Syahid, m.s. 91)

Keimanan kita dengan Islam sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa depan kelak ialah milik Islam. Justeru itu Islamlah yang paling ampuh dan mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Agama Islam adalah satu-satunya manhaj atau cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia. Ia dapat mengimbangkan tuntutan lahiriah dan rohaniah insan.

Allah berfirman:

أَلَا يَعۡلَمُ مَنۡ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ

Yang bermaksud: Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan Pentadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya!

(Surah Al-Mulk, Ayat: 14).


A. Manhaj Islam Bersifat Rabbani.

Manhaj Islam yang bersifat Rabbani merupakan satu corak penghayatan yang kudus mengatasi sistem dan cara hidup ciptaan manusia. Ia mampu untuk kekal dan memberikan saham tamaddunnya di setiap zaman, tempat dan peringkat.

B. Manhaj Islam Bersifat Universal (Sejagat).

Manhaj Islam yang bersifat sejagat atau universal menyerlahkan ciri-ciri keinsanan dan ciri "infitah" (bersifat terbuka atau kelapangan) serta daya untuk menanggung kemungkinan-kemungkinannya. Ciri "infitah" ini mengatasi pertimbangan kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan sebagainya. Cara ini sebenarnya adalah cetusan dari "Sibghah Rabbaniyah" itu sendiri.

C. Manhaj Islam Bersifat Anjal (Murunah).

Keanjalan manhaj hidup Islam (atau fleksibel) memberikannya daya untuk menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang silih berganti "Sibghah" atau cara ini memberikan Islam kebolehan untuk berijtihad menyimpulkan hukum-hakam terhadap hal-hal yang tidak ada nas, sama ada melalui qias atau maslahah mursalah, Istihsan dan sebagainya.

D. Manhaj Islam Bersifat Syumul atau Menyeluruh.

Ciri manhaj Islam yang menyeluruh membedakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang mempunyai dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mengetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakakan manusia. Sebab itu Islam sahajalah yang mampu memenuhkan keperluan manusia, baik sebagai individu, mahupun sebagai kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan. Sama ada dalam urusan dalam negeri mahupun luar negeri.

Allah s.w.t berfirman:

صِبۡغَةَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةً۬‌ۖ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ عَـٰبِدُونَ

Yang bermaksud: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.

(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).

E. Kegagalan Sistem-sistem Ciptaan Manusia.

Kemudian kita harus mengetahui dan menginsafi tentang selok-belok serta kegagalan yang dialami oleh sistem hidup dan ciptaan manusia, baik di timur mahupun di barat. Sama ada yang berfahaman kapitalisme, demokrasi, liberal, sosialisme atau komunisme. Tidak syak lagi ini adalah kerana keterbatasannya, kelemahannya, sifat kesementaraannya dan hakikat ianya dari ciptaan insan.

E.1 Kegagalan Sistem Sosial.

Dalam arena sosial, sistem-sistem yang dipanggil sebagai sistem kanan atau kirinya ternyata gagal untuk memantapkan kebahagiaan, keharmonian dan kestabilan. Malah terlalu banyak mala petaka yang ditanggung oleh manusia hasil dari sistem-sistem ini. Ternyata ikatan kekeluargaan semakin terburai. Kasih-sayang semakin pudar, akhlak semakin luntur dan runtuh.

Nilai-nilai keutamaan dan keluhuran sudah kehilangan harga. Ketegangan dan permusuhan mengambil tempat kedamaian dan ketenangan. Semangat egoistik dan mementingkan diri mengalahkan semangat kerjasama dan mengutamakan orang lain.

E2. Kegagalan Sistem Ekonomi.

Dalam bidang Ekonomi, kapitalisme dan sosialisme ternyata gagal dalam mewujudkan (syura impiannya) atau masyarakat serba adil sebagaimana yang dilaung-laungkan. Dari sistem ini tercetuslah bermacam-macam krisis dan permasalahan hidup. Lahir pertarungan kasta, kezaliman sosial, eksploitasi kepartian, monopoli, kemiskinan, pengangguran dan seribu satu macam masalah lagi.

E.3 Kegagalan Sistem Politik.

Dalam arena politik sistem-sistem ala ketenteraan, Demokrasi, Republik, yang beraja atau tidak beraja, bertanggungjawab melahirkan, merangsang serta membiarkan penyelewengan serta kebejatan di setiap peringkat. Penyalahgunaan kuasa, sikap pilih kasih, rasuah, merasa besar diri dengan kekuasaan, di samping bencana fitnah, pembunuhan, penggulingan kuasa silih berganti, pemberontakan, penyingkiran serta bunuh diri (assasination) hampir-hampir menjadi kelaziman sistem-sistem tersebut.

E.4 Kegagalan Sistem Ketenteraan.

Dalam bidang ketenteraan, sistem-sistem ini (banyak menanggung dosa) mengabaikan nasib masyarakat dan negara Islam yang lemah seperti persoalan Kashmir, Eriteria, minoriti Islam di Filipina, persoalan Palestine dan sebagainya. Yang lebih parah dari itu ada pula negeri Arab yang menjadikan krisis tersebut sebagai daun dalam permainan politiknya untuk menggadaikan atau mempergunakannya sebagai isu dan untuk menjamin kekuasaan mereka agar berlarutan. Sistem ini juga bertanggungjawab terhadap pengabaian membina kekuatan fizikal dan jiwa ummah yang membolehkan mereka menghadapi penjajahan dan mengusir Israel dari bumi Palestine.

Dari apa yang saya nyatakan ini, menunjukkan yakin dan percayalahlahIslam bakal memerintah di muka bumi Allah SWT ini. Namun memerlukan kepada pejuang dan pendokong agama Allah SWT yang sanggup berkorban apa sahaja demi Islam.

Di sini penulis ingin menyatakan kadang-kala kita terlalu risau dengan agenda musuh yang terlalu banyak. Menyebabkan seolah-olah Islam tidak ada ruang untuk menang. Bahkan janji Allah SWT adalah janji yang benar dan bakal berlaku.

Sebagaimana firman Allah SWT:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬
تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَا‌ۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّـۧنَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ‌ۖ فَـَٔامَنَت طَّآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآٮِٕفَةٌ۬‌ۖ فَأَيَّدۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُواْ ظَـٰهِرِينَ 


Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (8) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (9) Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (12) Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13) Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.(14)


[As-Saff:8-14]

FirmanNya lagi:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (55)

[An-Nur:55]

Dengan ayat-ayat Allah SWT ini, menggambarkan kepada kita bahawasanya jalan Islam untuk mencapai kemenangan amat luas. Sebab itu kita kena sedar dari sekarang. Jadilah penolong-penolong agama Allah SWT.

Wallahu'alam.

Thursday, March 18, 2010

PERBAHASAN KALIMAH ALLAH SWT


Firman Allah SWT:

قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ ڪَلِمَةٍ۬ سَوَآءِۭ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابً۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ‌ۚ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُولُواْ ٱشۡهَدُواْ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ

Katakanlah: "Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah". jika mereka berpaling Maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".

Ali-‘Imraan:64

Senario pada hari ini, suatu isu di Malaysia berkait dengan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam yang hangat diperkatakan. Namun apa yang menyedihkan kepada mereka yang bukan golongan agamawan berlumba-lumba untuk menyatakan pandangan.

Walhal isu ini memerlukan satu kajian khusus. Saya sempat melihat beberapa kenyataan tokoh-tokoh tertentu terutamanya tokoh politik. Dari itu saya terus memikirkan untuk menulis berkait dengan Kalimah Allah ini dalam bentuk ilmiyyah.

Namun di situ, saya lebih gemar untuk mengambil beberapa bahan rujukan dan pandangan Ulama’ berkait dengan kalimah yang sangat-sangat mulia ini. Pastinya juga isu ini sebenarnya banyak hikmah yang boleh kita ambil. Walaupun berlaku beberapa tindakan jahil oleh pihak-pihak tertentu dalam soal membakar gereja, menyerang masjid dan sebagainya.

Memanglah isu ini sangat sensetif lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Kerana Tuhan umat Islam adalah Allah SWT. Merupakan satu-satunya Tuhan yang Esa dan disembah oleh umat Islam.

Apa yang menjadi kepelikan, bagaimana golongan bukan Islam seperti kristian di Malaysia yang selama ini tidak menggunakan perkataan Allah SWT, tetapi tiba-tiba mereka ingin menggunakannya.

Memanglah kalau kita melihat di semenanjung arab orang-orang kristian menggunakan juga kalimah Allah SWT. Sungguhpun begitu, perlu diingatkan kepada semua masyarakat kita sekeliling. Biarlah kita memahami secara jelas siapakah Allah SWT? Dan sudah pasti jawapan yang boleh kita berikan Dialah Tuhan yang kita sembah. Di sini sebenarnya perlu kita faham bahawasanya sembahan itu bukan bermaksud hanya sembahyang, berpuasa, menunaikan Zakat dan mengerjakan Haji ke Baitullahil Haram sahaja.

Malah kita kena tunduk patuh terhadap segala apa yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Begitu juga tidak sekali-kali mengambil undang-undang yang lain. Malah tetap menerima agama yang Allah SWT redhai iaitu Ad-Dinul Islam.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diredhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.

An-Nur:55

Di dalam ayat ini secara jelas menunjukkan kepada kita mestilah kita menurut agama yang Allah SWT redhai. Ini adalah janji Allah SWT kepada orang yang beriman dan beramal saleh. Sudah tentulah kita mestilah patuh kepada Islam yang menjadi undang-undang di dalam kehidupan manusia.

Hatta di setiap permulaan pekerjaan dan perbuatan kita yang harus, disunatkan kita menyebut kalimah Al-Basmalah. Sudah tentulah juga kalimah ini terkandung sebutan nama Allah. Di sini jelas kepada kita, tidak disebutkan sedikitpun dengan nama yang lain. Ini juga dikira sebagai Ibadah.

Jadi, tiada sebab untuk kita menggunakan kalimah Allah SWT, kemudian kita sewenang-wenangnya untuk kita meninggalkan kepatuhan terhadap Allah SWT. Dari itu saya menjelaskan dahulu secara panjang lebar berkait pengetahuan kita terhadap nama Allah ini dengan diselitkan perbincangan aqidah yang saya belajar di Universiti Al-Azhar.

Aqidah Islam adalah sderhana (adil dan pilihan) berbanding dengan aqidah agama-agama yang lain. Oleh sebab itu, aqidah Islam tidak cenderung untuk mentajsidkan (menganggap Allah itu berjasad) dan mentasybihkan (menganggap Allah itu serupa dengan makhluk).

Firman Allah SWT:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ وَمَا جَعَلۡنَا ٱلۡقِبۡلَةَ ٱلَّتِى كُنتَ عَلَيۡہَآ إِلَّا لِنَعۡلَمَ مَن يَتَّبِعُ ٱلرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ‌ۚ وَإِن كَانَتۡ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى ٱلَّذِينَ هَدَى ٱللَّهُ‌ۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَـٰنَكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan[95] agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. dan kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang Telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.


[95] umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, Kerana mereka akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

Al-Baqarah: 143

Sebagaimana kecenderungan puak Yahudi dan penyembah berhala (golongan Musyrik). Di mana puak Yahudi menganggap Tuhan Yang Maha Pencipta itu seperti makhluk di kalangan manusia. Lalu menyifatkan dengan lemahnya Maha Pencipta ini tanpa memandang ciptaan alam yang luas ini.

Kecenderung bagi puak Yahudi yang menganggap bahawasanya Tuhan itu ada mempunyai tempat tinggal seumpama makhluk. Tidak pelik jika dilihat bagaimana sikap puak Yahudi yang menunjukkan kekerasan dan kekejaman terhadap bangsa-bangsa yang lain selain orang-orang Yahudi.

Jika diutuskan seorang Nabi, maka mereka akan memerangi sehingga luputnya Nabi ini. Walhal banyak keistimewaan dan nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada mereka golongan Yahudi ini.

Muhadharaat fi Al-Aqidah Al-Islamiyyah
karangan Dr Syauqi Ibrahim Ali Abdullah m/s 20

Begitu juga anggapan Tuhan tidak ada adalah semata-mata fikrah yang dipercayai oleh ahli Falsafah ‘Al-Afluthiniyyah’. Fikrah mereka semata-mata menafikan apa yang berkenaan dengan ketuhanan.

Apa yang difahami oleh puak Yahudi dan golongan falsafah ini berkait dengan Tuhan adalah amat terbatas. Menjadi keterbatasan disebabkan dilihat dengan pancaindera dan akal fikiran yang ada. Dengan ini amat sulit untuk mengenal Maha Pencipta. Walhal manusia itu tidak mampu melihat zat Allah SWT di alam ini kerana semua itu tidak layak dengan kesempurnaan Allah SWT.

Muhadharaat fi Al-Aqidah Al-Islamiyyah
karangan Dr Syauqi Ibrahim Ali Abdullah m/s 21

Sesungguhnya Al-Quranul Karim membicarakan tentang puak Kafir (yang engkar) pada tiap-tiap zaman. Di mana puak Kafir ini meletakkan syarat-syarat keimanan kepada Allah SWT dari jalan mendengar kata-kata Allah SWT dan jalan melihat Allah SWT. Al-Quran benar-benar menyebutkan sebab-sebab syarat yang diletakkan ini.

Ia merupakan kesakitan-kesakitan terhadap diri mereka yang tergambar dengan kefasadan dan kata-kata yang menyalahi. Al-Quran menghadkan sebab-sebab yang menuntut sedemikian rupa.

Adalah menjadi kepastian, bahawa mereka itu berada di dalam kejahilan, kesombongan, penyelewengan dan kezaliman.

1- Sifat kejahilan.

Firman Allah SWT:

وَقَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ لَوۡلَا يُكَلِّمُنَا ٱللَّهُ أَوۡ تَأۡتِينَآ ءَايَةٌ۬‌ۗ كَذَٲلِكَ قَالَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِم مِّثۡلَ قَوۡلِهِمۡ‌ۘ تَشَـٰبَهَتۡ قُلُوبُهُمۡ‌ۗ قَدۡ بَيَّنَّا ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ

118. Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata: "Mengapa Allah tidak (langsung) berbicara dengan kami atau datang tanda-tanda kekuasaan-Nya kepada kami?" demikian pula orang-orang yang sebelum mereka Telah mengatakan seperti Ucapan mereka itu; hati mereka serupa. Sesungguhnya kami Telah menjelaskan tanda-tanda kekuasaan kami kepada kaum yang yakin.

Al-Baqarah: 118

Diperhatikan pada ayat ini bahawasanya isyarat kepada ucapan ini bukanlah kalam mereka yang berpengetahuan, bahkan kalam mereka yang Jahil. Kalam ini bukan sahaja zaman kini, malah zaman dahulu dan sekarang.

2- Kesombongan.

Firman Allah SWT:

وَقَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ لِقَآءَنَا لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ أَوۡ نَرَىٰ رَبَّنَا‌ۗ لَقَدِ ٱسۡتَكۡبَرُواْ فِىٓ أَنفُسِهِمۡ وَعَتَوۡ عُتُوًّ۬ا كَبِيرً۬ا
يَوۡمَ يَرَوۡنَ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةَ لَا بُشۡرَىٰ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُجۡرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجۡرً۬ا مَّحۡجُورً۬ا

21. Berkatalah orang-orang yang tidak menanti-nanti pertemuan(nya) dengan Kami: "Mengapakah tidak diturunkan kepada kita malaikat atau (mengapa) kita (tidak) melihat Tuhan kita?" Sesungguhnya mereka memandang besar tentang diri mereka dan mereka benar-benar Telah melampaui batas(dalam melakukan) kezaliman".

22. Pada hari mereka melihat malaikat[1060] dihari itu tidak ada kabar gembira bagi orang-orang yang berdosa mereka berkata: "Hijraan mahjuuraa[1061].

[1060] Maksudnya: di hari mereka menemui kematian atau di hari kiamat.

[1061] Ini suatu Ungkapan yang biasa disebut orang Arab di waktu menemui musuh yang tidak dapat dielakkan lagi atau ditimpa suatu bencana yang tidak dapat dihindari. Ungkapan Ini berarti: "Semoga Allah menghindari bahaya Ini dari saya".

Al-Furqaan: 21-22

Sebagaimana kita melihat mereka pada ayat yang pertama. Di mana mereka mahu mendengar suara Allah SWT. Apa yang kita lihat pada ayat ini, mereka mahu pula melihat Allah SWT.

Tetapi siapakah mereka yang mahu melihat zat Allah SWT? Mereka menggambarkan bahawasanya kehidupan dunia ini adalah segala-galanya.

3- Penyelewengan.

Dan ayat yang lain telah membicarakan dari salah seorang raja Firaun Mesir ketika dia mengatakan berdasarkan apa yang Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quranul Karim:

وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ يَـٰهَـٰمَـٰنُ ٱبۡنِ لِى صَرۡحً۬ا لَّعَلِّىٓ أَبۡلُغُ ٱلۡأَسۡبَـٰبَ
أَسۡبَـٰبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ فَأَطَّلِعَ إِلَىٰٓ إِلَـٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّى لَأَظُنُّهُ ۥ ڪَـٰذِبً۬اۚ وَڪَذَٲلِكَ زُيِّنَ لِفِرۡعَوۡنَ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ وَصُدَّ عَنِ ٱلسَّبِيلِۚ وَمَا ڪَيۡدُ فِرۡعَوۡنَ إِلَّا فِى تَبَابٍ۬

36. Dan berkatalah Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang Tinggi supaya Aku sampai ke pintu-pintu,
37. (yaitu) pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa dan Sesungguhnya Aku memandangnya seorang pendusta". Demikianlah dijadikan Fir'aun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar); dan tipu daya Fir'aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian.


Ghafir: 36-37

Dan ayat yang terjamin jawapan ke atas kata-kata mereka yang menerangkan: [dan dia dihalangi dari jalan (yang benar)]. Maka bukanlah apa yang menggambarkannya oleh Firaun itu suatu jalan yang mana dia boleh mengenali Allah SWT. Malah ada jalan yang benar. Tetapi Firaun mengambil jalan yang salah.

4- Kezaliman.

Dan bahawasanya ayat yang lain telah membicarakan kepada kita tentang Yahudi yang mereka menuntut satu tuntutan yang zalim.

Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤۡمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهۡرَةً۬ فَأَخَذَتۡكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُمۡ تَنظُرُونَ

55. Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang[50], Karena itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya[51]".

Al-Baqarah:55

[50] Maksudnya: melihat Allah dengan mata kepala.

[51] Kerana permintaan yang semacam Ini menunjukkan keingkaran dan ketakaburan mereka, sebab itu mereka disambar halilintar sebagai azab dari Tuhan.

Dan pada ayat yang lain. FirmanNya SWT:

يَسۡـَٔلُكَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَـٰبِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيۡہِمۡ كِتَـٰبً۬ا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ‌ۚ فَقَدۡ سَأَلُواْ مُوسَىٰٓ أَكۡبَرَ مِن ذَٲلِكَ فَقَالُوٓاْ أَرِنَا ٱللَّهَ جَهۡرَةً۬ فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ بِظُلۡمِهِمۡ‌ۚ ثُمَّ ٱتَّخَذُواْ ٱلۡعِجۡلَ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ فَعَفَوۡنَا عَن ذَٲلِكَ‌ۚ وَءَاتَيۡنَا مُوسَىٰ سُلۡطَـٰنً۬ا مُّبِينً۬ا

153. Ahli Kitab meminta kepadamu agar kamu menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. Maka Sesungguhnya mereka Telah meminta kepada Musa yang lebih besar dari itu. mereka berkata: "Perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata". Maka mereka disambar petir Karena kezalimannya, dan mereka menyembah anak sapi[374], sesudah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata, lalu kami ma'afkan (mereka) dari yang demikian. dan Telah kami berikan kepada Musa keterangan yang nyata.

[374] anak sapi itu dibuat mereka dari emas untuk disembah.

An-Nisaa’:153

Maka bukanlah (anggapan mereka itu) suatu keadilan dari apa yang mereka harapkan daripada suatu tuntutan, bahkan sebenarnya sifat zalim yang ada dalam diri mereka dengan menganggap itu suatu kebenaran.


Allah Jalla Jalaalah, karangan Said Hawa m/s 15-16

Kefahaman di sisi golongan yang mengambil dari sudut logik akal. Di mana semata-mata mengambil fikrah yang mutlak. Sebenarnya ia tidak menunjukkan ke atas suatu sifat dan bukanlah baginya suatu realiti yang jelas tentangnya.

Di mana meletakkan akal yang sebenarnya tidak mampu mengenal dengan kefahaman ini. Tidak sekali-kali dapat menggambarkannya dengan menghukumkan suatu itu wujud adalah dengan melalui pengetahuan secara mengesan dan melihat kepada perilaku perbuatan.

Adapun kefahaman di sisi agama Islam itu sedikitpun tidak mengambil secara kebendaan dan mentajsidkan (menganggap Allah SWT itu berjasad seperti makhluk). Seumpama itu juga agama Islam bukanlah mengambil semata-mata fikrah (pemikiran) yang positif sahaja.

Malah Islam menujukan dengan mensucikanNya bagi nama Tuhan kepada suatu hakikat yang melampaui dari pertuturan akal fikiran. Meskipun begitu, Islam menafsirkan juga dari akal fikiran dengan tanpa mentajsidkan (menganggap Allah itu berjasad seumpama makhluk) dan mentasybihkan (menyerupakan Allah dengan makhluk). Maha Suci Allah daripada semua itu.

Cara Islam menafsirkan dengan mengisyaratkan kepada zat yang berasingan (daripada makhluk yang diciptakanNya) lagi berdiri dengan sendiriNya. Bukanlah menganggap semata-mata ‘Arad daripada segala Al-‘Araad ataupun gelaran daripada segala gelaran (segala istilah yang digunakan oleh ahli falsafah Yunani iaitu menyebut ‘Arad atau Jauhar).

Mengatakan Doktor Diraaz:

Bahawasanya mensucikan (dari sudut) Ad-Din itu bukanlah mensucikan bagi mana-mana zat yang ada. Tetapi sebenarnya mensucikan baginya dengan sifat yang khusus. Lebih mementingkan segala keistimewaannya yang bukanlah melihat dari sudut pancaindera.

Dan bukanlah juga daripada dalaman ruangan alam yang nyata. Malah merupakan sesuatu perkara ghaib yang tidak diketahui oleh pancaindera melainkan akal fikiran dan perasaan. Jadi inilah perbezaan Al-Aqidah Ad-Diniyyah. Ia merupakan ciri keimanan perkara ghaib dalam erti kata lain dengan apa yang di luar alam tabiat semulajadi (yang dilihat).

Setelah kita percaya dan beriman dengan kewujudan perkara ghaib yang di luar tabiat alam semulajadi ini. Maka bukanlah satu jenis daripada alam tabiat yang beku yang sedang berlaku. Bahkan ia merupakan suatu yang mempunyai daya perbuatan atau perlakuan yang memberi kesan.

Adapun daya kekuatan yang tunduk dan patuh bagi orang yang beragama dengan Ad-Din (Islam) dapat memahami perkara ini, namun memerlukan kekuatan akal fikiran untuk dihuraikan. Juga menguasai dengan segala rangsangan kehendak yang ada.

Maka akal fikiran yang diatur oleh pandangan orang yang percaya (yang beriman) kepada Allah itu bukanlah daya kekuatan yang terletak di atas dirinya sendiri. Di mana terasing daripadanya dan daripada alam ini. Bahkan dilihat baginya secara maknawi denganNya dan dengan diri manusia. Di mana Allah SWT mendengar pembicaraan mereka.

Lalu manusia itu mengadu dan menghuraikan di atas segala keperitan mereka serta harapan-harapan mereka. Dengan ini mampu untuk menyingkap kehendak mereka dari apa yang mereka serukan (permintaan). Daripada penjelasan makna-makna yang terbatas di atas wajah yang ringkas ini. Maka suatu makna (huraian) secara ijmali yang berkait dengan kepercayaan dan kesucianNya.

Demi untuk meringkaskan ini penafsiran pada satu ungkapan yang kita katakan: Penyucian yang sebenar-benarnya mentuhankan Allah SWT dan Ubudiyyah kepadaNya. Perkara ini berkait dengan Ilahun ma’bud (Tuhan yang disembah).

Kita katakan juga sesungguhnya daya kekuatan untuk mensucikanNya secara Ad-Diniyyah bukanlah semata-mata fikrah dan konsep yang mutlak. Bahkan juga adalah merupakan secara lahiriyyah.

Kita katakan juga hakikat ini bukanlah perkara yang diletakkan di atas pancaindera ataupun rasa. Bahkan merupakan rahsia secara ghaib yang tidak mengenal oleh segala penglihatan.

Kita katakan ini suatu kekuatan perkara ghaib yang kuat lagi berakal yang menguasai kehendaknya. Umpama kuasa magnet dan kuasa elektrik.

Dan akhir sekali, kita katakan juga segala kekuatan yang ada adalah satu bantuan yang terus menerus dengan urusan alam sejagat yang diaturNya. Lalu jiwa manusia terus berlaung-laungan dan menjerit-jerit dengan mengharap padaNya.

Dengan ini kita ringkaskan kefahaman yang sederhana (adil dan pilihan) pada aqidah Islam adalah merupakan Al-Ilah satu zat yang ghaib dan berhubung dengan pengabdian yang mutlak lagi mempunyai kehendak yang tinggi.

Segala kepayahan yang tergambar (di dalam fikiran) itu memerlukan bantuan daripada Al-Quranul Karim dengan kadar ukuran yang pasti daripada sifat-sifat yang menepati hajat kita. Dengan ini memungkinkan untuk mengambil konsepnya. Lalu dengan itu jugalah membenarkan dan menetapkan segala sifat Allah SWT. Seperti sifat Ilmu, Qudrah, Iradah, Hayat, Sama’, Basor, Hikmah dan lain-lainnya.

Al-Quranul Karim merungkaikan daripada sifat-sifat kesempurnaan yang melayakkan dengan ZatNya yang Maha Mulia. Jadi, Allah SWT mempunyai Zat, namun di situ sebagaimana firmanNya:

فَاطِرُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ أَزۡوَٲجً۬ا‌ۖ يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِ‌ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

11. (dia) Pencipta langit dan bumi. dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat.

As-Syura:11

FirmanNya SWT yang lain:

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

255. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.

[161] Kursi dalam ayat Ini oleh sebagian Mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya.

Al-Baqarah: 255

Muhadharaat fi Al-Aqidah Al-Islamiyyah karangan
Dr Syauqi Ibrahim Ali Abdullah m/s 22-23
Adapun penjelasan lafaz asal الإله. Dihazafkan (dibuangkan) Al-Hamzah dan diidghamkan Al-Laam dengan Al-Laam serta dishaddahkan (disabdukan) daripada sebab itu.

Sebagaimana firman Allah SWT:

لَّـٰكِنَّا۟ هُوَ ٱللَّهُ رَبِّى وَلَآ أُشۡرِكُ بِرَبِّىٓ أَحَدً۬ا

38. Tetapi Aku (percaya bahwa): Dialah Allah, Tuhanku, dan Aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku.

Al-Kahf:38

Asalnya لكن أنا

Lalu dihazafkan (dibuang) Al-Hamzah untuk meringkaskan dan diidghamkan An-Nun dengan An-Nun.

‘Iraab thalathina surah minal Quranil Karim,
karangan Ibnu Khalawaih:13

Bagi mengukuhkan hujjah saya ini, maka saya menukilkan penjelasan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Haji Hadi bin Haji Awang di dalam suatu muhadharah (diskusi) beliau. Di mana isu yang hangat diperkatakan di Malaysia berkait dengan kalimah Allah SWT. Maka penjelasan beliau ini amat jelas, nyata dan terang serta merupakan perbahasan terpilih.

Berikut apa yang dijelaskan oleh beliau:

Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al-Quran). Perkataan “Allah” ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Quran.

Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Apa yang perlu difahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan “Allah” yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab? Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini? Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan “Allah” mengikut maksudnya yang sebenar inilah.

Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah bermaksud:

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

Surah al-Ankabut: 61

Firman Allah bermaksud:

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ مِنۢ بَعۡدِ مَوۡتِهَا لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ‌ۚ بَلۡ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Surah al-Ankabut: 63

Firman Allah bermaksud:

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ‌ۚ بَلۡ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Surah Luqman: 25

Firman Allah bermaksud:

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ قُلۡ أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ إِنۡ أَرَادَنِىَ ٱللَّهُ بِضُرٍّ هَلۡ هُنَّ كَـٰشِفَـٰتُ ضُرِّهِۦۤ أَوۡ أَرَادَنِى بِرَحۡمَةٍ هَلۡ هُنَّ مُمۡسِكَـٰتُ رَحۡمَتِهِۦ‌ۚ قُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ‌ۖ عَلَيۡهِ يَتَوَڪَّلُ ٱلۡمُتَوَكِّلُونَ

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Surah az-Zumar: 38

Firman Allah bermaksud:

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡعَلِيمُ

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

Surah az-Zukhruf: 9

Firman Allah bermaksud:

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَهُمۡ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Surah az-Zukhruf: 87

Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.

Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam, perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al-Asma Al-Husna).

Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat):

“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakinibenarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan”. secara umum. Apabila diletakkan

Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.

Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:

قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ ڪَلِمَةٍ۬ سَوَآءِۭ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابً۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ‌ۚ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُولُواْ ٱشۡهَدُواْ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam"
.

Surah Ali Imran: 64

Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada Rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.

Imam Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:

(Kalimahnya benar tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah Allah adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah Allah. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita.

Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬‌ۗ كَذَٲلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Surah al-An'am: 108

Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.

Wallahua’alam.

7 Januari 2010 oleh TGHH;

Rujukan laman web berikut:

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=230:penggunaan-kalimah-allah&catid=20:bicara-presiden&Itemid=107

Mudah-mudahan segala penjelasan ini menurut apa yang saya nyatakan hujjah dan dalil bukti dapat memberi kefahaman kepada sesetengah pihak yang kurang jelas berkait dengan penggunaan kalimah Allah SWT bagi mereka yang bukan Islam. Lebih-lebih lagi golongan yang beragama Masihi (kristian).

Sungguhpun begitu, perlu diingat kepada golongan yang kurang arif dalam soal ini lebih baik menyerah kepada para alim Ulama’ kita. Kerana soal yang rumit berkait agama bukan memerlukan mereka yang cerdik-pandai sahaja, tetapi mestilah mereka yang Ulama’ ataupun mereka yang tergolong dalam bidang agamawan.

Jika sekiranya golongan agamawan belum bercakap, maka tidak perlu mereka yang selain itu amat terburu-buru untuk menyatakan pandangan. Adalah lebih baik kita mendiamkan diri kerana itu lebih selamat.

Lebih-lebih lagi dalam soal menyatakan pandangan dengan mendatangkan nas-nas Al-Quran atau Hadith Nabi SAW. Namun di situ, perlu dilihat syarah nas-nas yang sebenarnya menurut ilmu Asbabun Nuzul pada Al-Quran ataupun ilmu Asbabul Wurud pada Hadith Nabi SAW. Juga menurut ilmu-ilmu lain di dalam menafsirkan ataupun mensyarahkan nas-nas Al-Quran mahupun Hadith Nabi SAW.

Sepatutnya kita mengambil contoh para Salafus Soleh RA yang bersikap wara’ di dalam menyatakan pandangan, tafsiran ataupun syarah yang berkait dengan ilmu Islam.

Sebagaimana contoh berikut:

Di antaranya:

Dari Abi Ma’mar mengatakan: Abu Bakr As-Siddiq RA mengatakan: Dimana bumi yang memijakku, dan langit yang menaungiku (demi tidak) sekiranya aku mengatakan pada Kitab Allah barang apa yang aku tidak tahu.


TAFSIR TOBARI jilid 1 m/s 52

Dari Anas mngatakan: Kami di sisi Umar bin Al-Khattab RA. Pada (ketika) menzahirkan bajunya empat tampalan kain perca (menampal bajunya yang koyak). Lalu beliau membaca (sepotong ayat):

وَفَـٰكِهَةً۬ وَأَبًّ۬ا

31. Dan buah-buahan serta rumput-rumputan

ABASA : 31
Maka beliau menanyakan apakah itu الأب ? Kemudian beliau mengatakan: Bahawasanya ini pasti permainan yang membebankan. Maka tidaklah ke atas engkau untuk engkau mengetahuinya (daripadaku).

Muqaddimah Fi Usul At-Tafsir m/s 118

Bertanya seseorang lelaki kepada Ibnu Abbas dari (sepotong ayat):

يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬

4. Sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun.[1510]

[1510] Maksudnya: malaikat-malaikat dan Jibril jika menghadap Tuhan memakan waktu satu hari. Apabila dilakukan oleh manusia, memakan waktu limapuluh ribu tahun.

AL-MA’ARIJ : 4

Lalu Ibnu Abbas menayakan (semula) kepadanya. Apakah itu?

يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬

4. Sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.[1510]


[1510] Maksudnya: malaikat-malaikat dan Jibril jika menghadap Tuhan memakan waktu satu hari. Apabila dilakukan oleh manusia, memakan waktu lima puluh ribu tahun.

AL-MA’ARIJ : 4

Maka lelaki itu mengatakan: Aku menanyakan engkau agar engkau membicarakan kepadaku. Lalu Ibnu Abbas mengatakan: Kedua-duanya adalah 2 hari (potongan ayat yang disebut oleh lelaki tersebut dan juga Ibnu Abbas) yang Allah menyebutkannya di dalam KitabNya (Al-Quran) yang (Dia) lebih mengetahui akan kedua-duanya. Maka beliau menegah untuk mengatakan tentang kitab Allah barang apa yang tidak diketahui.

Fadhail Al-Quran karangan Abi ‘Ubaid

Dan dari As-Sya’bi dari Masruq mengatakan: Takutlah kamu kepada suatu penafsiran. Maka hanyasanya (tidak lain) ia itu adalah merupakan riwayat dari Allah.

Muqaddimah Fi Usul At-Tafsir m/s 120-121

Sebagaimana ‘Ato bin Abi Rabaah yang ditanya dari satu persoalan tentang solat. Lalu beliau menjawab: “Aku tidak tahu”. Lalu dikatakan kepadanya: “Mengapa tidak engkau mengatakan tentangnya (solat) dengan pandangan engkau? Beliau (terus) menjawab: “Bahawasanya daku malu terhadap Allah untuk berada di muka bumi dengan pandanganku.”


Perbahasan Hadith Dhoif karangan
Doktor Kamal Ali Ali Al-Jamal


Akhir sekali, saya mohon maaf di atas keterlanjuran, kesilapan dan memohon ampun kepada Allah SWT di atas kelalaian serta dosa yang saya lakukan di dalam menghasilkan tulisan ini. Mudah-mudah Allah SWT membalas dengan ganjaran yang setimpal. Dan diharap dapat para pembaca mengambil beberapa pandangan ilmu yang dipaparkan di dalam tulisan ini. Wallahu’alam.

Rujukan:

- Muhadharaat fi Al-Aqidah Al-Islamiyyah
karangan Dr Syauqi Ibrahim Ali Abdullah

- http://presiden.pas.org.my/v2/

- ‘Iraab thalathina surah minal Quranil Karim,
karangan Ibnu Khalawaih

- Perbahasan Hadith Dhoif
karangan Doktor Kamal Ali Ali Al-Jamal

- Allah Jalla Jalaalah, karangan Said Hawa.

Disediakan oleh:

Al-Faqir Mohd Adham bin Hodari.

Sunday, March 7, 2010

JANGAN PISAHKAN DI ANTARA ISLAM DENGAN PERSATUAN.


Menolak pemikiran Sekular adalah tersangat wajar bagi ummat Islam terutamanya golongan agamawan. Di mana pemikiran ini sebenarnya cuba untuk memisahkan agama dengan kehidupan sejagat. Malah kadang-kala pemikiran ini juga sebenarnya sedikit sebanyak terkesan kepada segelintir golongan agamawan.

Walhal, agama Islam itu sebenarnya merupakan Ad-Din. Bukan sepertimana agama-agama yang selain Islam. Di mana agama lain meletakkan agama suku, politik suku, persatuan suku, ekonomi suku, sistem kekeluargaan suku, ketenteraan suku, pentadbiran suku, kehakiman suku dan segala-gala hal kehidupan kita semuanya tidak boleh dikaitkan dengan agama. Walhal bila menyebut Ad-Dinul Islam maka memberi maksud cara hidup Islam. Dan ini memberi maksud segala hal kehidupan mesti ada hubung-kait dengan agama itu sendiri.

Namun sebenarnya ini tidak menjadi suatu kepelikan. Kerana Malaysia sendiri sudah dijajah dengan cukup lama. Apatah lagi Islam belum memerintah sepenuhnya di Malaysia. Walaupun pemimpin Malaysia adalah orang yang beragama Islam.

Terdetik di dalam hati ini bila memikirkan soal fikrah masyarakat kita yang serba sedikit terkesan dengan pemikiran Sekular ini. Termasuk masalah apa yang berhubung dengan persatuan. Malah timbul banyak persatuan pelajar di Mesir dan barangkali timbul di tempat-tempat lain. Sehinggakan kesatuan Ummah sedikit sebanyak terjejas dengan perpecahan pelajar yang banyak campur-aduk aliran pemikiran. Walhal para pelajar khususnya Mahasiswa/wi adalah golongan yang berada di menara gading adalah merupakan bakal kepimpinan yang akan menerajui negara, insya Allah SWT.

Jika para pembaca sedar sebelum ini; saya pernah mengeluarkan isi hati saya di dalam awal penulisan di dalam blog saya. Tidak disangka Risalah Azhariyyun suatu tajuk dan isi yang penuh dan padat ini sebenarnya di antara yang menjadi titik tolak kekuatan yang Allah SWT anugerahkan pada saya. Bila saya lemah maka saya akan baca semula artikel yang saya tulis ini. Barangsiapa yang mahukan kekuatan boleh merujuk terus laman blog ini. Mudah-mudahan Allah SWT membukakan jalan dengan penulisan yang tidak seberapa ini.

http://adham-alharaki.blogspot.com/2008/08/risalah-azhariyyun.html

Sudi kiranya juga pada bulan ini untuk saya nukilkan artikel yang pernah saya tulis di dalam Risalah Izzah keluaran bulan Zulkaedah 1430 H.

Berikut artikel yang pernah saya tulis:

Firman Allah SWT:

إِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَأَنَا۟ رَبُّڪُمۡ فَٱعۡبُدُونِ

Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu[*] dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku.

[*] Maksudnya: sama dalam pokok-pokok kepercayaan dan pokok-pokok Syari'at.

[Al-Anbiya:92]

FirmanNya SWT lagi:

وَإِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَأَنَا۟ رَبُّڪُمۡ فَٱتَّقُونِ

Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu[1006], dan Aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku.

[Al-Mukminun:52]



Senario pada hari ini melihatkan umat Islam sering diperkotak-katikkan dan diganyang oleh musuh Islam yang sangat-sangat bencikan agama Islam. Di sini nilai kesucian agama Islam seringkali dicemari dan dikotori. Di antaranya karikatur penghinaan terhadap batang tubuh Baginda Nabi Muhammad SAW di akhbar Denmark . Begitu juga kecaman Presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap pemakaian hijab oleh wanita Muslim di negara itu dan ditambah lagi dengan pembunuhan seorang wanita berketurunan Mesir iaitu Marwa al-Sherbini di Dresden , Jerman oleh seorang ekstremis.

Di samping apa yang berlaku di negara kita sendiri ialah tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak. Walaupun sebenarnya soal hukuman sebat di dalam Islam memerlukan pandangan para alim Ulama'.

Alhamdulillah segala yang berlaku ini sedikit sebanyak menimbulkan sensitiviti umat Islam seluruhnya. Tetapi masalah gelaja sosial da kalangan umat Islam di negara kita kian bertambah dan seolah-olah dianggap suatu perkara yang entang oleh pihak berkuasa. Walaupun segala tindakan cuba diambil berkait masalah dadah, mat rempit, penzinaan dan sebagainya; namun itu tindakan yang dibuat tidak akan menyelesaikan masalah melainkan Islam dijadikan sistem perundangan Negara yang paling tertinggi.

Bagi merealisasikan matlamat untuk membina kesedaran Islam ini mestilah umat Islam bersatu. Dari itu amat pentingnya kesatuan di atas nama Islam yang mampu menyelamatkan kepobrokan musuh Islam yang sering menyerang. Serangan ghazwatul fikri (serangan pemikiran) daripada pihak musuh adalah lebih berbahaya berbanding serangan secara jelas dengan ketenteraan.

Oleh itu, kita tidak boleh bergerak bersendirian dan memerlukan kesatuan di semua peringkat untuk menangkis serangan ini. Di antara serangan yang dilakukan oleh musuh Islam adalah cuba mempengaruhi minda umat Islam supaya memisahkan agama dengan kehidupan. Walhal Islam adalah satu sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah Politik dan Pentadbiran, Ekonomi dan Perniagaan, Negara dan Watan atau Pemerintah dan Umat, Akhlak dan Kekuatan atau Rahmat dan Keadilan, Kebudayaan dan Undang-undang atau Ilmu dan Kehakiman, Material dan Harta Benda atau Usaha dan Kekayaan, Jihad dan Dakwah atau Tentera dan Fikrah, sebagaimana ia juga adalah Aqidah yag benar dan Ibadat yang sah.

Apa yang pasti, kita juga tidak boleh memisahkan Islam dengan kesatuan sebagaimana Firman Allah SWT yang penulis rungkaikan di awal perbicaraan. Oleh itu perintah untuk kita bersatu wajib kita laksanakan seumpama kewajipan ibadah yang lain. Dan janganlah sekali-kali untuk kita pisahkan. Maka dengan wasilah kesatuan yang ada iaitu DPMM yang bernaung di bawah PMRAM perlu kita realitikan dan realisasikan selaku mahasiswa/wi yang berada di bumi Mansurah ini. Dan jadikan kesatuan kita ini untuk mencari keredhaan Allah SWT di muka bumi ini di atas nama Islam bukannya di atas nama lain. Wallahu’alam.

Friday, February 26, 2010

MAULID NABI SAW BUKAN BID'AH: SYAIKH YUSUF AL-QARDHAWI

Menyambut Maulid Nabi SAW bukanlah satu perkara Bid’ah. Demikian fatwa terbaru oleh Syaikh Yusuf Al-Qardhawi yang saya nukilkan ini:


فتاوى وأحكام: فتاوى عامة الاحتفال بمولد النبي والمناسبات الإسلامية




موقع القرضاوي/ 23-2-2010

السؤال: ما حكم الاحتفال بذكرى مولد النبي صلى الله عليه وسلم وغيره من المناسبات الإسلامية مثل مقدم العام الهجري وذكرى الإسراء والمعراج؟


الفتوى:


بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد ...


هناك من المسلمين من يعتبرون أي احتفاء أو أي اهتمام أو أي حديث بالذكريات الإسلامية، أو بالهجرة النبوية، أو بالإسراء والمعراج، أو بمولد الرسول صلى الله عليه وسلم، أو بغزوة بدر الكبرى، أو بفتح مكة، أو بأي حدث من أحداث سيرة محمد صلى الله عليه وسلم، أو أي حديث عن هذه الموضوعات يعتبرونه بدعة في الدين، وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار، وهذا ليس بصحيح على إطلاقه، إنما الذي ننكره في هذه الأشياء الاحتفالات التي تخالطها المنكرات، وتخالطها مخالفات شرعية وأشياء ما أنزل الله بها من سلطان، كما يحدث في بعض البلاد في المولد النبوي وفي الموالد التي يقيمونها للأولياء والصالحين، ولكن إذا انتهزنا هذه الفرصة للتذكير بسيرة رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبشخصية هذا النبي العظيم، وبرسالته العامة الخالدة التي جعلها الله رحمة للعالمين، فأي بدعة في هذا وأية ضلالة ؟!


إننا حينما نتحدث عن هذه الأحداث نذكر الناس بنعمة عظيمة، والتذكير بالنعم مشروع ومحمود ومطلوب، والله تعالى أمرنا بذلك في كتابه (يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحاً وجنوداً لم تروها وكان الله بما تعملون بصيرًا، إذ جاءوكم من فوقكم ومن أسفل منكم وإذ زاغت الأبصار وبلغت القلوب الحناجر وتظنون بالله الظنونا)، يذكر بغزوة الخندق أو غزوة الأحزاب حينما غزت قريش وغطفان وأحابيشهما النبي عليه الصلاة والسلام والمسلمين في عقر دارهم، وأحاطوا بالمدينة إحاطة السوار بالمعصم، وأرادوا إبادة خضراء المسلمين واستئصال شأفتهم، وأنقذهم الله من هذه الورطة، وأرسل عليهم ريحاً وجنوداً لم يرها الناس من الملائكة ، يذكرهم الله بهذا، اذكروا لا تنسوا هذه الأشياء، معناها أنه يجب علينا أن نذكر هذه النعم ولا ننساها، وفي آية أخرى (يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ هم قوم أن يبسطوا إليكم أيديهم فكف أيدهم عنكم واتقوا الله وعلى الله فليتوكل المؤمنون) يذكرهم بما كان يهود بني قينقاع قد عزموا عليه أن يغتالوا رسول الله صلى الله عليه وسلم ومكروا مكرهم وكادوا كيدهم وكان مكر الله أقوى منهم وأسرع، (ويمكرون ويمكر الله والله خير الماكرين).


ذكر النعمة مطلوب إذن، نتذكر نعم الله في هذا، ونذكر المسلمين بهذه الأحداث وما فيها من عبر وما يستخلص منها من دروس، أيعاب هذا ؟ أيكون هذا بدعة وضلالة.

والله أعلم

Wednesday, February 3, 2010

AWAS DARIPADA KEBERANIAN TERHADAP PENAFSIRAN AL-QURAN TANPA ILMU PENGETAHUAN.


Kebenaran bahawasanya Allah SWT mengingatkan kepada kita daripada keberanian pada menyatakan pandangan dengan tanpa ilmu pengetahuan secara mutlak di dalam penafsiran Al-Quran dan selainnya.

Sebagaimana Firman Allah SWT:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬

36- Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

AL-ISRA : 36

Apa yang sangat-sangat bahaya ketika mana mengatakan dengan Kalam Allah ‘Azzawajalla.

Diriwayatkan bahawasanya Rasulallah SAW bersabda (yang bermaksud): Orang yang mengatakan di dalam Al-Quran dengan tidak ada ilmu pengetahuan, maka hendaklah tempat duduknya disediakan daripada api neraka.-Sebagaimana sabda Nabi SAW. Waallahu’alam.

HADITH RIWAYAT AT-TIRMIDZI

Perkhabaran-perkhabaran yang dipelihara dari Salafinas-Soleh RA di sisi kewarakkan dan berhati-hati daripada mengatakan pada penafsiran dengan tanpa ilmu pengetahuan sangat banyak.

Di antaranya:

Dari Abi Ma’mar mengatakan: Abu Bakr As-Siddiq RA mengatakan: Dimana bumi yang memijakku, dan langit yang menaungiku (demi tidak) sekiranya aku mengatakan pada Kitab Allah barang apa yang aku tidak tahu.

TAFSIR TOBARI jilid 1 m/s 52

Dari Anas mngatakan: Kami di sisi Umar bin AL-Khattab RA. Pada (ketika) menzahirkan bajunya empat tampalan kain perca (menampal bajunya yang koyak). Lalu beliau membaca (sepotong ayat):

وَفَـٰكِهَةً۬ وَأَبًّ۬ا

31. Dan buah-buahan serta rumput-rumputan

ABASA : 31

Maka beliau menanyakan apakah itu الأب ? Kemudian beliau mengatakan: Bahawasanya ini pasti permainan yang membebankan. Maka tidaklah ke atas engkau untuk engkau mengetahuinya (daripadaku).

Muqaddimah Fi Usul At-Tafsir m/s 118

Menanya seseorang lelaki kepada Ibnu Abbas dari (sepotong ayat):

يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬

4. Sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun.[1510]

[1510] Maksudnya: malaikat-malaikat dan Jibril jika menghadap Tuhan memakan waktu satu hari. Apabila dilakukan oleh manusia, memakan waktu limapuluh ribu tahun.

AL-MA’ARIJ : 4

Lalu Ibnu Abbas menyakan (semula) kepadanya. Apakah itu?

يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬

4. Sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.[1510]

[1510] Maksudnya: malaikat-malaikat dan Jibril jika menghadap Tuhan memakan waktu satu hari. Apabila dilakukan oleh manusia, memakan waktu lima puluh ribu tahun.

AL-MA’ARIJ : 4

Maka lelaki itu mengatakan: Aku menanyakan engkau agar engkau membicarakan kepadaku. Lalu Ibnu Abbas mengatakan: Kedua-duanya adalah 2 hari (potongan ayat yang disebut oleh lelaki tersebut dan juga Ibnu Abbas) yang Allah menyebutkannya di dalam KitabNya (Al-Quran) yang (Dia) lebih mengetahui akan kedua-duanya. Maka beliau menegah untuk mengatakan tentang kitab Allah barang apa yang tidak diketahui.

Fadhail Al-Quran karangan Abi ‘Ubaid

Dan dari As-Sya’bi dari Masruq mengatakan: Takutlah kamu kepada suatu penafsiran. Maka hanyasanya (tidak lain) ia itu adalah merupakan riwayat dari Allah.

Muqaddimah Fi Usul At-Tafsir m/s 120-121

Mengatakan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah:

[Orang yang mengatakan tentang Al-Quran dengan pandangannya. Maka sesungguhnya dia membebankan barang apa yang dia tidak mengetahui dengannya. Dan dia menjalankan barang apa yang tidak disuruh dengannya. Maka jikalau bahawasanya mengena (tepat) maknanya pada suatu perkara, nescaya sesungguhnya dia itu telah salah. Kerana dia tidak mendatangkan satu perkara daripada babnya itu. Seperti orang yang menghukumkan di kalangan orang-orang di atas kejahilan. Maka dia itu di dalam Neraka, meskipun sepakat hukumnya benar pada suatu perkara. Akan tetapi lebih aku takut dosa daripada orang yang salah. Wallahu’alam]

Muqaddimah Fi Usul At-Tafsir m/s 116

Dan Syaikh Islam membuat menyamakan setelah itu kepada orang-orang yang berani di atas pandangan tentang tafsir dengan tanpa ilmu pengetahuan sebagai pelempar tuduhan.

Beliau mengatakan: Dan beginilah Allah Ta’ala menamakan yang melemparkan tuduhan para pendusta: Maka Firman Allah SWT:

لَّوۡلَا جَآءُو عَلَيۡهِ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَإِذۡ لَمۡ يَأۡتُواْ بِٱلشُّہَدَآءِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ عِندَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡكَـٰذِبُونَ

13. Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh Karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi Maka mereka Itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta.

AN-NUR:13

Berdasarkan ayat di atas yang dinyatakan oleh Syaikh Islam Rahimahullah ini berkait dengan hukum-ahkam syara’ di dalam mendatangkan empat orang bagi orang yang mmbuat tuduhan zina umpamanya. Namun di situ ayat ini boleh juga ditujukan kepada golongan yang pendusta. Sebagaimana penulis merujuk kepada kitab Sofwatut-Tafasir karangan Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni. Waallahu’alam.

Daripada sebab-sebab athar ini, menjelaskan kepada kita amat bahaya terlalu berani di dalam penafsiran Al-Quran dengan tanpa ilmu pengetahuan. Dan ini semuanya dibawakan dengan tabiat ke atas apa yang tidak ada ilmu pengetahuan kepada manusia padanya daripada makna-makna Al-Quran.

Adapun apa yang diketahuinya untuk menjelaskan dalil-dalilnya atau kerana dia mempelajari dan menelaahnya. Maka adalah Kalam (Ilahi) ini daripada selebih-lebih baik kerana dia menjelaskan dan menyampaikan.

At-taisir Fi Usul At-Tafsir karangan ‘Imad Ali Abdus Sami’ Hussain m/s 40

Selayak-layaknya manusia itu dengan kewarakkan dari keberanian terhadap pandangan dengan tanpa ilmu pengetahuan tentang penafsiran Al-Quran. Mereka itu penuntut ilmu, akan tetapi maaflah kadang-kala berlaku sebaliknya.

Maka pada bingkaian perbalahan kajian dari meredhokan nafsu dan menzahirkan kemampuan-kemampuannya (masing-masing). Kadang-kala kacau-bilau perbalahan pada masalah Tafsiriyyah atau selainnya padahal kebanyakan kita dengan tanpa ilmu pengetahuan.

At-taisir Fi Usul At-Tafsir karangan ‘Imad Ali Abdus Sami’ Hussain m/s 40


Apa yang penulis jelaskan di sini, sepatutnya persoalan untuk menafsirkan ayat-ayat Al-Quran mestilah di kalangan mereka yang Mutakhassosun yang mendapat (pengkhususan) dalam bidang ilmu Tafsir.

Sebagai contoh di kalangan para Alim Ulama’ kita ataupun di kalangan para penuntut agamawan yang mereka menafsirkan atas sebab belajar. Namun di situ, penuntut ilmu agamawan tidak terlepas mereka daripada pandangan para Alim Ulama’ yang mu’tabar untuk diserahkan. Waallahu'alam.