Assalamualaikum.
Terharu saya memandangkan sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Alifuddin menyiarkan perjalanan penyembelihan dan melapah pada 2 hari raya korban baru-baru ini. Sedikit sebanyak menceriterakan susah payah sahabat-sahabat kita dikalangan ikhwah dan akhawat yang mampu berusaha untuk bergotong-royong bersama.
Untuk tatapan boleh kunjungi blog beliau:
http://alifuddin.blogspot.com/
Walaupun sudah kemerosotan ahli DPMM yang semakin berkurangan berbanding jumlah ahli yang ramai pada zaman era kedatangan Mahasiswa/wi sejak sesi 2003/2004. Sekarang era 2009/2010 diharapkan dapat memberi suntikan semangat baru kepada kita semua.
Sebenarnya tidak terlintas di fikiran saya bagaimana mahu menceriterakan perjalanan Hari Raya Korban baru-baru ini. Sekalipun hanya 3 khoruf, namun kesungguhan para ahli DPMM ini sebenarnya mampu memberi kegemilangan baru pada jenerasi akan datang. Rasanya bakal muka-muka baru yang dapat memimpin DPMM ini dengan langkah yang lebih baik dan cemerlang.
Tetapi di sudut hati ini tidak disangka-sangka Ustaz Alifuddin boleh menggambarkan keadaan para pekerja. Walaupun dalam bentuk gurauan sekalipun, tetapi di situ sudah cukup kita merasai suasana yang biasa setiap tahunan kita hadapi.
Mudah-mudahan dengan semangat bantu-membantu di kalangan kita satu sama lain, mampu mengeratkan lagi silaturrahmi, ukhuwwah dan kesatuan yang kita cintai sesama Islam.
Dan atas dasar kita faham tuntutan sebagaimana firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).(2)
[Al-Maidah:2]
Juga di atas apa yang disebut di dalam firman Allah SWT:
وَلِڪُلِّ أُمَّةٍ۬ جَعَلۡنَا مَنسَكً۬ا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِۗ فَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ فَلَهُ ۥۤ أَسۡلِمُواْۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِينَ
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat; (34)
[Al-Haj:34]
Maka diharap kita mampu meneruskan kerja kemasyarakatan atau di samping ia juga merupakan ibadah sebagaimana sepotong ayat Al-Quran yang saya nyatakan di atas. Dan perlu diingat, apa-apa kerja yang kita laksanakan disertai dengan niat dan iklhas serta menunjukkan kesungguhan di dalam amal islami ini; nescaya Allah SWT akan membalasnya dengan setimpat apa yang dikerjakan. Waallahu'alam.
No comments:
Post a Comment