Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (57)
[Yunus:57]
Aduhai tidak disangka-sangka. Selesai satu masalah. Datang pula masalah baru. Baru-baru ini saya dikuarintinkan di sebuah hospital kerana disyaki H1N1.
Alhamdulillah keputusannya adalah negatif. Ini bermakna saya terselamat daripada penyakit ini. Tetapi sekitar seminggu yang lepas . Tekak saya rasa sakit. Macam-macam ubat yang saya cuba. Senang saja di Mesir ni kedai farmasi banyak. Boleh mintak apa sahaja jenis ubat yang kita mahukan. Tetapi amat malang pandai-pandai ijtihad ubat-ubatan ini, maka semuanya nampak tidak ada keberhasilan.
Akhirnya, saya terus buat pemeriksaan dengan doktor pakar di salah sebuah hospital. Doktor Toriq yang terkenal dengan kepakarannya sebagai seorang doktor. Tidak saya sangkakan rupa-rupanya terkena penyakit iltihab al-halq (radang kerongkong). Namun alhamdulillah nasib baik saya cepat dan penyakit itu masih diperingkat awal. Kalau tidak nahas jadinya. Ini semua rahmat Allah.
Apa yang saya saya perlu buat supaya banyakkan berehat, jangan minum air sejuk dan istiqamah dengan ubat. Sudah tentulah senantiasa berdoa dan mengharap kepada Allah SWT supaya cepat sembuh. Sekarang saya cuba belajar bercakap perlahan bak kata Ustaz Amirul (ahli bait saya), saya kena belajar cakap perlahan-lahan.
Di dalam bab makan pun bila makanan sampai ke tekak itu ibarat pancutan wap limau nipis ke tempat luka. Tetapi yang paling saya sedihkan sukar untuk saya membaca Al-Quran dan amalan wirid. Maklumlah bacaan huruf Arab ini sebutannya tidak seperti huruf melayu.
Ditambah lagi keadaan kesihatan begini yang menyebabkan selera mahu buat apa-apapun payah. Walaupun kehendak itu ada. Apatah lagi di akal fikiran banyak benda yang ingin dibuat. Harap sahabat-sahabat semua yang kenal dan tidak kenal mohon doa dari kalian. Insya Allah saya yakin Allah SWT akan menyembuhkan penyakit saya ini.
Sebagaimana Nabi Ayub berdoa dan merayu kepada TuhanNya sebagaimana Allah SWT merakamkannya di dalam Al-Quran:
أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (83)
[Al-Anbiya':83]
Lalu telah datang suatu berita gembira melalui firman Allah SWT di dalam menghapuskan penyakitnya:
فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرٍّ۬ۖ
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.
[Al-Anbiya':84]
Ketika mana datang kepada kita penyakit, maka tiada seseorang pun yang boleh menyembuhkannya melainkan Tuhan semesta alam. Itulah Tuhan kita. Begitu juga Tuhan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ayub 'Alaihimassalam.
Firman Allah SWT:
ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَہۡدِينِ
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (78) Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79) Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)
[As-Syuara':78-80]
Bila difikir kembali kelakar juga. Saya sibuk rawat orang sakit. Tetapi saya juga ditimpa penyakit. Allahu Akbar inilah ujian Allah SWT. Penuh hikmah yang tersembunyi yang kita tidak tahu. Mudah-mudahan kita terus istiqamah untuk sampaikan Risalah Islam ini. Waallahu'alam.
3 comments:
SayfakaLLah buat sahabatku...semoga cepat sembuh :-)
syafakallah, setiap inci sakit yg dirasa, itu adalah titian menuju bahagia.
ana doakan cepat sembuh.
semoga ust adham cepat sembuh
Post a Comment