Firman Allah SWT yang bermaksud:
[Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya]{Al-Isra':36}
Penafsiran daripada ayat Allah SWT ini, menekankan supaya kita tidak mengikuti apa yang tidak diketahui dan tidak terus merasa pasti dengan apa masih samar-samar di fikiran kita. Bahkan bersikap husnu dzan dengan sesiapa sahaja selagi kita tidak tahu sumbernya yang tepat. Di dalam pengajian Islam sendiri sebenarnya mengajar supaya kita husnu dzan billah wa husnu dzan bi 'ibadillah (bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan hamba-hamba Allah). Al-Imam Qatadah menjelaskan dalam maksud ayat ini: jangan engkau katakan; "aku melihat padahal mataku tidak melihat, aku mendengar padahal telingaku tidak mendengar dan aku mengetahui padahal hatiku tidak tahu". Ini cukup jelas kepada kita bahawasanya; manusia itu akan ditanya di hari Qiamat nanti akan pancainderanya iaitu dari pendengarannya, penglihatannya dan hatinya.
Saya rasa cukuplah untuk menjelaskan beberapa perkara yang perlu sama kita mengambil istifadah berkaitan nasihat saya kepada semua menerusi maksud potongan ayat ini. Saya harap bagi orang-orang yang masih lagi suka menabur fitnah, mendengar umpatan, suka dengar cakap orang sana-sini tanpa selidiki terlebih dahulu, suka bermain dengan tasykik yang tidak tahu sumbernya; eloklah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT. Dan lebih baik siapa-siapa yang terlibat menabur fitnah itu cuba minta maaf secara terbuka kepada laman Web rasmi DPMM yang saya rasa kesal sejak kebelakangan ini, kita menuduh SPR dengan tidak beradab. Saya takut tindakan dikalangan kita ini tidak mendapat redha dan kemaafan daripada orang yang kita tuduh itu. Kesian rasanya ada dikalangan kita masih terikut-ikut rentak amalan Jahiliyyah. Wa'aallahu'alam.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment