Terkejut saya bila melihatkan perubahan yang sangat menarik di bumi Al-Mansurah ini dengan berbagai-bagai kempen yang dilakukan. Dan memang betul jangkaan saya, isu peralihan kuasa pentadbiran di DPMM ini amat hangat diperkatakan berbanding isu-isu yang lain. Bagaikan kempen di Manik Urai, Permatang Pauh, Bukit Gantang dan sebagainya.
Dan lebih menarik berbagai visi dan misi dari para calon di antaranya ada yang mahu jayakan Thaqafah, ada yang ingin merealisasikan pandangan ahli daripada pandangan sendiri, ada yang mahu memastikan kebajikan ahli terjamin, ada juga yang mengutip potongan daripada ayat Al-Quran untuk dijadikan visi atau misi, dan yang lebih mengejutkan dan paling pelik di dalam sejarah persatuan DPMM ini adalah salah seorang calon yang mahu membubar kabinet EXCO DPMM pada visi dan misinya.
Namun apa yang menarik sayup mata memandang ada salah seorang calon EXCO meletakkan visinya 'Ya Hayyu Ya Qayyum' dan misinya kalimah Tauhid iaitu kalimah 'llLailahaiallah'. Apapun keadaan kempen yang dijalankan setakat ini tidak bersalahan dengan peraturan pra syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PMRAM.
Namun apa yang saya sedihkan biarpun tidak menyalahi syarat SPR, tetapi akhlak dan adab selaku Azhariyyun ini mesti dijaga. Jangan sesekali kita menyalahi tatasusila Islam yang mesti kita pertahankan.
Seringkali saya ulangi prinsip saya ini, bahawa DPMM ini yang bernaung di bawah PMRAM dasarnya adalah Al-Quran dan As-Sunnah iaitu mengikut ajaran Islam. Dan ini mestilah ditegakkan bukan dibengkokkan. Biarlah siapa-siapa pimpinan akan datang sekalipun cuba mengubah ini, maka saya akan turut menentang sebagaimana PAS menentang dasar yang UMNO bawakan.
Firman Allah SWT:
أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.
[Al-Maidah: 50]
Saya tidak tahulah di kalangan calon mungkin ada yang bergurau ataupun series. Tetapi kalau ada yang ingin ubah kabinet ini sepatutnya jadi calon Badan Pengurus PMRAM bukannya calon EXCO DPMM.
Dan agak-agaknya apa hadaf hendak ubah kabinet ini sebenarnya? Adakah hendak ubah dasar DPMM ini? Harapnya bergurau bukannya bersikap series. Tetapi jikalau bergurau, maka sedikit sebanyak menunjukkan sikap kita yang tidak ada keseriusan di dalam menerajui DPMM ini.
Firman Allah SWT:
أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ عَبَثً۬ا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?
[Al-Mukminun:115]
Kerana ahli DPMM ini melihat kepada sikap kita yang benar-benar series, malah bukan para ahli DPMM yang melihat dan memerhatikan, tetapi Allah dan Rasul senantiasa melihat dan memerhatikan apa yang kita perjuangkan. Malah jikalau prinsip dan sikap yang tidak menampakkan series atau kabur, maka konsep perjuangan Islam ini akan lari dan tersasar jauh dari landasan sebagai seorang murobithun.
Firman Allah SWT:
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّہَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.
[At-Taubah: 105]
Oleh itu, saya berharap perlu kita kembali ke matlamat yang jelas dan masih sempat lagi untuk bertaubat. Di mana pintu bertaubat ini senantiasa dibuka kecuali orang yang berlaku Syirik. Apapun itu semua tertakluk kepada Allah SWT sendiri. Kerana Allah SWT bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Sungguh kalian tamak dengan kekuasaan, (padahal) itu akan menjadi penyesalan pada hari kiamat nanti.
[Hadith Riwayat Bukhari]
Saya melihat bagaimana suatu kegembiraan sahabat-sahabat kita yang tewas di dalam pilihanraya suatu ketika dahulu. Raut wajah mereka menunjukkan senyuman yang manis setelah kalah. Adapun yang menang menunjukkan raut wajah yang sedih kerana barangkali takut yang amat sangat di dalam menerima taklifan daripada Allah SWT.
Oleh kerana itu, pertandingan untuk menjadi kepimpinan ini untuk menerajui DPMM, bukannya menerajui UMNO. Jikalau UMNO memang wajib ditumbangkan. Tetapi DPMM wajib dipertahankan selagimana dasarnya menepati syarat sebagai organisasi Islam yang berjaya. Dan syarat kejayaan ini sebagaimana beberapa potongan ayat Al-Quran ini.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ
وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ
وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (54) Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (55) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (56) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (57)
[Al-Maidah;54-57]
Tetapi pilu rasa di hati ini. di kalangan Azhariyyun boleh berkempen sebagaimana cara ahli UMNO yang berkempen untuk merebut kerusi pimpinan UMNO.
Alhamdulillah setakat ini kita tidak ada lagi politik wang. Tetapi perangai lobi-melobi di kalangan kita ini walaupun dibenarkan oleh SPR, namun terlalu over pun ada. Agak-agaknya apalah di fikiran para agamawan ini? Apa yang diinginkan sebenarnya?
Walhal, pimpinan PAS sendiri cukup jaga adab dan tatasusila di kalangan ahli PAS yang berkempen. Sikap redha-meredhai ada pada pimpinan PAS dan ahlinya. Tetapi sesetengah ahli DPMM ini, memang sebenarnya langsung tidak mengkaji sejarah penubuhan DPMM dan halatuju untuk menyatukan para ahli di bawah persatuan ini di atas nama Islam bukan di atas nama yang lain.
Firman Allah SWT:
وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85)
[Ali-Imraan:85]
FirmanNya lagi:
قُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبۡرَٲهِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِىَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٍ۬ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ مُسۡلِمُونَ
Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu orang Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. (136)
[Al-Baqarah: 136]
Malah keikhlasan yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS tidak berbelah-bahagi dan sanggup berkorban untuk menghadapi rintangan serta tidak takut dengan ancaman yang bakal diberikan. Tetapi kita sanggup mencontohi UMNO Thoghut yang membawa fahaman sekular yang sesat lagi menyesatkan itu. Jangan pisahkan politik dengan Islam, sama juga jangan pisahkan persatuan dengan Islam.
Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[Al-Baqarah: 208]
FirmanNya lagi:
FirmanNya lagi:
ثُمَّ أَنتُمۡ هَـٰٓؤُلَآءِ تَقۡتُلُونَ أَنفُسَكُمۡ وَتُخۡرِجُونَ فَرِيقً۬ا مِّنكُم مِّن دِيَـٰرِهِمۡ تَظَـٰهَرُونَ عَلَيۡهِم بِٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ وَإِن يَأۡتُوكُمۡ أُسَـٰرَىٰ تُفَـٰدُوهُمۡ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيۡڪُمۡ إِخۡرَاجُهُمۡۚ أَفَتُؤۡمِنُونَ بِبَعۡضِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَتَكۡفُرُونَ بِبَعۡضٍ۬ۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفۡعَلُ ذَٲلِكَ مِنڪُمۡ إِلَّا خِزۡىٌ۬ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلۡعَذَابِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ
Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
[Al-Baqarah: 85]
Akhir sekali saya mohon maaf dengan teguran ini. Takut-takut ada keterlanjuran pada kalam pena saya ini, maka saya mohon maaf. Saya lakukan ini kerana kasih saya kepada antum dan antunna semua kerana Allah SWT. Ini menjadi tanggungjawab saya sebagaimana perintah Allah SWT.
Firman Allah SWT:
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
[Az-Zariyaat: 55]
FirmanNya lagi:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ
إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)
[Surah Al-'Asr]
Sekian berkempenlah dan mengundi calon yang sesuai serta pro kepada Islam yang syumul. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment